Saturday, November 27, 2010

Hantu Kum Kum ( Hantu Susu)

Assalamualaikum.. kum.. kum.. kum.. kum...
Seram tul bila ingat balik zaman kanak kanak dodulu. ramai yang memerkatakan tentang hantu kum kum. Jadi heboh satu M'sia.

Ala.. hantu yg bagi salam, mintak susu sambil bawak Batu Nisan. Tapi aku tak pernah tengok la. Kawan aku ckp, sekolah dia masa tu, suh dorang balik awal. sebab takut sangat ngan hantu kum kum ni.

Hari khamis (25/11/2010) Astro ada tayang citer ni. ingatan ku kembali kepada kisah hantu kum kum ni. Best gak ler. lakonan Marsha Londoh, didie alias, dik beradik Loy & banyak lagi la..
Aku tunggu sampai habis tengok citer ni tau.


Pas tu kan, teringat lagi aku tentang kisah wanita berpurdah yang mencari anak gadis sunti. Citer tu pun gempar satu M'sia gak. Sampai aku pun ngeletor bila jumpa ngan wanita berpurdah hitam. korang ingat lagi tak?

kononnya wanita tu pergi menuntut ilmu hitam nak jadi cantik. pas tu terlanggar pantang then muka dia jadi buruk. dia kena minum darah gadis sunti untuk kembalikan kecantikannya. Wah!!!! time tu kan, pergi mana mana pun ngan parent ja. hiksss..

Part ni, Marsha kena pukul ngan mak dia sampai keguguran. Dah ler mak dia lumpuh, yang dok pi dekat dekat suh mak dia pukul tu wat per ek? dok ler jauh jauh. tak der la kena pukul. hiksss.memandai ja aku ni. mcm la aku ni pengarah la pulak.


Tapi kan, suara Marsha bagi salam kum.. kum.. tu tiap tiap kali commercial break memang meremang bulu tengkok aku nih.. korang tonton tak?


nota:- Kalaula hantu ni leh nampak. senang ler nak sekat pelesit jalanan a.ka. mat rempit. bior dorang tu balik lepak kat umah memalam. pergi ngaji quran ker, buat qiamullail ker.. kan senang!!!!