Daripada ku habiskan wang untuk membeli pampers setiap bulan. Maka ku bertukar ke pada penggunaan Napkin yang flexible ini..
Selain dapat menjimatkan wang. Dapat juga ku membantu alam ini daripada timbunan sampah pampers yang susah untuk dilupuskan.. Check dalam interner reganya memang mahai. tak mampu la pulak. So ku gagahi menjelajahi setiap butik butik bayi..
Alhamdulillah.. aku dapat dengan harga yang murah..Cuma RM50 ringgit jer untuk 2 helai. Apa lagi kurembat 4 helai la..Dengan pelapik yang mesra punggung. Tambahan pula insert kat dalam tu leh pulak menampung jumlah air kencing Amirul tu.. Dengan saiz yang boleh di laras.. sungguh flexible...
Selalu pakai pampers malam malam pun masalah jugak kan. bila pulak ku nak ajar dia tidur tanpa pampers. Beberapa bulan selepas penggunaan napkin, aku dapat satu idea..
Ku beli pulak Air bed ini untuk melatih amirul dari kencing malam. Memandangkan dia plastik & tidak menyerap air. Aku lapikkan dengan kain cadar yang agak tebal. Jika Amirul terkencing pun. Air kencing tu akan menyerap kat kain jer la..
Minggu pertama memang Amirul kencing malam. minggu berikutnya, dia dah pandai kejutkan aku bila nak kencing. So sekarang aku memang tak beli pampers dah untuk amirul. Jimat duit aku.. Amirul pun kekadang jer kencing tilam. Tapi ok la.. sebab tilam ni tilam plastik. So, cuma basuh jer cadar.. berbaloi kan..
Napkin tu ku simpan untuk adik Amirul pulak. Itupun kalau ada rezeki..
Nota:- sesapa yang nak ngajor anak untuk tak kencing malam. leh ler cuba cara ni.