Friday, December 9, 2011

Bukan Benci tapi...

Tajuk mcm ayat jiwang dalam novel gitu

meh nak stry mory kat sini

Sebagai Makhluk Allah, aku tak pernah membenci makhluk lain ciptaan Allah

tak kisah la walau apa jenis makhluk sekalipun termasuklah anjing

ish.. tetiba gambar najis mughallazhah ni parking kat blog aku.ngeee

Aku tak benci anjing ok, tapi aku cuba elakkan dari bersentuhan dengannya

Mungkin bentuk fizikalnya tu yang membuatkan aku takut.

korang takut tak dengan anjing????

Aku? Takuuuuuttttt... kalau dia menyalak je kat aku dah ngeletor lutut lutut ni




ok, balik pada cerita aku ni:-

mcm biasalah aku akan ke kedai mamak depan office tu untuk beli

kopi ( malas bancuh sendiri)




on the way nak ke kedai mamak tu, aku pergi la dok perli perli

budak yang service keta kat bawah office aku tu.

aku berdiri ja kat situ, then muka aku turn kat budak service tu la

tetiba rasa mcm sejuk je kaki aku

aku tengok je terus menjerit sekuat hati

mcm baru ja dirompak.




anjing tu ngan selamba je jilat kaki aku

Aku plak pakai sandel je... memang geli eeeeeee




pas tu aku suruh ja budak office aku ni, pergi kat tanah lepang ujung sana

ambik sedikit tanah untuk aku samak

sambil samak, aku nangis nangis tau




ntah le, bila kita terkejut, tetiba terus jadi nak nangis

nape ek?




tu la kan. kata org hari jumaat hari baik, tapi aku plak, sejak pagi ada je yang tak kena

dari pakai baju terbalik la, anjing jilat kaki la

hmmm.. malam ni ntah apa la pulak.

hehehe....

Nak Dapat Duit kot

Korang pernah tak dengar org tua tua ckp, kalau pakai baju terbalik maknanya

nak dapat duit? betul ke? Aku tak cayalah

kalau cam tu, hari hari la aku nak pakai baju terbalik.ngeeee


Meh sini nak citer, pgi tadi aku tak le rushing sangat sebab ntah mimpi apa semalam

Amirul tu, lepas je solat subuh dia terus nak pergi umah mak dia.

Dalam pukul 6.45 cenggitu le. Dia ckp dia ada janji special ngan mak dia.

So, aku izinkan lah, lagi pun dekat je umah aku ngan umah bb sitter tu.


Aku plak, just baring jap kat sofa tu, jap lagi nak siapkan breakfast tuk suami. Lagipun dia kerja malam, kul 8.00 baru balik. Masa husband balik tu, aku terlelap jap

then husband pun dengan risaunya dok kejutkan aku

Anak mana? anak mana?

muka dia kelat ijo gitu ( ha.. takut anak ilang le tu )


aku ckp dah pi umah mak dia subuh tadi.

So, dalam pukul 9.00 cenggitu la, aku dah siap nak datang kerja

sebelum tu kena gi hantar Aleesya dulu kat umah BB sitter


Ntah le, jenjiran yg lelaki tu asyik tengok aku jer.Tapi tak tegur pun

Bila org tengok kita, kita mesti rasa tak selesa, tul tak?

Then aku tengok la diriku sendiri, ada yang tak kena ke?

jeng... jeng....jeng...

rupernya

aku pakai baju terbalik. waaaaa... malunya aku



photo dari sini


tak tau nak letak muka kat mana. Jalan lejau laju masuk rumah tukar baju

pas tu ketawa ngan husband berdekah dekah

mana tak nya, pakai baju terbalik

pas tu pakai tudung & siap make up plak tu

sib baik tak speed pi kerja ngan baju terbalik tu

kalau idak sampai traffic light mesti org gelak terbahak bahak kat aku.