Tuesday, March 30, 2010

Betulkah tindakan ku ini?????

Walau pun benda ni adalah perkara biasa bagi orang lain
Tapi ianya merupakan pengalaman pertamaku alami.
Last saturday..Amirul buka beg sekolah untuk buat Homework..
then...dia terbawak balik buku kawan dia la pulak..
Aku belek belek, ada homework juga buku kawan dia tu.
So aku plan, nak gi hantar ler buku tu kat kawan dia
Tapi Umah kawan dia tu kat mana??????
Aku teringat plak tentang Makcik yg Jual nasi tu, anak dia ada nama Alif jugak.
Makanya aku punpergi la tanya:-
Aku: Kak, anak akak ada nama Alif kan?
Akak tu: Ya, ada apa?
Aku : Ni ha.. anak saya terambil buku dia kat sekolah, ada homework pulak tu
Akak tu : Maaflah dik, anak akak nama Alif Firdaus, Ni buku Alif Irfan.
Aku : Hah... salah orang la pulak. nak cari kat mana lagi ni????
Hari ahad tu aku, cari lagi. Korang bayangkan la kalau rumah pun dah bertingkat tingkat nak cari cam na? Aku ni bukannya apa, budak budak kecik ni, kalau kena marah ngan cikgu terus tersentap. Mulalah tak mo pergi sekolah..
Aku tak mau benda tu terjadi dekat Amirul mahupun si Alif Irfan tu.
Then hampir pukul 6:30 petang baru aku dapat jumpa umah si Aliff Irfan tu. Tu pun hasil pertanyaan aku kepada orang yang lalu lalang kat Padang bola...
Pada pendapat korang , perlukah aku buat begitu??? Nak marah si Amirul pun tak boleh jugak, sebab dia bukan pandai baca lagi. So mana dia tahu buku tu buku orang len, walaupun ada nama tertulis kat situ.

Tuesday, March 23, 2010

Jatuh ditimpa Basikal!!!!!

uhuk.. uhuk.. uhuk...terbatuk batuk aku nih yer la.. dah bersawang blog ni..
kena la sapu sapu sikit...
sedih sungguh aku nih... diibaratkan jatuh ditimpa gondola, mana tak nya
Hand Phone kena kebas.

kepada orang yang kebas HP aku tu, diminta berbahagia selalu, bila barang kau orang len kebas, ko akan lebih terasa pedihnya... kira ok la ko kebas HP aku, tapi besok besok ni bila orang kebas Bini/laki ko mcm mana?????

sedih aku ni kerana segala memori aku & video Amirul belajar berjalan dodulu tu pergi bersama-sama Hp tue... ( masa yang lalu tak dapat diulang) ...


syuh... syuh... pergi pergi, dah nak start sedih plak aku ni.tak mo la sedih sedih.hilang Hp bukan bererti hilang segala galanya.. betul tak?

p/s: Ya allah semoga pencuri HPku itu berubah menjadi insan yang lebih baik.Amin...

Friday, March 12, 2010

Aku BZ

haish... lama jugak aku tak hupdate blog ni
blog kengkawan pun aku tak sempat nak terjah
rindu gak aku nak terjah menerjah ni
mahap yer kengkawan.....
Kerja aku kat opih ni tetiba jadi menimbun.
mana taknya aku kena cover kerja kawan aku yang MC 2 minggu
operation mata sebab ada katarak..
Nak bawak balik kerja buat kat umah???? mahap ler
kalau kat umah aku concerntrate untuk Amirul sorang jer
kena la belek belek kerja rumah dia tu
Tambahan pula, Amirul cakap dia suka kalau aku ngajar dia
cepat faham, yer la nak ngajar anak kecil ni kena ada teknik yang betul..
Alhamdulillah, melalui pembacaan dan video CD dapat jugak aku cedok teknik mengajor ni..
p/s. bz.. bz.. bz.. bz...
blog kengkawan akan ku terjah jua, tapi bukan dalam masa terdekat ni
mahap sesangat....

