Monday, August 23, 2010

Berbuka Bersama sama

Memandangkan cuti aku & hubby asyik tak sama jer sepanjang bulan puasa ni. Then kebetulan my sister in law dari Ipoh telah datang umah. Aku plan untuk bershopping di siang hari then berbuka di laur aje lah..

On the way nak pi shopping, Brother in law pulak call cakap nak datang umah. then aku suh kami jopin sekali ler untuk berbuka..

So kami plan nak makan kat TOM YAM UDANG!!!


Kat sini setiap hidangan dikira SET dan boleh Add On. kalau tak nak makan set order yang biasa pun boleh jugak. Oleh kerana kami semua 7 orang so, aku order set jer senang citer.


Ikan siakap stim tu memang sedap. masam masam sikit. Oleh kerana dia letak bawang putih, hubby mcm tak suker la pulak. daging masak merah, ayam goreng gajus, kerabu mempelam, sup cendawan dan sotong goreng tepung..




Ini adalah sup cendawan kegemaran hubby. Tapi amirul sebut cendawan tu " cena wan ) sebutannya dah hilangkan huruf d. Sound funny...



My brother inlaw and my biras. sian dorang weekend jer leh berjumpa. PJJ la katakan.

My sister in law yang sentiasa menghiburkan dan membuatkan aku tak kering gusi. ngeh ngeh ngeh...

dalam banyak banyak ni.. wajah Amirul yang paling cute. pandai pulak dia wat wajah noughty tu.


Setelah perut kenyang aku bertenggek kat hubby. serous memanjang hubby ni.


Amirul cam biasa ler. panjat sana panjat sini. hai.. bilalah dia nak pandai duduk diam.

Friday, August 13, 2010

rezeki kami sekeluarga..

Setiap hamba yang lahir ke dunia, dah ditentukan rezekinya. bak kata pepatah lagi ramai anak lagi murah ler rezekinya..
Begitu jugalah diriku ini..

Plan nak masak tomyam, so aku ada keluar gi tesco msa lunch time tu. Oleh kerana aku ada cakap nak masak Tom yam. So.. bos aku cakap udang jgn beli sebab dia nak beli petang nanti..

Bertambah pulak rezeki kelmarin sebab rakan sekerjaku kebetulan belikan ketam dan udang juga. Wahhhhh bertambah tambahlah stock udangku..


Ni ler ketam tue.. ada telur lagi.. nyum nyum.. leh simpan untuk besok jugak.


Lepas aku wat Tom yam still ada banyak lagi. tak nak ler letak banyak banyak. bukannya boleh habis pun. kalau tak cukup.. panaskan tom yam then tambahkan udang atau ketam jer...


hohoho... ni ler tomyam ku. Aku letak mushroom banyak banyak. sebab Amirul dan husband memang gemar makan mushroom...

Ha.. ha.. udang besau.. aku tak minat sangat. tapi aku cuma suka stok dia jer. So tugas Amirul ngan papa dia jer la yang habiskan...

Inilah sayur yang aku masukkan bila time nak berbuka. tak nak masukkan awal awal sebab sayur akan jadi empuk sangat so tak sedap ler. oleh kerana ku tak boleh makan kobis ( angin) so aku tak letak ler bunga kobis.. kikikik.





Masa balik kerja ku buka peti ais..mmmm ada karamel plak. my SIL yang buat. Dia kerja petang so, dia buatkan dan tinggalkan sedikit utk kami berbuka.. Aku memang suka karamel ni. kalau bulan puasa makan hari hari pun tak per..
p/s. ku bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpa kurnianya ku memperolehi rezeki walaupun dari tangan yang bukan beragama islam... semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk beriman kepadanya.. amin...






Wednesday, August 4, 2010

Proses Penjimatanku

Memandangkan Amirul dah pun mencecah 5tahun. makanya ku rasa perlu untuk ku berjimat. Di siang hari Amirul dah tak pakai Pampers la. Masalahnya di malam hari..
Daripada ku habiskan wang untuk membeli pampers setiap bulan. Maka ku bertukar ke pada penggunaan Napkin yang flexible ini..





Selain dapat menjimatkan wang. Dapat juga ku membantu alam ini daripada timbunan sampah pampers yang susah untuk dilupuskan.. Check dalam interner reganya memang mahai. tak mampu la pulak. So ku gagahi menjelajahi setiap butik butik bayi..



Alhamdulillah.. aku dapat dengan harga yang murah..Cuma RM50 ringgit jer untuk 2 helai. Apa lagi kurembat 4 helai la..Dengan pelapik yang mesra punggung. Tambahan pula insert kat dalam tu leh pulak menampung jumlah air kencing Amirul tu.. Dengan saiz yang boleh di laras.. sungguh flexible...
Selalu pakai pampers malam malam pun masalah jugak kan. bila pulak ku nak ajar dia tidur tanpa pampers. Beberapa bulan selepas penggunaan napkin, aku dapat satu idea..
Ku beli pulak Air bed ini untuk melatih amirul dari kencing malam. Memandangkan dia plastik & tidak menyerap air. Aku lapikkan dengan kain cadar yang agak tebal. Jika Amirul terkencing pun. Air kencing tu akan menyerap kat kain jer la..
Minggu pertama memang Amirul kencing malam. minggu berikutnya, dia dah pandai kejutkan aku bila nak kencing. So sekarang aku memang tak beli pampers dah untuk amirul. Jimat duit aku.. Amirul pun kekadang jer kencing tilam. Tapi ok la.. sebab tilam ni tilam plastik. So, cuma basuh jer cadar.. berbaloi kan..
Napkin tu ku simpan untuk adik Amirul pulak. Itupun kalau ada rezeki..
Nota:- sesapa yang nak ngajor anak untuk tak kencing malam. leh ler cuba cara ni.