Wednesday, November 24, 2010

Peristiwa di sebalkik kenduri Kahwin...

Nak citer la sikit. Aku tak kenal pun dengan pengantin pengantin ni. Tapi best gak la join kenduri yg ada pengantin 2 pasang. bukan selalu kan..

Mak aku mewakili pengantin baju kuning ni. Adik kepada jiran umah aku. Tapi kenduri ni kat Mergong, Alor Setar. Masa kenduri umah pompuan tu aku tak pergi pun. Mak aku jer., Time ni kenduri kat umah pihak lelaki.

Ni ler pengantin yg lagi satu.
Upss.. nak citer ni, masa kenduri sebelah pompuan yg baju kuning tu, memang meriah la. tapi, ntah mcm mana tau, duit hantaran dikebas dek orang. Sian kan. Dorang kebas masa time dok bawak hantaran tu la.

Pas tu dorang siap panggil org yg arif ttg benda ilang ni. buat itu ini. siap dok goreng pasir. Sapa la punya kerja tu. kebas duit hantaran. riban riban lak tu. Nak wat cam na kan. kenduri harus diteruskan jugak.

tergamaknya dorang kebas. dah la org berhabis banyak masa wat kenduri. memang kurang asam la pencuri tu. Mana tau Alla balas kan dia, bila dia kenduri besok besok org len pulak curi duit dia. Seronok la sekarang curi duit org.


Sian kat kedua dua kapel ni. Yang baju kuning pun tak der pengapit & yang baju oren pun tak der pengapit.

Sebagai tetamu, apa lagi perut dah berbunyi.

makanan tersedia hidang. tunggu msa nak ngap jer.

Hubby tak der, kerja. So aku ngan Amirul ja la yang pergi sekali mak & ayah.

Sampai ternganga nganga mak aku nih..


ish.. aweks mana lak tu dok sebelah Amirul. Tak kisah ar. makan dulu.

Majlis Penyampaian Hadiah 13/11/2010

Memang sedihkan.. bila ibu tak dapat hadiri majlis penyampaian hadiah anaknya. Dah ler tu Amirul ada persembahan Nasyid ( 3 lagu) . Jadi back up tekong lak tu.


Pentas yang sederhana jer. tapi menyimpan banyak kenangan.

hehehe.. heroku ambik adiah. tempat ke-3 jer. ok lah tu. 94/100 . Still in good ranking . for me, tak dpt no 1 pun tak per janji he do the best.

pendedahan cikgu terhadap Amirul amat kuhargai. yer la, umur mcm ni, kalau diberi pendedahan cenggini besar nanti leh jadi penceramah lak. mana tau kan. masin mulut ibu...

mmmm... berjubah lak anak ku ini. Amirul menyertai pertandingan pakaian beragam. Hasil gigih baby sitter la semua ni. memang baik ler baby sitter, sebab trick my son as her own son. terharunya aku.

Sanggup dia bersusah payah datang jugak kat Majlis ni, semata mata nak bagi sokongan moral untuk Amirul . Terima kasih bebanyak ku ucapkan. Syukur pada Allah atas rahmatmu.

banyak sangat acara dia masuk, tak sempat nak salin baju. belasah pakai jubah jer la bila nyanyi lagu mandarin. Aku ada bekal baju t/shirt. Tak sempat nak pakai pun.

layan jer la...


tak sangka mirul leh hafal semua lagu... syukur.. majlis berjalan lancar.

belek belek hadiah yg dia dapat tu. Tak mau bukak lagi. sebab nak tunggu aku balik exam nanti, bukak adiah tu depan aku. terharunya aku nih..


hiksss... dia dapat tupperware sebab dapat 2nd prize utk kategori pakaian beragam. bertambahlah koleksi tuppwerware aku.


tok lebai dengan gaya funky.


budak 2 orang ni pun baby sitter jaga jugak. dorang pun datang bagi sokongan utk Amirul. walaupun hakikatnya, my baby sitter nak bagi semangat kat dorang utk masuk sekolah next year nanti.


ni ler gaya Amirul bila nek atas pentas utk memperagakan pakaian jubahnya tu. siap cakap sepatah dua lagi. ishh.. nampak cam tok imam sedang baca khutbah. harap harap lah kan.