Thursday, March 4, 2010

Limited Time ( Part Last)

Dalam perjalanan pulang, aku asyik mengomel kat hubby,
Mana taknya, aku suruh dia berhenti kat tepi jalan nak beli jambu madu
Dia siap janji ngan aku beli balik nanti...

Bila balik, dia ikut jalan lain pulak... nak merajuk ka tak ni???. kalau merajuk pun bukannya
jambu batu tu boleh datang dengan sendiriny kat aku ni..

Hubby suruh aku drive masa kat juru sebab dia dah penat. Masa tu aku dah plan
aku cakap sebab tak dapat jambu madu, aku nak makan kerang bakar kat Padang kota
hubby tak setuju.
Setuju tak setuju belakang kira, steering kat tangan aku ni, aku drive terus pi padang kota baru tau...kahhhhhhhh... Then, hubby janji nak makan kat Ikan bakar + kerang bakar sekali.

Sib baik ada kerang bakar, kalo tak.... hati aku yang terbakar kot. kahhhhhhhhhh
Ait.. si Amirul tu lapor sangat ker? siap makan Menu book tu..
Eeeeee.... jgn gigit kotor!!!! cepat cepat aku sambar menu book tu.


hiks.. kerang bakar dah samapi.. apo lagi ngap ler.
Mana picture aku & sister in law ni??? non ado la pulak, sebab sis in law duduk sebelah aku
So, aku terlupa nak snap gambo dia, mahap yer Faiza kak T lupo!!!

Abang.. main peranan, kopek kerang untuk budak kecik tu. Eden sudah lotih ni...

heha... ikan bakar and sup cendawan dah sampai. mula tu order semangkuk jer sup cendawan
Aku bedal satu mangkuk sup tu, then hubby order lagi semangkuk. Sib baik aku tak makan sekali ngan mangkuk mangkuk tu...
layan jer la tengok ikan bakar ni..


ha.. ambik ko berselerak satu meja dikerjakan oleh kami berempat..ikan bakar tu tinggal tulang

Lepas tu, kami balik umah, rileks kejap terus tido..zzzzzz... limited time kami memang berbaloi baloi.



Wednesday, March 3, 2010

Limited Time ( Part 2)

walaupun hujan masa kat zoo tu, aku nak gak pergi kat tempat ni
bila lagi, alang-alang dah sampai Taiping, bila lagi? asben pun susah nak dapat cuti
Aku ajak husband pergi Taman Tasik..
hujan renyai renyai la pulak..
tak per... tunggu kejap la, mana tau ujan berhenti.
nasib memang baik, ujan pun berhenti, so aku apa lagi, suh hubby bayor tiket nak nek
swan kayoh. nak ronda ronda tasik la pulak..

Jangan lupa pakai safety jacket dulu, mana tau kan, malang tak berbau
Amirulnya saiz tak dak la pulak, tak kisah ar.. belasah jer la
ikat tali tu, pusing dua tiga round pun tak pa
janji kemas & Selamat..

Jeng jeng jeng..nak gak bergedik gedak kat sini. safety jacket Amirul
labuh sampai ke lutut, sib baik takat lutut jer
kalau lagi labuh, dah boleh buat selimut..

kayuh bang..Amirul tak leh nak nolong sebab kaki tak sampai..
layan jer la budak kecik ni. kemain seronok lagi dia

Aku naik dengan Sister in law. tak ler teruk sangat kayuh. dalam dok kayuh kayuh tu
sib baik tak berlanggar


macam mana tak berlanggar, Si Amirul pusing benda alah tu ikut suka hati dia jer
pusing punya pusing dah hampir sangat ngan Swan aku...


selesai berkayuh tu, kami semua kepenatan, rest kejap ler sebelum bertolak balik Penang


Sian hubby, berpeluh peluh, tapi aku cam biasa la tersengih cam kerang busuk
walaupun penat.


