Monday, April 23, 2012

Kajian Saintifik Ke atas Air

Sebelum ni aku pernah cerita tentang nolekul air ni.
Tapi tak pernah pulak aku huraikan dengan lebih terperinci
So, sekarang, aku nak share dengan korang  dengan lebih detail lagi
selamat membaca..



Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. 

pernah kan korang dengar ada amalan perubatan secara islam yang menggunakan " Pinggan Putih".  air dari tulisan di pinggan putih digunakan sebagai cara perubatan dalam islam. Aku pernah dengar benda ni semasa membaca sebuah kitab milik mak  aku. tapi terlupa lak tajuk apa kitab tu.

Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh mera-kam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkap-kan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.

Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.

Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam.Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.

Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit.


note:- Air zam zam mempunyai molekul yang paling cantik sebab berjuta juta manusia berdoa.
Sumber Dari