Thursday, June 21, 2012

Belajar Je la...

Syukur sesangat bila aku diberi pasangan hidup yang suka mendorong
rasanya otak ni dah lama tak di beri sedikit tekanan, jadi aku minta izin
daripada hubby untuk belajar menjahit baju kurung saja ok..


Alhamdulillah, hubby sentiasa menyokong aku dari belakang
asal aku nak belajar je, dia mesti ok punya
Aleesya ngan Amirul mcm mana pulak?
dah le kelas di hujung minggu. sabtu ahad pulak tu..

pandai pandai la setel sendiri.
Bersyukur sesangat sebab Mak sitter anak anak aku tu setuju nak jaga
kelas bermula jam 5.00 hingga 7.00 ptg

boleh la aku belajar merangkak rangkak. mana taknya basic potong kain pun  tak de
yang ada cuma mesin jahit 2nd hand yang aku beli
daripada dok parking je kat umah aku, apa kata aku sibukkan diri belajar menjahit 
dan boleh jugak buat baju bodo bodo ( utk pakai kat umah)

ok, nak selitkan kejadian kejadian yang berlaku kepada baju kurung pertama aku
1) ukur & potong kain semuanya cantik.. ikut ukuran bagainya

2) jahit kikik, pesak, tangan & badan semua ok

3) bila dah sambung, tangan ke badan. kahhhhh.... baju  dan pesak tak sama panjang
sebab.. masa menjahit kat bahu makan kain banyak sangat.

4) jahit sembat salah. sendiri pun malu nak tengok ( bukak semula & jahit lagi sampai cantik)

5) bila baju & pesak jadi tinggi rendah, main lipat je. tak pe kat dalam org tak nampak
( tapi aku nampak hehehe...)

6) jahit bunga karipap/bunga kerang kat leher asyuk bukak jahit bukak jahit 

partt yang paling sukar adalah time nak jahit zip. kena tukar tapak mesin bagainya
dalam susah susah tu, sekali ja aku jahit tanpa mematahkan jarum mesin. hehehe

then masa nak jahit kain, satu lagi masalah
nak letak getah kena buat pinggang
orang lain jahit ok je, aku ni jahit bukak jahit bukak je
sib baik la kain tu tak hancur mcm bubur. hahaha..

orang lain jahit pinggang getah tu cantik je mengedut.. aku plak
tak de kedut kedut nya
nyampah.. aku tengok pinggang kain aku tu.

segla susah payah semua, last dapat juga aku siapkan baju kurung pertama
yezzzzzzzzzzzzz!!!!!!

tak leh tunjuk lagi, sebab aku belum tunjuk kat my sifu.

Note:- baju kurung Aleesya dah start jahit.
 

Jangan buang ,nanti dia nangis

Biasanya, kalau nasi semalam yang tak habis korang buat ape? 
buat nasi goreng keesokan paginya ke?
atau bagi je kat ayam atau korang buang je?
tapi, kalau kat bandar, cam na nak kasi ayam makan
ada ke orang bela ayam kat dalam bandar ni?

mcm biasa, aku akan masak untuk dinner
kekadang tu nasi habis, kekadang tu idak
kalau jumaat malam sabtu ok la kan, sebab esoknya tu cuti
boleh la aku wat nasi goreng...

tapi kalau weekday, nak buat mcm mana?
buat nasi goreng pun sapa yang nak makan kan..

jadinya aku kukus je nasi tu sebelum aku datang office
walaupun sedikit je nasi tu, at least aku tak buang nya ke cik sampah

hmm.. anak aku, si Amirul tu memang tak suka kalau orang buang nasi/makanan
kalau dah basi ok lah. 
kekadang tu, jika dia makan nasi tak habis
nak jugak di simpannya ke dalam tudung saji, kesian kat nasi
nanti dia nangis

kalau kukus cam ni, sampai le aku balik kerja nanti
still ok lagi.
kalau nak makan panas panas nasi tu, kukus kan semula untuk panaskan dia
hehehe... tak baik tau membazir.



Hosni Mubarak Meninggal sejak 2004!!!!

Tadi pagi masa aku on yahoo, memang ada tajuk tentang kematian Hosni mubarak ni. tapi tak baca pun.
then baru je jumpa ada blogger wat Entry ttg hosni mubarak ni.

Tapi yang mnggejutkan tu, beliau telah meninggal dunia sejak 2004!!!! 
nak tau , baca le citer ni selanjutnya.



Seorang peguam Mesir, Hamed Seddik kemuka teori konspirasi bahawa pemimpin kuku besi itu telah meninggal dunia pada 2004.

Pasti orang ramai di seluruh dunia bagai tidak percaya apabila menonton berita dan gambar menunjukkan Hosni Mubarak, antara pemimpin paling digeruni di dunia Arab terlantar lemah di atas katil hospital, di dalam kurungan besi semasa perbicaraannya di Kaherah, Mesir, minggu lalu.

Bekas Presiden Mesir itu kelihatan begitu lemah dan mengasihankan dengan uniform penjara warna putih sambil ditemani dua anak lelakinya yang setia bersama bapa mereka bagi berhadapan dakwaan penyalahgunaan kuasa yang difailkan terhadap ketiga-tiga beranak itu.

Namun, detik paling mengejutkan dalam perbicaraan itu bukanlah keadaan Mubarak, tetapi apabila seorang peguam dengan lantang memberitahu hakim dan dunia, bahawa bekas pemimpin Mesir itu telah meninggal dunia pada 2004.