Last.. Amirul mintak nak kasi ikan makan. Hubby beli makanan ikan then amirul denan kusyuk nyer kasi ikan tu makan. Nak snap ikan tu, tapi tak sempat.
Ikan keli kalau tak salah aku ler...
Amirul panggil ikan keli tu "Manja" sebab.... ( ikan keli mak aku nama Manja)

So, semua ikan keli dia belasah panggil manja.. kahhhhhhhhh

Lepas tu kami ke... next N3 ok.


Tuesday, March 2, 2010

Limited Time ( part 1)

Sejak dua menjak ni, hubby sibuk jer
Time untuk kami memang limited..
Chinese New Year tempohari pun tak dapat cuti
Di kesempatan cuti yang ada ni, hubby bawak kami jenjalan
Limited time ni, kami gunakan sebaik mungkin
ya la.. untuk mengeratkan lagi hubungan
"Bayar tiket dulu yer bang..."
Dapat lepak lepak kat Zoo Taiping, dekat jer dari Penang
Lagi pun dah lama janji ngan Amirul
Nak bawa dia tengok binatang... Selalu tengok channel Animal Planet jerk
betul tak?

Teruja betul Amirul bila nampak gajah, harimau, singa, Tapir dan banyak ler..


Ha.. dah lama aku tak interprem kat blog ni, ha.. ha... aku tinggi lagi dari Zirafah tu ler


kalo nak best moment, mesti kantoi punya...
Amirul plak tak ready.. haishhhhhhh....

Kami bawa sekali Adik ipar aku yg study kat politeknik kulim ni..
Boleh jadi teman Amirul...



Posing kat Flaminggo plak.


tengah asyik cuci mata, hujan Turun!!.. wow bestnya, teruja pulak aku nih
yer lah Penang dah lama tak Hujan, jeles aku kat orang Taiping

Sebab dorang dapat nikmati hujan.. sib baik semalam hujan turun lebat kat Penang
Dapat aku tidur nyenyak, kalo idak berbahang jer aku rasa..

lari bang... nanti basah kuyup plak.. cari tempat berteduh,



Basah-masah pun nak posing jugak...


camera aku pun kena ujan gak..
Tangkap lentok plak hubby ni.. letih ke bang?

Bila hujan reda... kami teruskan lagi perjalan ke...tutttttt next N3 yer.

Monday, March 1, 2010

Nak marah ke nak Ketawa????

Anak anugerah Tuhan..
Akal Fikiran tu pun anugerah tuhan jugak
Tapi.. Amirul ni dah teroverdose guna brain dia tu

Aku mintak dia janji tak nak beli mainan bagainya
bila ke Pasar Malam.. dia tak ndak
aku cakap papa cuma bagi 2 ringgit jer
So tak cukup duit nak beli mainan..
Alasan aku jer tu..

Then, dia ckp kalau beli maian berapa ringgit???
Aku cakap kalo nak beli mainan kena RM10.00
dia ambil jer wang kerats seringgit tu..
kemudian:-

+

+

+

+

+

+

ha... dia tlis 10 kat RM 1 nya tempat.
Nah!! dah jadi RM10, jom pi beli mainan...
Apa???? dia conteng duit tu!!!

terus tak boleh guna...
Nak marah ke nak ketawa ni?
Mungkin ni ler cara pemikiran budak budak..
kononnya dia pandai la tu
Sib baik RM1, kalau dia conteng RM50? hancuss


ni ler caranya si Amirul "think out of Box" gamaknya
seriously, aku rasa Amirul ni menggunakan dah pandai

otak dia bila membuat keputusan

Aku harap dia jadi anak yg bijak..
bijak dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..
Doa ibu mengiringi perjalanan hidupmu nak..

Sayang Amirul.. Muah.. muah..