Monday, October 1, 2012

my cousin ummi bahagian Akhir

haish... ni la episod terakhir my entry ttg my causin yg kawin, Umi Kalsom 
Masa ni la nak jumpa sanak saudara
then kena la bergambar dengan Mak mak sedara
 
nanti tak delah anak anak aku tanya
ni siapa, apa hubungan ngan ibu
kenapa kita nak kena ziarah dia
sebelum ni tak pernah jumpa pun...

Dah lama aku terpisah ngan Pak lang aku ni
sejak kami berpindah ke Kuala Nerang
sejak umur aku 6 tahun. ha.. sekarang dah beranak pinak aku ni
baru ketemu semula.

Ramai yg cakap tengok muka aku teringat kat mak Aku
sebab wajahku iras iras wajah mak
then watak periang aku ni
memang sebijik mcm mak aku 
ramah je bila jumpa sanak saudara.
Meriah Majlis Aih...

dari kir Pak Lang , Aleesya , Aku & Mak Su ( Mak Umi )
bergedik gedik kat sini
sebab lagi 2 minggu aku nak menghadiri kenduri kawin kazen aku sorang lagi
anak Pak Lang. Kat Sungai Petani pulak.

Yang ni aku lupa nama dia. 
Dia ni adik kepada nenek aku.
Sian dia, dah nyanyuk, kalau ada kenduri kendara ngikut je org
nyanyuk dia pun, bukanlah sampai lupa diri
still under control la.

suka betul aku kacau dia, sebab dia ni melatah
bila aku nak balik, dia pun nak ikut gak. hahahaha... cute lah 

ok. sekian.


Related Entry :-
My Cousin Ummi -bahagian satu

Kenapa Allah bahasakan dirinya Kami di dalam Al Quran

Siapa nonton rancangan Bicara Harmoni minggu lepas dalam channel TV Alhijrah?
memang best ar tajuknya " Konsep Ketuhanan"

Bila tengok je tajuk tu, aku cepat cepat call hubby  inform dia 
tajuk yang best. then hubby suruh aku amati betul betul isikandungan tu
esok pagi dia balik kerja, citer kat dia semula.

TV Alhijrah  

nak kupas semua memang berjela jela pnjangnya. nanti korang boring pulak.
Aku cuma nak sentuh sikit je ttg isu yg selalu menjadi pertikaian sejak aku sekolah hingga le sekarang.

Dulu, masa aku dalam sesi bacaan kitab, ada jugak bertanyakan ustaz tentang ni. jwapannya tu mcm tak berapa nak kemas.

Sekali lagi soalan yang sama di ajukan.
Soalan yang berbunyi:-
Jika Allah itu satu, kenapa di dalam Al-Quran, Allah namakan dirinya sebagai "Kami"

Jawapan dari penel Islam: 
Sebelum kita menghuraikan dengan lebih lanjut, perlu di ingakan bahawa Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab. Di dalam bahasa arab ada perkataan perkataan yang dipanggil jamak
Baik, Di sini perkataan Kami di dalam Al quran bukanlah mewakili bilangan tetapi mewakili Kuasa Allah.
kalau lah "kami" itu menunjukkan Allah banyak, kenapa la kan orang arab dodulu ni pertikaikan. betul tak?
 

Ok, sebagai contoh, bila Queen Ellizabeth, berucap, dia tidak menyebut perkataan 'I" tetapi dia gunakan "We".. We di sini bukan bermaksud yang ratu ellizabeth tu ada banyak, tetapi "we" yang mewakili the Whole Royal ( kata salah seorang panel islam pada mlm tu)

ooo... baru aku faham. tu la kan, dok ingat la, kenapa ada sebut kami dalam al quran tu. rupanya menunjukkan bilangan kuasa Allah. bukannya bilangan Allah.
fahm.. faham.. faham...


tentang konsep ketuhanan agama lain yang di huraikan tu, tak dapat aku nak jelaskan. sebab tak berapa nak faham sangat. mungkin dari segi bahasa penggunaan dorang dan buku buku dorang tu . it so complicated.

Note:- Dah sah sah agama islam yang terbaik dan yang benar. Belajar dan ambik tau ttg agama kita dah le...