Wah.. ada peminat yg sedang perati Amirul ni.



nota: terima kasih utk baby sitter & anak dia. tak lupa jugak untuk Cik suami terchenta, wlaaupun kerja malam, still tunggu sampai acara tamat.

Amirul with Cousin

Tak der banyak pun photo yang di snap masa Raya aji that day. Tapi ada ler kisah di sebalik gambor ni.

Amirul terambil buku ejaan kezen dia, si Atikah. Dia ambil dan bawa balik ke umah tok sebelah aku ni ler. a.k.a umah mak aku . Punya ler sonot dia baca. gambor buku tu pun aku lupa nak snap. Masa kat kg aku, dia dok baca bersama-sama kezen dia side aku nih..

Sebelum kami bertolak balik ke penang that day, singgah ler kejap kat umah MIL. Masa asyik berborak. tetiba si Atikah nangis nangis tanya ttg buku tu. Aku dah syak ler, mesti kerja Amirul ni. Apa lagi diam-diam aku godek godek bahan bacaan dia.
hohoho.. ada la pulak, then aku memang nak ngajar Amirul ni supaya jgn ambik barang org sesuka hati. So, aku suh jer si Amirul ni bagi balik kat Mak njang dia. Bila Maknjang tanya, jumpa kat mana dia terus jawab tak tau.


geram ler aku, aku suh dia cakap yg betul. then dia cakap maaf, mirul terambil hari tu. ni, mirul bagi balik kat Tikah. ha... budak budak ni kita kena ajar dia cakap yg benar. supaya besar nanti tak suka mencari alasan. harap harap ler.

Sian lak ku rasa kat Amirul tu. Mungkin dia berkenan ngan buku tu, tapi tak tau nak bagitau kami as a parent ni. So, aku suh ler hubby pergi cari buku yg slightly same tu.



Punya la suka Amirul tu, sampai ke temnpat tidur dia asyik membaca. nanti nak beli lagilah 4-5 buah utk bacaan dia. cuti sekolah ni kan, biar diisi dengan membaca.


Kenduri.. kenduri.. kenduri...

Biasa la kan kalau kenduri time raya ni. banyak undangan yang nak kena terjah. So, pergi pun sekadar memenuhi undangan. Kalau nak menjamu selera, dah sendat sangat perutku ini.

Sampai kat umah kenduri kezen husband pun dah pukul 05:00 ptg. Umah Pakngah hubby. Nak wat cam ner, side aku pun ada kenduri jugak. memandangkan kami dari kampung aku, so kenalah lewatkan sikit ke kenduri kezen husband ni.

Pengantin pun dah tukar baju bagainya. siap dok cuci kawah lagi. hiksss. Aku plak tak makan pun, tolong pegang anak sedara husband. kasi chance my SIL nak makan.

Pas tu , aku meronda kat balai masak belakang sinun, jumpa ler kuih muih yg disediakan untuk orang gedehuk ( org masak) org kedah selalu panggil gedehuk. Aku makan kuih kapal terbang sampai jilat jilat jari. Sebab gula melekit kat jari tue. Hubby ler ni snap gambo candid.

Yang si Amirul ni plak, tak habih habih ngan tracktor. Yer la pak ngah hubby ni org wat sawah. so, ade la tractor ni. Punya la dok bergebang, tak sedar dah nak magrib. maklumlah ramai benor kazen husband. best ar dorang tu sporting.
Aku tak leh ler berseloroh sangat. kena la control sikit. adat ler, jaga air muka suami. kalau aku jumpa kezen aku lainla berseloroh sampai tak hingat donia kekadang tu.hikssss


Apakah jawapan kalian??

