Wednesday, February 23, 2011

salah ke?

Kata orang membazir jer..
buang duit jer...
setakat bapa bulan jer...
Cam tu ler suara suara sumbang yg kedengaran
tatkala aku ghairah membeli baju pregnant
Memang banyak jugak ler koleksi baju preganant aku ni
pas tu, sejak pregnant ni beli lagi, then beli lagi


Mcm baju kat atas ni, kalau dah masuk 8-9 bulan dah tak leh pakai
Tapi, ada aku kesah? aku nak jugak beli walaupun mahal

Faham la kan, baju pregnant memang mahal
kalau tak der discount mau kopak jugak
Aku pulak, kalau sekali beli bukan sehelai
siap 2-3 helai.

Selalunya, aku pergi kat butik yg dekat dengan office aku jer
yg aku heran, kenapa le ada yang nak perli perli aku
biarla, aku yang pregnant, aku yg nak pakai

ingat senang ke.. aku tunggu 6 tahun tau untuk pakai ni
ingat senang ke sesaja nak pakai baju pregnant kalo tak pregnant?
biar ler, kalau aku hanya merasa pakai baju pregnant ni
cuma dalam 5-6 bulan jer

Org pregnant ni senang, kalau pergi kenduri pakai baju cenggini pun org tak cakap apa
tak yah nak pakai baju kurung
lagipun nak pakai cam na kan..
mana muat dah baju kurung pun.

Nota:- Dah ada chance nak pakai baju pregnant, aku melaram ler. Ntah bapa tahun pulak ler lepas ni aku berpeluang nak pakai. hehehe