Tuesday, September 8, 2009

Mengapa Jalan ini yg dipilih...

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aku cam biasalah dah kira habis sahur la. So dok rileks jap sementara nak sembahayang subuh. Pas tu nak tidur semula. Maklumlah keja masuk kl 9:30 am.

Tiba-tiba, aku dengar suara jiran jiranku agak riuh rendah jugaklah."MATI" MATI? MATI?. Ha itulah perkataan yang aku dengar. So.. aku dan hubby hanya mengagak yg berlakunya kemalangan yg menyebabkan kematian. Selepas solat subuh aku terus ja tidur. Tak pedulikan lagi tentang kemalangan. Aku ni jenis takut sket..

Jam pukul 9:00 pagi aku hantar Amirul ke rumah baby sitter. kemudian, aku dengar berita yang menggemparkan!!!!!!!
sebenarnya, anak jiran aku yang tinggal di sebelah jalan sana, telah menggantung diri!!!!.
Ya Allah, kenapa jalan ini yang dipilih oleh hambamu itu. Semasa polis datang mengambil mayat tu, ada tiga helai nota yang ditinggalkan sebagai bukti nahawa dia memang membunuh diri. Masalah apakah yg dialami oleh remaja 21 thn ini????
Sesungguhnya aku tak pernah menyalahkan sesiapa pun dalam soal membunuh diri ini. Bagiku, hanya Allah yg dapat menetuka keadaan hambanya sewaktu membunuh diri. Sama ada dilakukan dengan sengaja atau diganggu makluk lain. Wallahualam....
Alfatihah.. semoga rohnya dicucru rahmat.
*Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29); *

Berbelanja...

Ok lah, aku sambungkan citer semalam k.

Sebenarnya aku ngan adik ipar aku tu tengah plan nak gi terjah umah sewa adiknya yg terletak kat kulim sinunnnnnn. Dia student Politeknik Sultanah Bahiyah, kulim. So kami plan nak gi terjah umah dia la. Sebelum pergi tu aku gi shopping barang dapur kejap...

Budak kecik ni kena letak dalam troli kalau tak memang boleh ilang. Aku shopping barang - barang basah ja. Sebab plan kami nak pergi buka puasa kat sana. Memandangkan dorang tu budak sekolah, so paham pahamlah. hari -hari makan beli , mana ada masak masak. Aku plan nak masak kari ikan kering dengan Nenas, Sambal Udang & ayam masak kunyit.

Pas tu, adik ipar aku nak makan budu, cicah ngan kacang hijau muda.


Setelah dicongak congak aku rasa lebih baik masak kat umah dan tapau gi umah dia jer. Diorang pun tinggal berlima di tambah kami 4 org. so 9 orang la yg akan berbuka nanti. Aku pun mulakan strategi aku untuk masak untuk di makan oleh 9 orang....



Tengoklah tu, semuanya barang dapur ja yg ada dalam troli tu. Shopping untuk baju raya??? mood aku tak datang lagi lah. Cam tak teruja lak raya thn ni...

Ha... masa aku tengah dok syok snap gambar Amirul tu, tetiba ja mamat security datang and bagi warning kat aku. "Kak.. kat dalam ni tak boleh ambik gambar". La.. tak tau plak aku yg tak leh nak bergambo... So tersipu sipu malu la kau dibuatnya.



Tengoklah tu, Si Amirul dengan mak Tam dia. Dulu kami tinggal sekali. So Amirul rapatlah ngan Mak tam dia. Bila Mak tamnya dapat kerja kat Ipoh berjauhan la. Sekarang ni la masanya dorang ni mengubat rindu.....

P/s. Wa... rindu gak ko noh kat kak T & Mirul. Siap wat edisi terjah lagi. Apa apa pun tima kasih la sudi datang memeriakan lagi Ramadhan kami sekeluarga..