Monday, November 1, 2010
Apa tindakan korang?????
Kesibukkan menyebabkan aku tak sempat nak gi tengok. so, semalam aku pergi la kat kedai tu sekali lagi. Then salseman tu still ckp brg tak datang lagi. dia pun call ler branch dia kat prangin mall & Gurney. mana tau stock leh ada kat sana.
Tetiba, Amoi sebelah tu cakap hokkien. Aku faham la apa yg dia cakap tu. " lu call chuchui? men call, ie bo eng, ie ki gurney fair ma... bla.. bla.. bla.. last dia ckp. lu hor tia lui loh...
maksudnya:- hang call sapa? jgn call dia sibuk sebab kat gurney ada fair. kalau depa ni nak jugak. hang mintak deposit.
silap banyak ler amoi tu. ingat aku tak faham ker? Then aku pun jawab la. at least aku nak tengok dulu product tu, baru leh bayaq deposit/ wang pendahuan. then dia ckp there is no way, u give us deposite then we order for you... if you want to see the product, just online the website.
Aku dah naik geram. Last aku jawab ler. kalau nak beli tengok website. lebih baik aku beli melalui online. tak payah aku mai sini dah.. Then kalau u all tak dak product tu, I boleh cari kat lain kedai.. org nak bayar deposite beli keta pun org tengok model dulu . ( terdiam Amoi tu)
Then, salesman tu nampak mcm aku dah lari dari situ, dia pun bagi name card. then cakap suh aku call dulu sebelum datang.
mmm.... tu pun kalau aku ada keinginan nak datang beli kat kedai korang. Kalau mcm ni punya service lebih baik tak yah ler....
Sekarang Baru ku Tahu...
Mak selalu pesan, jgn benci ayah, sebab kalau ayah tak der, tak der la korang kat dunia ni. Kalau korang jumpa dia bila besor nanti, hormat & sayang dia tanpa ada perasaan benci. Itu pesan mak sejak aku kecil.
Tadi, aku merewang kat blog blog. saja ler cuci mata. tetiba aku nampak benda ni kat blog SINI. Uitss..nampak cam kenal jer. Namanya Mandai (makanan orang banjar). Makanan generasi keturunanku rupanya. Tapi, sejak kecil aku memang tak suka benda ni. Ntah la, puas mak masak untuk kami, tapi ternyata ianya tak jadi kegemaran pun.
Sampai sekarang mak tak pernah masak dah. Kami pun tak pernah merungut nak makan. Dengan bahasa mudah, Jeruk kulit cempedak/nangka digoreng dengan ikan bilis + cili.
then aku ronda pulak kat SINI. nyum nyum aku jumpa ler makanan kegemaran aku sejak kocik kocik. Mak selalu buatkan ini. Namanya Wadai Kepeng. Bukan badak berendam tau. sebab dia tak der inti kat tengah. Aku memang suka. Nak kena praktikkan untuk Amirul nih..
kalau dah masak mcm gini la rupa dia. sedap.. aku suka.. Memang susah nak jumpa masakan orang banjar ni di jual kat nasi nasi campur. sebab makanannya lain dari yang lain.
kelmarin masa pergi umah ayah kat Kota Kuala Muda, aku ada bertanyakan tentang 2 jenia masakan ni. Ayah cakap memang makanan orang kita, katanya. Tapi sebab ramai dah kawin campur, kebanyakkan generasi sekarang tak menggemarinya dah...
nota:- terima kasih bebanyak kepada blog yang aku terjah pagi tadi. sebab mengingatkan kembali aku kepada zaman kanak kanak..
Lama dah tak layan...
Di kesempatan yang ada kami singgah kat TESCO Tengku Kudin. Selalunya kalau pergi soping, sengaja guna lift. sebab tak mau bagi Amirul tengok semua menan menan tu. Lepas shopping terus blah balik.. Tapi kali ni, rasa mcm nak bagi chance kat dia pulak..
Hiksss... Macam berjanji..
Tapi kali ni aku nak citer ttg keriangan Amirul di sawah padi bersama -sama anak Kak Miza. Untuk N3 aku ngan kak miza, tunggu yer...
Wah.. sedondon lak tu. Amirul baju ijo. anak anak kak Miza pun baju Ijo gak. Dorang bermain macam dah selalu jumpa kan...hohoho.. pilih pilih yg mana nak buat menantu nih. yang kakak ke yang adik..
Last, punya seronok bermain terkucil kat dalam seluar ler anak kak Miza ni. Habis basah baju. budak -budak memang cam gitu kan...
p/s. masa balik umah, aku tanya cantik tak dorang 2 org tu kat Amirul. Selmba jer Amirul cakap... Nureen ( anak gieyana) lagi cantik.kahhhhhhhhh. pandai compare yer anak teruna aku ni...
Ada yang ikut balik ke?
Selepas pulang dari tempat tutttt..... aku singgah kat Perda. Umah my BIL. sebab nak kirim wheel chair utk dibawa pulang kepada MIL.
Borak borak kat umah my BIL, sedar tak sedar dah pukul 1.30. apa lagi gerak balik umah ler.
sampai kat umah jamkul 2.00 pagi. Tengah sedap sedaptidur dlm pukul 3.30 camtu ar.. tetiba amirul menjerit jerit. marah marah sambil tendang pintu bilik. Mulutnya asyik cakap..ni laaku tak suka..ni la.. aku tak suka... berderau darah aku. nak buat cam no memalam ni.
Aku ambik minyak chelak, belum pun sempat nak sapu, hubby plak suh aku wat nenen sebotol utk Amirul. My SILkat bilik sebelah pun bangun gak sebab Amirul duk meracau racau.
My SIL cakap hmmmm hantu lapaq nenen la yg ikut balik tu. kikikikik....
Moral of the story, jangan tonton gambar hantu. nanti apa yg pelik jadi tengah malam asyik nak kaitkan dengan hantu...aje...