Saturday, June 30, 2012

Irma Hasmie kini Isteri kepada Redza


   
tengok je pelamin si Irma ni seolah olah
pepohon tamar mengelilingi singahsana
hai.. tema pertemuan dorang ke?

  lawanya dia
sungguh ayu
  
sang arjuna pun hensem

kalau nak tau lanjut
dan banyak lagi gambar gambar menarik
sila ke

Guess Which Airline Is This.

Boleh korang teka Which Airline is This?
tengok lah gambar kat bawah ni satu persatu
begitu cantik & bersih

 ada pramugari yang cun melecun
serve food tuk korang

mesti selesa kan kalau nek flight ni
flight negara manakah ini?

tengok la seat dia
so comfortable..
 
leh gak dengar muzik
exclusive kan...

fuh.. boleh tidur ngan selesa
sekali nampak mcm kerusi urut pun ada
hehehehee






dan.. percayakah anda
percayakah???
bahawa ianya sebenarnya
adalah
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



sebuah BAS!!!!!

kalau korang tak caya
dok ingat aku wat reka reka cite
meh USHA SINI





Friday, June 29, 2012

Ibu dah lambat

Hai..aku  ni  suka benor sibukkan diri ngan aktiviti aktiviti di hujung minggu.
lately hari sabtu & ahad pun kekadang Aleesya ngan Amirul kena gak pergi umah mak sitter dia

kalau nak ke mana mana memang susah nak bawak 2 orang sekali
nak bagi sama rata, dua dua tak yah bawak
hehehehe..

time ni aku dah pun bersiap siap untuk keluar ke Seberang
dah janji ngan kawan yang tingga1 kat umah ujung nun..

dah bersiap semua, tetiba Aleesya pulak berak
tau la kan, kalau dah siap cecantik, malas le nak nak cuci funggung Aleesya kat bilik air
sebab dia suka tepuk tepuk air tu
kang basah  pulak baju aku ni

last, aku decide mandikan terus Aleesya ni kat dalam sinki
ha... kat dalam sinki mana boleh nak tepuk tepuk air

kemain lagi dia tu, suka benor bila air kena belakang dia
tapi kan... aku pecah rahsia le ni
masa Aleesya 1-4 bulan, aku mandikan dia dalam sinki ni le
sebab aku memang tak pandai nak mandikan baby kat bilik air

dia nak tepuk jugak walaupun mandi kat sinki
ha.. tepuk la sinki tu puas puas
asal air tak mercik kena ibu udah le

okey.. bye bye ibu.
Ibu nak pergi shopping yer
jgn lupa beli somting tuk kami berdua ya.


Note: Actually, Aleesya dah boleh Jalan masa 10 bulan setengah that day. tapi aku tak sempat nak snap photo dia jln, jadi tak dapatla nak wat N3 dia berjalan tu.

Tak Jadi bermain Ombak

Dari rumah dah menyanyi nyanyi si Amirul tu nak mandi laut bagainya
Akusiap bawak baju spare & tuala lagi tau
Malas nak jejauh ke Batu Feringghi
jadi ke Tanjung Asam Udah le ye

Kalau hubby tak de, memang tak suka drive kat sini
jalan berselekoh. then parking pun kat bahu bahu jalan je
tapi, anak dah request ikut je la

sampai je Kat "Tanjung Asam" perut pun mcm bergocak keriangan
sebab nampak org jual makanan.
ada jagung, rojak, laksa , kopok lekor & segala jenis ball 

Nampak tak kat bawah tu, pantai kan..
tapi, ombaknya mcm beralun kuat sangat. So windy okey..
Aku rasa mcm tak selamat je, dah le husband tak de
then nak drive turun curam tu pun mcm tak sure. kang berlanggar ngan keta yang nak balik pulak
jalan pun sempit je nak turun ke sana

pujuk Amirul sehabis jiwa raga ku ini
tak yah le mandi. ombak kuat
papa tak dak nak tengok tengok adik kalau kita mandi
ibu takut la, nanti papa marah ibu pulah. chewahhhhh...
kita makan dulu ar...
lepas makan rojak tu, makan nugget pulak.
tak pe.. makan je, bior kenyang
budak budak ni kalau lapar suka wat pangai
bila perut dah kenyang okey je apa yg kita ckp. hehehehe

then, Amirul pulak nak makan laksa
biasalahkan, Amirul ni hantu laksa. 
aku tak leh makan lagi. tapi ada la rasa kuah dia sket sket
ilangkan ketagih laksa yang kronik. kahhhhhhhhhhhhhh

