Friday, January 20, 2012

Kacooo Abang

Masa sekolah PASTI dodulu Amirul buat kerja sekolah tak de sape pun ganggu
tapi, kali ni jgn mimpilah nak sepahkan buku
sebab ada "Raksasa Pink"

Asal je Amirul wat Homeworks, Aleesya akan pergi kaco
lari la kat mana pun, mesti dia pergi cari sampai jumpa

kalau Amirul wat homeworks, wajib kena letak Aleesya dalam walker
kalau letak kat bawah laju jer dia koyak buku abang.

Diam diam Amirul wat homeworks dalam bilik
pas tu Aleesya dok cari ke hulu kehilir, akhirnya ternampak abangnya
apa lagi, this is the time to kaco kaco


Bila aku marah, tengok aku kejap. pas tu sambil tengok sambil la kaki tu
dok gerak gerak ke depan.


Baik tul Amirul, dia cuma ckp " raksasa Pink" tolong la jgn kaco abang
walaupun bukunya habis lunyai di kerjakan Aleesya,
dia marah mulut je.
Nak pukul jauh sekali. sayang betul ngan adik dia tu.

lagi Amirul ckp jgn, lagi laju dia lenyek buku Amirul tu
sian Amirul, nak wat Homework pun tak senang.

kalau dulu, Amirul kecik, dia tak pernah pun koyak buku, paper pun dia tak koyak
Tapi si Aleesya ni, pantang nampak buku, bukan setakat koyak je
dia makan terus.

mula tu dia wat gigit sikit sikit, bila paper tu basah terus koyak &terus la masuk mulut!!

Ada sikit lagi je Homeworks nak disiapkan. Amirul dok tolak tolak walker tu.
lagi Amirul tolak lagi la suka si Aleesya
dia ingat Abang dia dok main main ngan dia.


Last, Amirul tolak the whole walker tu keluar bilik
Amirul pun satu jugak, kalau nak wat homeworks nak sambil sambil tengok adiknya

boring sket panggil nama adiknya
sebab tu la, adik tu laju jer ngaco dia.


*semalam Aleesya dah mula sebut " tatatatata". ayat pertama kuaq dari mulut dia*
sampai terbatuk batuk nak sebut tatatata..hahahaha...
sampai kul 1.00 pagi, dok seronok sebut tatatata suh tido pun tak mo!!