Argh.. Apa ni boring nyer nak ngadap kerja hari ni. Apa yg aku propose semuanya tak dapat. Banyak songeh tul la account ni.Up date blog??? mende yang aku nak citer citer ek? Semua maklumat ada lam Labtop, Ish, lupa bawak la pulak. so aku guna Pc office jer.. la. Bowing.. Bowing...
Kring!! Kring!! Ups.. masa datang kerja tadi hubby, call cakap Amirul nangis kuat sangat sampai dia jadi panik. So hubby pergi la tengok jap dia kat Umah baby sitter tu. Dah si Amirul tu ikut balik plak. ndak tak ndak hubby bawak la dia pergi kat Taman Menan.
Rupa-rupanya....... Amirul nangis sebab aku tak turn balik masa lepas antaq dia pagi tadi. Selalunya aku akan pusing and say bye, I Love You.Sebab rushing sangat pagi tadi so aku lupa la."Mirul nak babai Ibu,awat Mirul panggil Ibu, Ibu tak tengok Mirul"?. Ish.. sedih lak bila dengaq dia cakap cam tu. Rasa cam nak balik peluk dia lak.....