Monday, October 31, 2011

Hai.. dah 3 Bulan

Hai.. saya dah masuk 3 bulan

pejam celik pejam celik dah 3 bulan usia Aleesya

Alhamdulillah, aku still BF dia


Sekarang ni dia dah pandai minta nenen. Aku dah faham, kalau dia lapar dia akan

menangis. Pas tu kat hujung tangisan tu akan bunyi "Ngek"

Kalau ada bunyi " Ngek" tu, dah tau la yang Aleesya lapar.



Aleesya dah pandai main ngan abang dia. Kekadang bila dapat peluang, Amirul akan dukung Aleesya. Risau aku ni. Yer la kan, tulang masih lembut.

Aleesya ni pulak, kalau abang dia angkat diam jer. Sebab tu la, kalau aku kat dapur atau bilik air tak kan perasan yang Amirul dukung Aleesya.

Operataion

Memang sedih aku ngan MIL, dek kerana Kencing Manis yang dihidapinyamenyebabkan mata beliau dah tak leh nampak.




So, my SIL dah pergi tanya kat Private Hospital, semuanya tak mau operate.Last kena refer GH jugak. Sabtu ( 29/10/2011) MIL selamat menjalani pembedahan matanya.




Aku tak dapat nak balik teman, sebab this week memang kami nak balik untuk raya.



Semalam, aku call MIL, dia ckp dia kena wat operation 2 kali. Why?

Rupanya, masa first operation tu, benang tertanggal. So, doktor decide buat sekali lagi.

Sian MIL, 2 kali di buis. Lepas 2nd operation tu, my MIL dah tak boleh tahan

terus muntah muntah.

Sedih.. aku dengar.




Dalam sedih tu aku suka sangat, bila MIL cakap dia dah boleh nampak.

So, dapatla dia menatap wajah Aleesya.

Nanti ya mak, Sabtu ni T balik tengok.

Friday, October 28, 2011

Lunch kat The Ship Sri Bahari

Dah hampir 2 bulan aku datang kerja selepas melahirkan Aleesya

Makanya temporary staff yang menggantikan aku pun akan mengakhiri kerjayanya di Syarikat aku pada hujung bulan ni.




Meskipun 6 bulan ja dia kerja kat sini, aku rasa best sangat

sebab dia ok, otak dia gila gila mcm aku gak

ada anak kecik mcm aku jugak

Fikir punya fikir, last kami decided nak wat farewell kat atas kapal

hahaha... aku memang suka makan kat atas kapal ni compare makan kat atas

kapal yang dekat "Batu Feringghi" sinun tu.

ok, sebelum masuk, wajib bergambor dulu kat pintu kapal yer

hahaha.. aklu yang lebih lebih mengalahkan org yang nak ber Farewell

ni ler orang nya.. Namanya Ai Ai. Lepas ni jgn lupa aku kat sini yer.


ok, meh kita usha makanan pulak.



Aku mambik set lunch. RM 30.90++. Ayam grill black pepper with sos mushroom, chicken corn soup and dizzert.


yang ni pulak Ai ai punya . Fish grill apa ntah. and side dish sama mcm aku gak. Dia suh aku rasa sikit. Tak mo ah, sebab aku tak suka makan ikan yang di masak cenggini.


Ni pulak soo see punya order. dada ayam yang di panggang bersama tomato apa ntah. aku bukannya pandai sangat nama nama western ni. hehehe



hmmm.... minuman penyejuk kerongkong. Aku minum sikit jer sebab teringin sangat nak rasa air ni. Aku kan masih berpantang minum ais. terlanggar pantang jugak ler hari ni.

haha... pantang kebendanya. dessert pulak Ice Cream Strawberry mix fruite. ambik ko.Aku makan dengan penuh nikmatnya.


upsss...nampak tu. Ai ai makan habis grill fish dia. selera bebenor yer.

hahaha... tengok gambar ni korang bayangkanlah yang si Soo See ni tengah potong dengan lajunya. lapor benor nampaknya tu.

Nak Marah Pun Tak Boleh

Bengang tul aku 2-3 hari ni

Tapi tak tau la nak marah ke idak.

Tiap tiap malam Aleesya asyi terkejut ja dari tidur


Aku kena dakap dia selalu. sebab setiap kali dia terkejut dia akan menangis.



Sian dia tak nyenyak tido. Dah la sekarang ni musim hujan. Kekadang tu bunyi guruh pun dia boleh terkejut.


Haa... benda alah ni lah yang buat dia selalu terkejut.

Sekarang kan sambutan 'Deepavali" so, dorang main mercun tak hingat ler..


Main pulak time time kul 11.00 ke atas. Time Aleesya tengah nenyek tido

Aku pulak time tu la nak mengemas rumah.

