Monday, May 28, 2012

Too Stress

Assalamualaikum 
terima kasih kepada en. Bos, budak budak kerja semua sebab tolong papahkan aku ke klinik
semasa aku pengsan pada 20/05/2012.
hari ini keadaan dah beransur baik, walaupun aku masih lemah.

pagi,20/05/2012 aku ceria je berborak dengan gieyana kat YM.
mungkin aku stress sangat memikirkan tentang kesihatan suami
mana taknya, aku terlalu tertekan bila melihat suamiku
muntah darah berketul ketul. 

memang aku cuba kuatkan semangat, namun aku tewas.
sekuat mana wanita itu, dia akan longlai juga bila suami tercinta sakit
terasa seperti hilang tempat bergantung..
patah kaki ini..
betul tak?

walaupun di hati berkata ini dugaan Allah, tapi fizikal tak mampu menanggung
akhirnya aku pengsan di pejabat.
badanku cuma suam suam jer, tapi bila dr. letak alat test panas melalui telinga
suhu badanku mencecah melebihi 38 degree.

Aku nak di admitkan aje. tapi, memandangkan suami pun sakit, aku pun sakit
bagaimana pulak hal anak anak
aku gagahkan diri untuk berehat je kat rumah

Alhamdulillah aku dah beransur sihat dan suami pulak dah sihat jugak

"Ya Allah jgnlah kauduga aku dengan ujian yang begitu berat sesungguhnya hambamu ini tak mampu untuk menanggungnya ya Allah"