Friday, January 14, 2011

Happy 3rd B'day Putri Nor Diana

hmmm.... seronok kan kalau dapat wat b'day party kat sini. Tapi masa dodulu mana ada menda menda cenggini. Kalau untuk Amirul pun aku tak pernah buat. hehehe...

Ini cheese kek. nyum nyum. aku suka sangat sebab kat dalam tu orang letak nuts. order dari SR.Besar gabak kek dia. Tapi kalau korang nak tahu, B'day party ni bukan untuk anak kandung kawan aku tu En. Khairy Goh Bin Abdullah. Dia buat untuk anak ngasuh dia. cayalah!!!

Ni pulak Ice Cream kek also dari SR. Wife si khairy goh ni ambik si Putri ngasuh pada mulanya tu. Yer la kan, ngasuh lelama pas tu terlebih sayang. Then sejak terjatuh sayang ngan Putri tu, segala makan pakai & susu si Putri tu, semua dia yang support.


Sayang sungguh da kat Putri ni. Kemana saja dorang pergi, usung jer si putri ni. Pergi melancong ke mana mana pun di bawanya. Putri ni pun dah panggil kawan aku tu dady and wife dia mummy. bertuahnya badan si Puteri ni.

Tengok la tu, mak betul dia (yg pakai baju itam bertudung) tu duduk tepi ja. Si khairy ni yang konker Putri. Yang baju putih dan bergaun tulah anak kandung Si khairy. hehehe..


Pandai la si putri ni, potong kek, kemudian suapkan kepada mummy, dady, kakak, abang & maknya sendiri.


Ha... ingat lagi tak dialog Amirul ttg kawan ibu yg tak pakai baju dalam N3 aku tempohari. Dia tanya tentang anak perempuan si Khairy ni ler. Mungkin dia rasa pelik, sebab semua orang tutp jer, tetiba ada sorang yang terbuka bahu. hehehe...

Sebelum pulang, sempat jugak aku bergambo ngan wife khairy ni. sportinglah.


And lastly, aku dapat gak bergambar ngan tuam empunya party. Terima kasih yer Khairy, lain tahun ajak ai lagi noh..kenyang ai malam tu. erk... alhamdulillah.

Undangan B'day si Puteri..

Berbesar hati ni sebab dapat menerima undangan Harijadi anak seorang sahabat. Mula tu ingat tak nak pergi ler, tapi dia dah sms jemput. Then datang office pulak untuk confirm ngan aku.

Memandangkan Amirul pun dah sekolah, kena tidur awal bagainya, so aku agak keberatan. Tambahan pulak hubby kerja night shift. Makanya aku kena la drive sendiri. Lebih kurang 1/2 jam jugak nak sampai ke destinasi tu.


Kebetulan my SIL kerja pagi, so boleh la dia temankan aku & Amirul. Tak der la aku rasa boring drive sengsorang memalam. Hmm.. tengok la my SIL makan burger. Memandangkan ramai lak Chinese yg attend so, big mag ler yang lebih. sebab dorang tak makan lembu. Haku ni makan sampai perut sengkak ko.


Tengok, licin kami makan. hehehe...
Parts yang best tu, masa aku balik kerja aku singgah ler Queensbay beli teddy bear sebagai hadiah untuk b'day girl. Bila balik umah, tak nak amirul merajuk aku cakap jer beli kat pasar malam. Sib baik si mulut becok ni tak cakap kat b'day girl tu yg teddy bear beli kat pasar malam. hikssss. bukan boleh harap budak ni.... risau gak aku masa kasi hadiah kat budak comel tu.
Nak tengok budak comel tu ek? nanti la aku buat N3 selepas ni.
Time balik tu nak ler Amirul bergedik gedik kat simbol McD ni. hehehe. Orang yang tengok kami sedang berposing tu pun naik pelik. Macam ler tak pernah tengok sign "M" tu. Mungkin dorang ingat kami ni dari mana ntah. JAKUN semacam jer.
Aku view jauh sikit sebab nak snap gambor SIL ni. saja nak kasi nampak banyak sikit "M" tu.hehehe...
nota:- nanti ku wat N3, tayang muka b'day girls.