Monday, July 30, 2012

Berbuka di Pen Mutiara

Meh sini kite nak cite tentang time berbuka puasa sekaligus meraikan B'day Aleesya & Leman
ala.. kami celebrate kami kami je....


kami ke Pen. Mutiara Curry Home
memang selalu tengok je Restoren ni. katenya glamour sangat di kalangan kakitangan awam
husband yg suggest. tak de la booking booking bagainya
Sekali terjah , mak ai, fully book la pulak

Nak tak nak dorang ada reserve dua meja kat corridor tu. tengok jam bagainya
kira ok lah. sebab kalau rushing ke tempat lain mesti tak sempat nak berbuka puasa.

Amirul ni tak habis habis ngan game dia
sementara menunggu time berbuka tu.

muka ceria Aleesya sambil makan kuih.
hahaha.... 

kami order yang set 2-3 orang makan
tapi kami ambil nasi untuk 4 orang.  tuk Amirul le kan..
setnya tak banyak menu pun. 

sotong goreng tepung.. ok yang ni sedap sebab mengikut selera aku
dia memang sotong goreng tepung dan bukan cucur sotong.. hahaha

kerabu mangga yang aku rasa memang sedap
tak berapa masan & tak berapa manis
ala ala sweet sour gitu.

telur dadar.... biasala rasanya kan
kat mana mana pun aku rasa telur ni rasa semacam je..
ada yang lain mcm ke? kikikikik

ok. this are the main . Kari kepala Ikan
walawei.. seperiuk parking atas meja. sambil menggelegak lagi kari dia
memang terbaik. 

kalau sapa makan kari ni, balik umah leh termimpi mimpi tau
sebab currynya tak bersantan. so, healthy ok....

saju Jar air lemon + asam boi..
boleh la.. tapi tak cukup pulak air itu
so, kami order extra teh o ais + teh ais


Bila azan berkumandang je, apa lagi kami ngap la.
ups.. lup anak kasi tau, dorang sediakan kurma + air zam zam tuk makan berbuka
best.. kan...
Husband ceria kekenyanyan..

makan sampai tak larat nak habis.
sembang sembang jap pas tu makan lagi
dok makan sotong goreng tepung tu la...

sayang le, sebab tu aku dok pulun habiskan.
memang sedap tau.

ha.. tengok, hanya tulang belulang je yang aku tinggalkan kat dalam pinggan ni

mesti nak tau kan harga berapa makanan kami malam tu?

set untuk 2-3 org mkn = RM 73.00
kuih 3 biji,+ teh o ais+teh ais+ air kosong + sevice cahrge semua =RM 13.000
so makan kami malam tu berjumlah RM 86.00
( resit tertinggal kat dalam beg kamera) idak leh le tunjuk. sori yer

tak terasa sangat mahalnya tu sebab aku syer ngan my brother bayar. hehehehe...

sesapa nak pergi bolehlah  KLIK SINI

Lor.. kok Sama Tarikhnya.

27/7/2012 my brother si Leman tu tetiba ajak kami berbuka kat luar. Argh.. malas la, berbuka kat rumah lagi best. Lagipun husband kerja & balik kul 6.30 ptg. 7.00 baru sampai umah. Nak makan luar tapi rushing, mesti la tak best.

Then dia tunjuk IC. Wopppsssssssssss... sekali dia punya b'day le. Eh, nape leh sama tarikh ngan Aleesya pulak ni. Nasib la kan, sambut lagi sekali la dak Aleesya tu.

Sementara duk tunggu nak berbuka & potong kek
Aleesya dah nyum nyum....

Aku sponsorkan kek ni. Then tak yah le beli 2 biji
cuma letak 2 nama.
hehehehe... dah 31 tahun dak Leman tu yer.

Happy B;day Leman.
semoga sihat selalu & berubah ke arah kebaiakn dari masa ke semasa.

nanti aku viewkan part makan makan yer.