Tak dinafikan lagi bahawa Tana Toraja memang terkenal dengan adat dan budaya yang memang unik. dari segi amalan hidup sehingga lah kepada upacara keagaamaan. Rentetan dengan itu, kat TV pun ada sir dokumentari tentang tana toraja ni. tak ler aku sentuh semua adat-adat dia. cuma aku nak gitau ttg upacara "Rambu Solo". Korang baca ler kisah ttg adat dan budaya dorang ni. memang unik tau.


Aku bukan nak citer ttg semua tu. Cuma aku nak korang fikirkan, apakah jawapan yg harus aku jawab. bila org kafir ( bukan islam) cakap yg cara kita lakukan korban melaui gambaran gambar di atas. di mana kerbau di tetak hingga darah mencurah curah.

lagipun masyarakat tana toraja ni terletak di indonesia, cara pakaian dorang pun lebih kurang orang melayu, berkain batik dan bersarung.

Apa jawapan korang pulak bila dorang tanya, kenapa daging korban tak leh di agihkan kepada org bukan islam?.



Beginilah cara pengkebumian masyarakat tan toraja, dimana keranda di gantung di lereng lereng bukit. kemudian di pindahkan ke dalam stor yg di bina khas di dalam gua.



Aku andaikan di sini : jika kucing dibelai, di mandi & disyampu tentulah kucing lebih bersih dari ayam. tapi kenapa kita makan ayam dan tidak makan kucing. sebab ikut logik kucing lebih bersihkan...
" jawapannya kat sini, sebab ajaran islam kata haram makan kucing, halal makan ayam"


bolehkah aku jawab kat org kafir yang hukum kata, daging qurban tak leh bagi kat org kafir? tentu tak boleh kan, sebab dorang pun tak tau hukum hakam ni.


Boleh tak korang bagitau, cam na nak jawab kat dorang?

My Love (Mak & Hubby)

Ahad malam baru ler aku sampai penang setelah 6 hari bercuti untuk Raya Eidul Adha. Seronok sangat sebab husband tinggalkan aku & Amirul kat Umah Mak aku. bermanja manjaan aku ngan mak aku. tidur pun dakap dakap lagi. Memang terubat rinduku kat mak.


On, monday mak call tanya tentang lampu menyuluh dia. Ada tak tersangkut kat beg pakaianku. Sebab dia ada nampak Amirul duk main ngan lampu dia tu. Aku promise kat mak, balik kerja nanti akan aku carikan.


Lampu suluh tu leh letak kat kepala, senang jika memalam dia nak noreh bila musim daun getah luruh. Kalau musim ujan cam sekarang ni, apa lagi nak memancing ler.


Sebelum aku bertolak balik umah dari office, hubby lak sms suh aku beli Ponstan kat Farmasi masa on the way balik kerja tu. Tadi elok jer masa nak datang kerja. sakit apa lak hubby ni sampai nak kena beli ubat tahan sakit bagainya.


Sian, sayangku ni, dia sakit gigi la pulak. tak leh nak makan apa pun. gusi lak membengkak. Dia cakap lapar sangat tak makan sejak pagi. Aku nak masak moi dia tak nak. So, aku masak ler seringkas yg boleh. pas tu dia makan banyak plak tu. hubby cakap, dia telan ja, tak kunyah dah...
kalau kunyah sakit. sian sungguh aku tengok.


Tadi masa nak datang kerja, aku pesan suh hubby mandi banyak kali, minum air banyak then jgn lupa pergi klinik.


upss... lupa lak aku nak call mak ckp ttg touch light dia tu sebab dok sibuk melayan suami yg sakit gigi. Mak ler yg kol aku kejap tadi, tanya sama ada touch light dia ada ke tidak.


ishhh... cam na leh lupa nak bagitau kat mak yang touch light tu memang tak der kat dalam beg pakaianku. Sian mak mesti sejak kelmarin dia tunggu panggilanku.


macam ni ler anak, selalu lupa.. lupa.. lupa...