Everybody are talking about "Astro Fear Factor Malaysia"
semua orang ada fear kan? Saya pun sama
kalau tanya saya mestilah ada satu benda yang memang saya sangat sangat takut
takut sehingga menghantui hidup saya sejak kecil sampaila sekarang.
Apa yang saya takut sangat?
Saya takut sejenis binatang yang bernama " Lintah" eeeee.. geli tak tahan.
sumber photo. SINI |
mmm... nak pegang mcm ni jangan nak mimpi lah kan.
walaupun saya tahu yg lintah ni ada kegunaannya dalam perubatan
tapi saya masih tidak dapat nak sentuh lintah ni
saya takut sangat.
Pernah masa kecil dulu, saya di nyonyot dengan lintah kat betis
saya hentak kaki sekuat kuatnya supaya lintah jatuh
memang lintah tu tak jatuh dari betis
sehingga saya letih menghentak kaki.
Akhir sekali pak cik saya mengambil lebihan abu rokoknya dan letakkan di bahagian mulut lintah
secara perlahan lahan lintah itu akan jatuh.
semasa menanti lintah tu jatuh, saya menjerit jerit sampai terkucil di buatnya
memang saya takut sangat dengan lintah.
tak tahan. geli.....
Sejak dari kecil hinggalah sekarang, saya akan mengelak diri dari masuk kedalam sawah padi
tambah tambah sawah yang berlumpur
sekali kaki dah masuk, bila di bersihkan lumpur
di kaki, mesti ada seekor dua yang melekat di celah jari,
saya masih lagi berkompromi dengan sang katak
tapi, tidak akan berkompromi dengan lintah ok.
tidak.. dan tidak untuk selama lamanya.