Bila Aleesya terjaga, mcm mana nak mengemas rumah??

jawab... jawab... ( emo sket)


Tak mampu aku untuk pergi tegur anak anak jiran aku. Sebab bukan saja anak anak dorang yang main sekali ngan bap[ak dorang pun main juga.


Siap main yang mcm nak sambut tahun baru tu lagi. Memang la nampak cantik jer kat langit tu bila bunga api terurai keluar.

Tapi, anak aku la yang terkejut. Takkan aku nak marahkan dorang pulak. Sat jadi isu perkauman pulak.


Sebab time Raya Puasa pun ramai jugak orang melayu yang main mercun yang sama. So, sabar jer la. Nanti org cakap raya korang leh main, Raya kami ko nak bising pulak. tul tak.


harap harap malam ni & malam seterusnya, tak dengar kot bunyi bunga api berdentum.

Thursday, October 27, 2011

Bamboo Steamer




Aku nak citer sket tentang "Bamboo Steamer" yang baru je dibeli

That day, aku ke Lebuh Pantai nak beli Minyak TYT untuk Aleesya

Tetiba terpandang sebuah kedai membuat Bamboo Steamer ni



Apa lagi, terus pergi sambar la.



Dalam hati punya la happy, sebab kalau kukus makanan dalam ni rasanya lebih enak

Aku dah rasmi untuk steam Ikan, Steam ayam and "Steam Pizza".




Hahaha.. aku guna steamer untuk steamkan pizza Hut yang dah sejuk. Memang berbaloisebab rasa mcm hot from oven. Amirul kemain suka lagi .Ya la kan selalunya Pizza yang aku bawa balik dari office selalunya dah keras & sejuk gedi ( kata org kedah)




Amirul siap request kat aku suh steamkan balance pizza keesokkan harinya

sebab dia nak bawa pergi ke Sekolah.




hmm... cuma "Dim Sum" je aku belum rasmi kat dalam pengukus ni. Wal hal aku beli pengukus ni untuk masak Dim Sum. Last benda lain dah buat, Dim Sum idak le lagi. kesiannya.





Dah ambik resipi dim sum ni. Dah tanya pun kat rakan sekerja cara nak buat dan Selalu jugak tengok si Farah tu dalam Rancangan "Rasa Halal Orient". Nampak mcm senang jer. Nak cuba.. nak cuba..







Note:- Mak tak tengok lagi pengukus ni. kalau dia nampak mesti dia nak ni. Nanti lah nak beli untuk mak wat Souvenir

Wednesday, October 26, 2011

Nak minum atau tengok aje????

Sanggupkah anda minum coffee yang di hias cantik ?



hiasan wajah anda sendiri.. hikss bila nak minum tengok wajah sendiri.


hahaha.. mcm cermin.





Nak minum ke nak tengok jer?

cantik




Hiasan Naga



Bunga...




wajah siapakah ini?


















hias cecantik cam ni. masuk perut lagi la sedap.







menakjubkan. pandainya dorang hias. kalau aku ler, habis semua bercampor.

Tuesday, October 25, 2011

Setuju @ tidak Setuju


Those who wear a legging like a pornstar. Setuju atau tidak?


ini bukan kenyataan aku, tapi aku ambik dari blog
http://leggingseksi.blogspot.com/


korang leh le pegi sana & tengok banyak lagi k.




Syukur alhamdulillah, sejak dulu hingga sekarang aku belum pernah lagi pakai legging ni. tak kiralah di rumah atau di tempat awam.


gamar ni aku cedok dari blog di atas.


sekarang ni aku dah ada anak pompuan. So kena wat pemantauan la. Aleesya ada sehelai legging. Ada org beli sebagai adiah that day. Dah aku terbaca artikel ni

mungkin lepas ni aku tak bagi Aleesya pakai.


Kalau dah pakai nanti jadi biasa pulak. tul tak?



Bagi aku, apa yang terera kat N3 pada blog di atas adalah betul dan aku amat setuju. Korang bagaimana?

Peristiwa Hari ini..

chewah.... mcm tajuk Harini Dalam Sejarah la pulak.Today,25/10/2011 dengan penuh semangatnya aku plan nak datang kerja awal.

So, tak mo bawak merz 4 tayarku. Aku bawa Merz 2 tayar dah le.Senang sikit, kalau time balik, tak yah nak sibuk ngan jam.




Tengah aku ride baik punya, tetiba rasa mcm nek kuda la pulak.

tersengguk sengguk . ish... kenapa la pulak ni.

Ok, apply signal ke kiri, parking tepi jalan tengok

Mak ai.. Tayar Pancit la pulak.kwang.. kwang...




gambar yang tak de kena mengena.




ok, phone mekanik dulu. hmmm jap lagi sampai la.Then phone husband kat office dia. Mana tau dia leh datang teman aku kat tepi jalan ni. hiksss..


