Thursday, October 21, 2010

Aku betul betul terkilan....

Sehingga hari ni aku masih lagi bersedih. entah mengapa aku asyik memikirkannya. Walaupun ianya remeh bagi orang lain, tapi sukar aku utk terima...

Salah siapa? akukah? diakah? takdirkah? semuanya menghantui fikiranku. Apa perkataan yg harus ku ungkap untuk memujuk diriku ini...

Maaf yer, hakikatnya aku memang terkilan sesangat. Mak ngahku dijadualkan berangkat ke tanah suci pada 19/10/2010. Masa kenduri kesyukuran, ku sengaja tak nak pergi, sebab aku nak ngantor masa dia berlepas kat Airport sebelah umah ku jer ni.


18/10/2010 jam kul 04:30 cam tu cousin aku, Idan telephone cakap yg dorang dah sampai kompoleks tabung haji Bayan Lepas. Aku still kat office, then aku bercadang lepas magrib baru aku nak kesana. Nak bawak sekali kopi panas untuk mak ngah.Aku memang nak sangat berjumpa mak Ngah sebelum dia berangkat besok pagi.

aku dah siap, nak bertolak dah ni. dalam masa 15minit lagi sampai la aku kat komples tu. then Idan SMS ckp, Mak ngah dah masuk bilik sebab dorang pun nak balik kedah dah. Hairan aku, nape? Mak Ngah nak masuk bilik awal sangat.



Airport ni bertentangan ngan umah aku ja. Cuma tak leh ler masuk direct. kena le ikut pintu masuk yang jauhnya cuma 10 minit jer dari umah aku. Pagi 19/10/2010 aku tak sempat nak jumpa Makngah sebab dia dibawa masuk ke lapangan terbang dengan Bas. Hanya bas jer aku nampak. Mak ngah kat mana? terkilan lagi aku.



Aku harap mak ngah selamat sampai dan selamat pulang. Inilah takdir Allah. Hanya dengan izin dia kita bertemu dan dipertemukan. siapa yang boleh ubah kekuasaan allah. Aku redha dengan takdir ini. moga moga bila dia pulang nanti aku dapat berjumpa dengan dia.

nota:- Ya allah, adakah ini semua satu petanda?

Aku benar benar menyesal sebab tak pergi masa kenduri kesyukuran tempohari di rumah Mak ngah. sob..sob.. Maafkan ana Mak Ngah.




Aku Bersama mereka...

Pertemuan yang begitu singkat, tak ku lepaskan untuk mengabdikan kenangan di ruangan ini.
Walaupun sejak kecik ku tak mebesar bersama. bermanja dengan mereka. Namum ikatan persaudaraan tak semestinya putus begitu saja...

Sejak kecil ku tahu aku ni Orang Melayu Banjar dan nenek orang melayu. . Tapi maaf yer aku langsung tak tau nak berbahasa Banjar. rasa rugi pulak tak belajar bahasa ibunda ku sendiri. Bukan aku ja yang tak pandai berbahasa banjar , sepupu sepapat ku pun sama. kikikikik..


Ini adalah Paksu ku. Dalam usiaku lingkungan 6 thn aku dah pun berpisah dengannya. Hubungan kami tak semesra mana. Tapi setelah Bundey ( panggilan utk Opah). meninggal kami menjadi rapat kerana sering bertemu. Lantaran ayah pula bergilir gilir menjaga Tok wan.


Bila ku peluk nenek ni, rasa mcm kupeluk Bundey (opah) pulak. Aku pun tak tau nak panggil apa kat nenek ni. yang pastinya bila bertemu denganku dia syik melatah dan cakap " melampor kar yer" udah besar panjang ndak mari nengok aku ni"... kikikik... faham ler kalau dia loghat melayu. Hubby? langsung tak faham apa dia cakap. kahhhhhhhh


Ini pula isteri sepupu aku. Masa berjumpaan hari tu, dia ada familly day kat Hadyai. Sian si isteri ditinggalkan. Orang Penang, Orang Sungai Nibong. Anak MAMI.



Ini sepupu aku jugak, anak Mak Lang Rodhiah. Dok belajaq nun jauh di SARAWAK. walaupun jarang bertemu tapi dia ni peramah. ku suka. sebab tak rasa kekok bila berbual. Jaga diri baik baik yer kat negeri orang tu.



Ni ha.. anak Pak Su dan anak Pak lang. Maaf sesangat sebab kak ana terlupa nak tanya nama korang. by the you all sporting sangat. LOVE u all. semoga kita selalu berjumpaan.




hikss... nak gak photo berdua duaan, Amirul yang snap. Dia jeles kalau aku rapat rapat ngan hubby. "Ibu jgn dok cinta cinta ngan papa, cinta kat Mirul dah tau". kahhhhhh... So, nak cover lain kena le jauh jauh sikit.
Nota:- Amirul, ibu cinta dua dua. (Papa & Amirul.) muah!muah!muah!