Monday, November 29, 2010

Sotong Goreng Tepungku..

Kebetulan aku dapat sotong ni FOC. Pas tu dok fikir la nak masak apa. Hubby still sakit gigi. Mesti la tak leh nak makan. Sotong ni besar lak tu. penuh pinggan. sekor dia jer. Kalau buat masak tak ler sedap sangat . Aku suka sotong yg bersaiz sederhana kalau nak masak.


Punya ler tebal isinya. Sampai kat rumah belek belek stock tepung aku katdalam lemari tu. mmmm... buat goreng tepun pun ok gak ni.


Tepung yg aku guna utk goreng sotong ni, sebenarnya aku perolehi dari my step mother. Orang jemaah tempat dia mengaji yang jual. memang laku. kekadang bila aku order, asyik out of stock jer. Memang aku bangga la org islam kita boleh buat tepung yg sedap kalau nak bandingkan dengan tepung goreng yg ada kat pasaran.




Nak masak pun senang. tak yah ler nak bancuh bagainya. cuma gaulkan kat sotong tu jer. bila goreng, tepung tu memang melekat kat sotong. tak ler mcm tepung kat pasaran yang kena letak putih telur dulu sebelum di campur ngan tepung. Memang senang la.





hmmm... ni ler hasilnya bila dah siap di goreng. memang marveles. Sotong pun tak kecut. Oleh kerana tepung ni memang sedap. aku baru jer order 2 kilo. untuk stock. tepung ni boleh goreng ayam, udang & ikan.



walaupun aku goreng sekor je sotong tu , dapat sepinggan ko. aku makan ngan Amirul pun tak habis. Ku simpan sikit untuk my SIL yang balik kerja kul 11:00 mlm nanti. Bila hubby dah baik sakit gigi, aku nak wat utk dia.



Ni ler baru sotong Goreng Tepung. Selalu order kat restoren, dorang wat cokodok sotong. Memang geram, bila order sotong goreng tepung, pas tu dapat cokodok sotong. Dah la tak sedap. kena bayor lagi.





Senang tul hati ni, bila dapat wat sendiri makanan kegemaran. Kolestrol????? pas ni steam bawang putih makan ngan nasi utk potong kolestrol k...








Kenapa asyik Condemn Aku..

Sejak 2 menjak ni. mood aku asyik tak ok jer. ntah ler. asyik nak marah. silap sikit pasti melenting. hisshhhh... sebab tu, setiap kali nak marah aku istighfar bebanyak.


Saturday, jam 5:30ptg cam tu la, aku receive call dari sorang budak ( suara mcm umur lingkungan 14-16 thn). Siap nak penampaq aku lagi. Apa ke hay ni??? Mungkin dia silap nombor kot. Tapi buta-buta ja aku kena. Punya la geram, aku siap warning nak gi check fon number dia & nak cari dia . Tapi, bila fifkir balik, buang masa jer. aku pun bukan kenal dia pun.hiksss..


Then, my pren sorang ni, asyik condemn aku jer. Eh, anak u dah cuti antar ler pergi tuisyen ke, belajar berenang ke, main piano ker and bla.. bla.. Aku malas nak layan, sebab Aku tak minat pun nak wat semua tu untuk Amirul. Aku ada ler cara aku. Nak suh Amirul ngaji Quran, pandai membaca bagainya. Then kalau nak pi tuisyen tu, awal lagi kot. baru 6thn next year.


Bila aku tak nak kasi Amirul belajar berenga mula la cakap, cara aku tak bagus la. Aku berkira la. Anak dia bagus sebab belajar berenang. Masa tak terbuang. Punya suka aku la. anak aku. Anak dia, dia wat ler. Aku pun tak suh anak dia gi belajar ngaji Qur an bagainya...Pasal dok condemn cara aku bela anak.....


Then, that day Aku beli la buah tembikai Hami ni. photo dari : idhamlim.blogspot.com. Buah tembikai Hami ni memang sedap. Rasa dia memang manis. Lebih enak dari tembikai susu & tembikai biasa.

Bila aku beli, tembikai ni, pas tu dia nampak la pulak. Siap cakap kat aku. tembikai ni leh jana flame. Boleh kena Asma. Pas tu cakap lagi. Kalau kita tengok dorang sembur racun kat tembikai ni. sudah tentu kita tak berani nak makan. Apa motif dia ek? Aku makan tembikai, bukan makan racun!!!!!!. asyik tak kena jer aku di mata dia.



Beli Hp pun sama, cakap phone aku tak bapa baik, dia punya lagi banyak function. boleh itu boleh ini. menci aku. asyik condemn aku jer.


Nota:- Mungkin dah tertulis dalam diari hidupku yang aku akan berhadapan ngan orang yang cam gini. redha.. jer la.