Aku : hello bang.. pot pet pot pet...

Husband : mmm kalau cenggitu, jap lagi mekanik datang, dah siap semua. Pi balik ambik keta drive pi kerja k.

Aku : Amboi.. dah 1/2 of my jurney dah ni. takkan nak patah balik kot. malas ar.

Husband : up to you..




huh.. sampai office lambat jugak

ingat nak jadi lah org baik datang office awal

hampeh...

Monday, October 24, 2011

Speeding coz of you..

Yesterday, pukul 10.00 pagi, aku siap hantar Amirul ke Kelas Mandarinnya.

Pas tu dok sembang sembang dengan cikgu Amirul, pot pet pot pet.. sampai kul 10:30 student baru ada 3 orang yang datang. Cam ner nak practice ni? sebab nak buat buat persembahan di hari penyampaian hadiah akan datang..


Last, kelas di batalkan sebab most pf the student kena participate "Recycle Campaign"

Aku pun bawa la balik Amirul semula.

Sonok la AMirul sebab leh tengok gambar "CUAK" yang memang terlepas setiap minggu.


Aleesya pulak aku tinggalkan kat baby sitter jab. sebab nak pergi shopping barang dapur & pampers dia sekali.


Sian... on sunday pun kena parking kat Umah baby sitter.

kejap ja kan.

Then aku pun memulakan operasi shoppingku sengsorang, sebab hubby kerja

shoping punya shoping sampai tak sedar jam dah pukul 12:30.



Tetiba aku teringat!!!

Ya Allah..anakku mcm mana boleh lupa ni..

Aku kena speed balik sekarang jugak.

harap harap la dia ok.

dalam hati dok merungut.."ish, mcm mana boleh tak ingat"



Aku baru teringat yang last friday, baby sitter ada ckp yang formula milk Aleesya dah habis.

Then masa aku hantar Aleesya tadi, aku tak BF dia

Pas tu Susu yang aku perah pun aku tak bekalkan untuknya.

tentu Aleesya menangis kelaparan.

yer la 3 jam aku tinggalkan dia.




Aku memang speed giler giler. nasib baik la jalan tak jam. kalau idak, menangis aku di tengah jalan tu. Bila aku sampai je, aku tak simpan barang, tapi terus dapatkan Aleesya.


Hairan, kenapa tak dengar Aleesya menangis? lorr... rupanya dia tido sejak aku tinggalkan tadi sampaila aku balik tak bangun bangun. Baik sungguh ko Aleesya. wat ibu risau je.


Bila dia dengar ja suara aku, terus dia bukak mata nangis. huhuhu..

Baru dia rasa lapar kot.



Note:- huh.. buat aku panik ja.

Serious!!! Aku Rindu

Serious ku cakap. Memang aku rindu sesangat ngan SPA Beg haku ni.

Dah lama parking kat atas Almari tue. Bila la agaknya aku leh guna semula.

Memang plan nak guna wat masa terdekat ni. Tapi nampak mcm tak boleh jer..


seronoknya dalam hati kalau boleh berpeluh peluh kat dalam tu.

Cuti sabtu Ahad tempohari pun tak sempat nak berSPA jugak.

Ada saja yang mengganggu.


Dah plan baik punya, kena pergiu shopping barangan dapur + pampers Aleesya

Sunday tu ingat boleh la suh asben tengok tengokkan Aleesya bila aku nak berSPA,

Asben pulak kerja.hmmm melepas la...


Kalau nak SPA waktu malam lepas balik kerja, lagi la tak boleh, sebab Aleesya ni dah pandai tidur lambat. pukul 11-12 mlm baru dia nak tido.

Takkanlah aku nak berspa kul 12.00 malam. hiksss. mata pun ngantuksss


Pagi pagi mcm biasalah, sibuk ngan preparation Amirul nak kesekolah & nak siap datang kerja.

Mak aii... time is limited.waaaaa

Windu sama kamooo my SPA Beg.

Sunday, October 23, 2011

Ayam oh Ayam

Bila saja harga Ayam naik semua orang melenting termasuklah aku

Ayam memang enak di makan tak kiralah apa jua juadahpun

Terdetik dihati bila aku terbaca kat ruangan Metro berbunyi"

(Ayam Sedap di makan tapi harga berkira)

mungkin korang pun pernah terbaca artikel ini.



Memang kita berkira jika harga naik.tak kiralah ayam ke, minyak ke hapa ke.Align Center

Tapi pernahkah kita terfikir, bagi negara kebuluran tak pernah pun nak impikan nak makan ayam panggang,ayam golek mahupun ayam goreng

Ntah.. ntah bayanganh ayam pun tak dapat dorang lihat.


