Tuesday, July 17, 2012

Takrif Puasa




Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.

 Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}

Sumber Dipetik

GA Simple GreenyHouse..Yeay!

hmmm.... syhhhhhhhhh.. nak citer ni. sok sek sok sek..
si Greeny house tu ada wat GA tau..
best giler gempak ko!!!

hadiah dia jgn ckp le. tengok je pun dah boleh meroyan satu badan ni
tak caya? cer cuba clik kat banner kat bawah ni
join jgn tak join tau..

             
LINK




Expired date: Khamis, 19 JULY 2012 (tepat jam 12 malam)

Blog List Julai Leeza


that day ada la masuk satu segmen. N3 aku yang bertajuk  Jom Masuk bloglist julai santai leeza 
saja la masuk sebab aku memang suka semakkan N3 blog aku dengan menda menda cam ni.

tapi kan , memang betul betul tak sangka
blog aku terpilih untuk di senaraikan pada bulan julai ni
hadiah B'day la tu

nak jugak tayang nama blog aku yang telah menjadi bloglist julai leeza



tak dapat nak copy header leeza sebab blog list tu terletak di bahagian bawah sekali
at least ok la kan sebab ada blog aku yg tertera di situ
di samping tu ada 4 blog lain yg turut juga menjadi pilihan leeza.

ha.. ni le header blog leeza.
pas ni leh la I terjah u & u terjah I.


Aleesya Dan Mee

kegemaran Aleesya ialah mee. Tak kisah le, mee goreng ke, mee yang berkuah ke. asal mee je dia bedal
Mak sitter dia la yang notice. sebab bila nampak je org makan mee
dia akn pergi bersila dekat orang tu.
hehehehe..

Bila makan mee je tak mo orang suap
dia nak suap sendiri
dua dua belah tangan dia guna

Ni merajuk sebab aku  ambil mangkuk dia untuk tambah mee

wat muka kesian dok mintak mee.
aku letak sikit sikit je, kalau letak banyak kang kembung lak budak ni

ha.. kalau dapat makan mee
tak gerak ke mana dah. bersila setempat tu je..
nyakat abang pun idak..

ha.. dah habis pulak mee ni..
mana ni... jap angkat tinggi tingi mana tau ada lagi..

ish.. tak nampak la..

ha... ada agi tu.. ( hehehe..)
tengok betul betul.. mee pun dah naik ke kepala
aku tak sempat snap dia masukkan mangkuk tu ke kepalanya
dah mcm kopiah di buatnya..


Tak tahan dok gelak sebab tu tak sempat nak snap.
sabo je lah..

ada la seurat dua yang melekat kat mangkuk tu
dia continue makan

abaikan segala selerak kat belakang tu
memang kena tunggu dia tido dulu baru boleh kemas & mop lantai
kalau idak, dia pun mop lantai gak.

haishhh....