Monday, May 24, 2010

Happy Familly Day.

Bertuahku rasa dapat menjadi sebahagian daripada ahli keluarga MIL. Memang dorang ni baik sangat. Bukan setakat MIL ja baik, ipar duai pun baik jugak. Hubby ada 13 beradik semuanya. Kebetulan masa kenduri Arwah Pak Long tempohari kesemua 13 beradik tu berkumpul.
So kami prepare 2 biji kek untuk meraikan hari keluarga. Ini kaler pink. perisa Vanila.


yang ni pulak kaler koko. tapi rasa kopi. Kaum kerabat yang minat minum kopi suka la. sebab kanak-kanak memilih rasa vanila. Plan awal nak snap photo sekeluarga. memandangkan semuanya asyik dok sibuk dengan kenduri dan masing masing dah letih.. tak dapat la.


Cuma inilah secubit kenangan yang dapat dikongsi. sepupu sepapat Amirul dapat berkumpul serentak. Mana Taknya kalau hari raya masing masing ada yang raya kat sini. Ada pula yang raya di rumah mertua. betul tak????


Amirul malu malu kucing pulak. bila di suruh potong kek. Mana taknya dah penat sebab siang
dia di kidnap ke Jitra olek Mak Tam, Mak cik & Mak su nya.. Berbulu la cousin-cousinnya
yang tak dapat ikut. Tuah badanlah si Amirul ni. Di usung ke sana ke mari.

Pak Tih still dok pujuk Amirul untuk potong kek tu. Sabarla pak tih oi... melayan karenah anak buah sorang ni. Pak tih ni la raja mengusik( menyakat) habis anak saudara yang kecik kecik tu
di sakatnya sampai menangis... Bila dia dah start menyakat bising satu kampung. Bukan setakat anak sedara ja yang di sakat, budak budak kat kampung tu pun turut di sakatnya.


Akhirnya potong gak kek tu. cousin yang lain pun nak ambik port untuk potong kek jugak. kenapa Amirul dapat keistimewaan ni. siap pak tih pegang tangan lagi tuh...kalau korang berbulu berlu kat dalam hati dah la. Jgn gaduh gaduh tau..

Mata Bulat..

Geramnya..aku tengok mata budak kecik ni. bulat!!! dah tu pulak sihat kemain lagi.
Ni la adik si Atikah a.k.a sepupu Amirul. memang semangat aku tengok dia ni.
Amirul memang sayang sangat dengan Aliff ni. Kalau boleh sepanjang masa nak dudk
sebelah si Aliff ni jer..
Bila tengok baby comel ni, terasa la sayunya di hati. kalau la aku ada baby lagi kan seronok.
Tapi apa boleh buat, memang aku ditakdirkan ada satu anak jer kot. Dok try mcm mcm tapi still tak sangkut jugak. Bila dah sangkut jatuh la pulak...Aku redha..
Tengok la mata dia yang bulat tu. Bila kami balik Penang. Amirul terus jer tanya aku. Kenapa
tak bawak balik baby aliff tu?? tak puas la Amirul main ngan dia. Dia ingat apa.. anak kucing
ka siap boleh bawak balik umah. Anak orang la cik ooi...
Nota: Aku masih lagi mencuba dan terus mencuba untuk 2nd baby.