Tapi kita bukan negara kebuluran. malahan mampu untuk membeli ayam.Cuma kalau selalu sangat harga ayam naik memang menyakitkan.

Mungkin bagi aku yang berkeluarga kecil ni tak ler terasa sangat. Bayangkan kalau yang anak ramai. seekor ayam dah mencecah 20 ringgit. sekor mana cukup. betul tak?

nak pergi menjamah ayam KFCjauh seklai la.


pernah tak korang tengok kat Pasaraya Tesco. Dorang jual ayam panggang sekor RM 12.90. kalau offer kekadang tu 9.90 ja. Dalam fikiran korang, boleh untung ke? Ayam mentah pun sekor 20 hinggit!!!!!

Bagi aku le, kalau peniga boleh jual ayam masak dengan harga murah cenggini, tentulah kos ayam mentahnya jauh lebih murah. betul tak?

peniaga nasi campur pulak, asal harga ayam naik, dorang pun naikkan harga ayam. kekadang tu makan lunch sampai 8-9 hinggit ( sebab makan ayam).

Ada yang merungut, kalau makan sampai 8-9 ringgit, lebih baik makan KFC. Kalau semua berfikiran cenggitu, maka rakyat malaysia akan mengamalkan cara hidup yang kurang sihat. sebab fast food is not good for our health.

sekarang ni ayam sekor 20 hinggit, ntah 5-6 thn akan datang boleh mencecah sampai 50 ringgit kot. kesian kan kita.kalau nak boikot makan ayam, mcm mana pulak peniaga ayam nak hidup?
fikir.. fikir.. nana nan nan na...





Friday, October 21, 2011

Kesian


After reaching 700 pounds, Pauline Potter has officially entered the record books as the world's most heaviest woman. But the 47-year-old from Sacramento, CA now says she wants to lose weight so she can enjoy every day life again.


Just iamagine if my self are big like this, how am look like?


wuitss... apa yang lebey kat tengah tu. lemak?


sanggup kah korang kalau hri hari kena duduk dalam keta cara cenggini...


duduk plak, asyik kena mengangkang jerk. Mana leh duduk sopan sopan. nak rapat rapatkan kaki tul tak? sian aku nengok. Kalau aku le, wat pe nak cipta rekod kalau nak bergerak pun susah.


Nak sopin kat supermarket yang tak der box lift tu tentu susuahkan. Nak nek escalator cam no. ishhh tak meriah la idup kalau tak leh berkawat setiap tingkat supermarket. hiksss


Tak yah berenang kalau kat kolam renang. Orang lain berenang, dia plak "Berendam".


sambil makan pun kena mengangkang jugak. betul betul kesian aku nengok.Di mana silapnya?Nak cakap jenis kuat makan, ada juga makhluk allah yang kuat makan tapi kurus. Mungkin dah ketentuan ilahi dia besar cenggini. Aku simpati. harap harap aku idak ler sampai cenggini.



Thursday, October 20, 2011

Susu

Kalau nak citer ttg formula milk ni. dah satu pusingan dah aku buat.

Semua tak sesuai utnuk Aleesya.Walaupun aku pump susu aku untuk Aleesya, kenalah standby susu formula jugak,takut tak cukup susu aku, nak wat cam na kan...


Sejak aku letak Aleesya kat Baby Sitter, memang ku bekalkan susu yang di pump & susu formula.

Kekadang tu, kalau aku lupa nak bawak susu yang di pump. Ok jer Aleesya minum formula milk.


( stock )
Sejak dalam pantang aku memang gigih pump. so boleh la aku simpan banyak cenggini. Tapi sekarang dah tak banyak... Stock susu aku pun dah berkurangan. Kalau dulu, ada la dalam 12oz aku pump.

Serkarang ni, nak dapat 9oz pun susah.


cengginilah kalau sekali pump dulunya. Ada yang mencecah melebihi 7oz kalau sekali pump.
sekarang ni, sekali pump cuma 3-4 oz jer.

baby sitter ckp, Aleesya tak mo minum formula milk. dia nak susu aku gak. Lagi la kaco.Sekarang ni aku dok cari petua nak tambahkan kuantiti susu badanku ini. mcm mcm aku try. tapi still cenggitu gak.

huhuhu... kena tunggu sebulan lagi. bulan depan Aleesya leh la aku start bagi dia air didih. Ya la kan, sebagai permulaan untuk dia makan makanan ruji ( nasi). kalau dah leh sulam ngan air didih, kiranya leh la cover sikit.


Sekarang ni aku amal minum jus lobak putih. Lepas ni nak try makan pegaga & air longan plak.

longan kering , pas tu balik umah rebus utk minum airnya.



doakan susuku bertambah lepas ni yer.