Amirul tak kisah, laksa kedah ke penang ke dia bedal je
tapi, kalau papa.. nak laksa kedah jer. haish..
nasib baik Ai pun orang kedah.
Akhirnya, Aleesya pun dah tersenarai dalam satu geng
makan laksa jugak. 
BAGUSSSSSS...... 
hai.. lepas ni kalau buat laksa kena buat lebih okey
dah ada satu ahli baru yg masuk geng.


last.. lepas kenyang. kami balik rumah
Amirul pulak, bila kenyang terus lupa hasrat nak mandi
hehehe.. bagus. senang kerja ibu ni.


Note:- Hubby, kalau awak tak join sekali rasa kekok pulak bawak anak anak berjalan.


Thursday, June 28, 2012

Bila dua dua sakit

Sebagai ibu, kalau boleh nak beri perhatian sama rata untuk anak anak. tul tak?

Semalam, masa aku pergi ambik Aleesya & Amirul kat umah Mak Sitter
tak nampak pun kelibat Amirul
Dalam ati dok ingat yang dia ikut bapak sitter dia pergi masjid le
sebab selalunya cam tu lah rutin dia bila bapak sitter ada kat umah

Mata ni mencari cari la budak Aleesya yang ntah explore umah Mak dia tu sana ni
bila aku panggil je, Aleesya pun keluar le dari bilik sambil sengih sengih

tetiba aku nampak sekujur body Amirul lending atas sofa. ish mcm mana boleh tak perasan plak. hehehe
Aku dukung Aleesya, then kejutkan Amirul.
Mak ai, panas benor Badan Amirul. Demam la pulak
mungkin sebab cuaca kot. kering je sebelum ni, then tetiba pagi kelmarin ujan
mungkin Amirul dengan sebab cuaca tak menentu sekarang ni

Bila aku dukung Aleesya, tengok pulak kat dahi tu benjol dan "Blue Black"
ish.. kenapa la pulak.
Mak sitter ckp dia terhantuk kat almari ke katil ntah le
dia dah tuam, esok lusa ok la tu

Aleesya pun mcm dok mengadu ttg kepala dia
the aku jampi serapah yang berbunyi

" Tuku Takai Jatuh Bukit, Budak Nakai Dapat Sakit" fuhhhhh hembus kepala dia
hahahaha....

Bila tiba malam je, teruk la aku. kejap kejap Amirul merengek
kejap kejap Aleesya merengek
semua nak kan perhatian. 
Amirul suh aku suap kan nasi tuk dia, Aleesya pulak at the same time nak menyusu.
tak terlayan aku.... 
datang kerja ni pun mata kuyu kuyu
tak cukup tido

Note:- Hari ni Amirul tak pergi sekolah & lebam Aleesya pun dah berkurang..
harap harap balik kerja nanti ok semuanya.


Thanks U Mobile Unlimited Mobile Internet

Best tak kalau dapat BE?  
kalau tanya aku. mesti la best best best..

memang aku dok tunggu BE tak keluar keluar
sejak aku dapat BE tempohari. dekat sebulan jugak la aku menunggu ni

dok tengok rang je dapat BE
last nuff dah show satu BE dari


"U Mobile Unlimited Mobile Internet"
patutla iklan dia berdansa ceria kat my blog
syukur alhamdulillah...

moga moga naik lagi sikit $$$ yang terkumpul tu
hehehe...

Wednesday, June 27, 2012

1st Give Away by Aliana


                                                              


nak join GA yang di anjurkan oleh Aliana ni
sebab hadiahnya gojes sangat

nak join sila melayari di SINI

saya tag
semua yang membaca okey!!!

Aloha 11 Bulan Sudah...

Mmmm.. hai semua. saya dah 11 bulan hari ini.
progress saya mcm biasa la
sama mcm kanak kanak lain.

