Wednesday, May 18, 2011

Trainer yang penyabar...

Baru jer bulan lepas, Company aku dapat cari org untuk gantikan aku sempena aku nak bercuti bersalin selama 2 bulan. So, org baru tu mestilah belajar serba sedikit ttg kerja aku ni.
Sian aku ngan budak baru tu, sebab dia memang zero ttg hal hal nak reply letter, nak buat surat rayuan bagainya.

Bila sentuh ttg spare parts kenderaan lagi la dia blurrrr...
Dia datang kerja Half Day jer. so, masa aku nak train dia is limited la. Tapi harap harap dia dapat buat ler bila aku bercuti nanti.

Kalau korang bengang tak, bila hari ni ngajor, besok dia lupa, then korang kena explain semula.
Mcm ni ler situasi aku hari hari. Tapi, aku ni bukannya jenis yang panas baran, sebab aku percaya yang tak semua org boleh buat kerja aku ni. Tambah tambah nak draft letter. memerlukan penelitian. Bukannya standard letter tau. Sebab setiap kes mempunyai spesikasi yang berbeza..


Sebab aku tak pernah pun tinggikan suara kat dia & tegur dengan penuh kelembutan , chewahhhh.. dia cakap aku ni memang penyabar, sebab sanggup mengajar dia benda yg sama berulang ulang kali. Hehehehe...

Nampak gayanya, bila aku terbaring berpantang nanti, telephone mesti tak lekang di telinga la jawabnya. Nasib baiklah kerja kerja online aku leh pantau ngan lappy kat umah. sabor jer la kan. Kalau aku tak pantau, nanti bila aku kembali kerja, lintang pukang jadiknya...