Thursday, November 1, 2012

Kereta Terjunam Ke dalam Laut, Km 7.9 Penang Bridge

tengah aku dok seronok seronok layan Mutiara FM
tetiba ada satu berita yang aku rasa hot jugaklah.

Berlaku satu kemalangan di KM 7.9 Penang bridge
mcm mana kemlangan tu tak dapat di pastikan



DITEMUI... Sebuah kereta yang terjunam ke dalam laut di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang menghala ke bandar ini, awal pagi tadi diangkat kren selepas berjaya dikesan unit Selam Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Rosli Ahmad Nov 1, 2012 2:32 pm

Di katakan semasa di temui mayat  masih lagi berada di tempat duduk
dan bertali pinggang.
Mangsa yang berumur  24 tahun berasal dari Air Itam Penang.


Want Original or Prostitute

al kisah, selasa lepas aku ke kedai barang barang untuk membuat kek dan roti
mcm biasalah aku ambik segala barang dan masuk dalam bakul
tetiba aku tercari cari satu benda... tapi tak jumpa..

aku pun tanya le owner kedai tu
auntie... coco butter ada?
oo.. ada.. ada... sana.. sana ( tuding jari kat sudut kedai)

tapi kan... U mau  ORIGINAL or PROSTITUDE?
gulp!!!!... nape lak mak nya ni tanya prostitude kat aku?
nak suruh aku langgan prostitute ke?

then aku diam je. dia tanya jawab lagi. Prostitute murah sikit
original memang mahal. ramai org tak suka.
hah.... Hello... Mak nya ini kedai jual peralatan bakery ke jual AYAM!!

last aku jawab je.
Bagi I original.
ho.. ok..
dia pun bagi aku coco butter yg original. 
mahal pun tak pe lah.. janji aku bake kek tu sedappppppppppppppp



aku pun dok terfikir..
kenapa ada perkataan prostitude dalam perbualan kami tadi
hmmm.... mungkin dia nak sebut "SUBSTITUTE" kot
telinga aku kot dengar "PROSTITUTE"
tapi dia sebut 2-3 kali pulak tu.


Note: mungkin telinga aku dah biol. 

Tiket Wayang Free Dari Nuffnang

kalau hari tu aku dapat free ticket wayang utk Filem Frankanwinee .
kali ni nuffnang bagi aku lagi untuk filem "Cold War"

syukur..
terima kasih rainfilm...

cilem ni adalah filem Hong Kong yang menceritakan tentang satu Misi Polis yang di berinama
"Cold War". 
Nak tau sinopsis lanjut sila ke Sini

meh sini aku upload scene yang boleh buat jantung korang dup dap dup dap.

actor yang hensem tu berlakonlah. haruslah tonton kan. kikikik
sudah pastilah  Aarton Kwok.
giler betul aku ngan dia masa remaja dulu la..
sekarang dok gila kat papa anak anak aku je la..
 
kalau kat Malaysia sungguh jarang ada Cina yang yang simpan misai
panjang cenggini. 
ha.. korang boleh tonton dalam Cold War ok.

canggihnya weapon!
kalau kena terus kojol!
 
ades... kepala tu kalau dia kepak
terkulai kulai ler..
Nak tau terkulai ke idak
kena la tonton ok...

Soalan Nuff
“If you were the criminals of operation Cold War, how would you have kidnapped the most advanced police van with 5 highly-trained officers in it?”  

Jawapan Aku

Note: Jawab soalan je boleh dapat free ticket tau. cubalah..

Nenekku sayang

29/10/2012. Mak aku call pepagi.
" Ana, tat sat njang hang talipon, dia kata tok hang dok loqhat dah", 
hang pi tengok dia sat."
( Tok aku sakit teruk)

sebagai anak yang baik.. ecewah... 
lepas husband balik kerja kami pergi le ke Batu Kawan melawat tok ( nenek)

sian nenek.. terlantar . dah tak boleh nak jalan
lembik dah..

sedih aku tengok dia. 
Tok aku ni baik, dia selalu doakan aku
masa kecik kecik dulu, tok akan suap kami adik beradik makan
kami 5 beradik beratur untuk makan.
lepas suap abang suap adik, pas tu suap aku

memang laju je kami makan
best!!!

tok aku ni tinggal dengan Mak Su
sebab kesihatan nenek tak berapa baik, Mak Su terpaksa berhenti kerja


Aku dah call abang chaq aku tuk bawa mak aku datang Penang Tengok Tok
sebab tok aku tu dok sebut sebut je nama mak aku.


Aku doakan moga tok lebih sihat. supaya cicit cicitnya dapat menimati kasih sayang belau
seperti mana beliau curahkan kasih sayangnya kepadaku.