Ini adalah baju kurung pertama saya
ibu yang jahitkan.
gigih gigih ibu jahit. memalam pulak tu

sian kat abang, sebab ibu tak jahit pun baju melayu utk dia
tapi ibu jahitkan baju kurung untuk saya
hahahaha...

sekarang ni saya dah pandai nak ikut papa naik motor
seronok woo.. kalau papa bawak ronda ronda dengan motor
kalau ibu, jgn harapla nak bawa saya naik motor
nyamfah ai..

sekarang ni saya makan semuanya
kalau org makan nasi, sepuluh kali org makan nasi sepuluh kali la saya nak makan
So far saya suka makan mee.
ibu selalu buatkan utk saya. shayang ibu...

saja la ibu nak tunjuk jahitan leher ni. Jahitan bunga karipap
ibu baru belajar. tak berapa menjadi sangat
tak pe k, practice make perfect.

baju baju saya la yang menjadi mangsa
maklumlah saya ni tak boleh bersuara untuk komen itu ini
hehehe...

syyy..... ibu ni sekarang tengah gigih potong kain. semua tu nak buat baju saya
hai.. bape pasang la baju kurung saya nanti.

tak sabor saya nak berjalan. kalau raya nanti dah pandai berjalan sendiri mesti seronokkan!

What You Need?


Needmore Rd, off I-75 in Ohio


Tuesday, June 26, 2012

Saat Bertemu Cikgu Sarah

Cuma tak sampai 10 minit dari umah ke sekolah AMirul. Sek. Keb Permatang Damar laut.
maka sampailah aku bersama Aleesya ke kelas Amirul.
 Satu Ibnu Sina (1IS)

Dari jauh dok nampak dah Amirul ok terjengk jenguk 
menunggu kedatangan kami

Sampai je kat pintu kelas, ada le bapa murid lain tengah jumpa cikgu Sarah
so, aku layan dulu la budak budak 1 IS ni.

Amirul terus je ambik Aleesya dan dukung ke sana kemari
sengt senget pun dukung jugak
tayang le kat kengkawan  dia tu
mcm la dia sorang je ada adik. ngeee
 
Budak yang pakai uniform sekolah tu siap request lagi kat aku nak bergambar
sengih ja bila aku ambik gambar dia
haishhh...

tapi sebelum tu memang aku ada ckp kat Amirul yang aku nak listkan apa yg nak di ckp kat cikgu
antaranya:-
1) kalau bangun pagi liat semacam je
2) kalau adik tidur suka kacau
3) kalau dah sudah mandi suka bogel, jenuh dok suruh pakai baju
dan.. banyak la aku dok kata kat dia yg aku nak mengadu kat cikgu dia
hahahaha... kecut dia tau..

so, masa malam sebelum aku nak pergi pun Amirul siap ckp
yang berbunyi begini
" Ala.. ibu mengadu la apa pun kat cikgu, cikgu pun tak de masa nak layan, tak masa nak fikir semua tu"
amboi.. pandai cover line nampak
tak kira nak ngadu jugak. aku kata
baik la kejap pangaidia tu. hahahaha...

then masa aku jumpa cikgu sarah , dia siap berdiri sebelah aku
tak nak ke mana mana.
tau le tu memang dok standy kot kot kalau aku bagitau perihal dia kat cikgu
ha.. tau pun takut

tapi, wat pe la aku nak bagitau kan.. saja nak usik dia
nak tengok reaksi dia je. aku kan ibu dia...heheheh


Ha.. ni le result Amirul. ok tak? senyum munga munga la aku
tapi ada banyak yg perlu di perbaiki
cikgu pun kata Amirul ni nakal jugak kat sekolah. tapi nakal yang standard budak budak le
tak de la nakal yg jenis exreme ke hapa ke

then dia ckp. tak yah la dok tengok number dalam kelas tu number berap
cuma pentinkan 100% pencapaian tu
betul la tu.. syukur Amirul dapat 90%

tapi.. kedudukan dalam kelas 9/30. haaa terkejut aku
strike A. 90% markah bagainya pun leh dapat no 9 dalam kelas
maknanya. budak yg dapat number 1 dalam kelas tu ntah ntah 100% kot la kan markah dia.

by the way aku tetap bersyukur.
lepas ni tingkatkan usaha ye Amirul
mana yg lemah tu nanti akan ibu usahakan mana yg perlu.