Monday, December 10, 2012

Berpicnic bersama keluarga -2

sambungan berpicnic bersama keluarga.
hehe.. Aleesya dah kena tanam
Amirul ke mana ek?
 Aku dan hubby tak mandi sebab nak buat pemantauan
biarlah anak anak je yang mandi

 Jadi.. aku cuma jadi tukang masak je la that day
sib baik ada AJaib pan!.
then dapur gas kecik yang gasnya mcm ridsect tu..
cepat gak la ayam tu masak..

 tukar  turn ok...
lepas aku grille, hubby pulak..

ada mcm mcm makanan hari tu
aku tak sempat nak snap.
ntah le sibuk apa pun tak tau la.

Aku buat coklat dan dadih.
Then MIL aku masak bihun 
pas tu kopok kopok la, asam la
mcm mcm makanan la..

 Then my biras sewa boat.
apa lagi aku pun gedik la nak join sekali.
Aleesya aku tinggal kat hubby..

Hubby dah izinkan aku join dorang ni okey
thanks.. abang..

 Lihatlah semuanya hhappy je
nak merasa naik boat dari pantai teluk bayu tu menuju ke Taman Negara

Adei.. jauh jugak tu.
hehehe.. semua berkaki ayam
ada rasa mcm PATI tak?
kahhhhhhhhh

 Ni my BIL, adik kepada my hubby
dia ni le yg buat ayam, perap..
chef familly my hubby..

cakap je nak masak apa, berdesup dia buat
aku pun tak teror masak mcm dia...


akhirnya kami sampai jugak ke pengkalan Taman negara, Penang
Tapi tak de lah turun
cuma boat tu berhenti kejap
suh kami usha... pemandangan kat situ..


Note: Ada lagi tau, nanti sambung k

simple je buat biskut ni

That day pergi umah biras aku kat Alma
BIL bagi aku makan satu biskut yang sangat sedap
katanya biskut tu dia main campak campak aje..
last menjadi jugak.

 kat umah aku ni banyak betul lebihan badan kecik, besar cincang dan juga kuaci
memang rasa mcm nak buang je, sebab dah bercampur aduk
tak sesuai dah kalau nak buat coklat yang orang tempah tu..

so, bila dah biras aku buat biskut tu, idea pun datang lah

 ok.. Amirul yang kaypoh nak tolong .
tak pe la kan, let him have fun
tak le boring cuti sekolah duk rumah je..

mix bagainya aku campurkan serbuk koko
pas tu baru aku masukkan segala jenis badam
acuan yang sangat simple aku guna..

kepal kepal pas tu, pas tu leperkan dan bakar.
senang kan..
ala.. anak anak je nak makan.
Amirul pun tolong kepal.
Masa tengah aku bakar biskut tu kat dalam oven
Amirul lak nak makan nasi.. nak aku suapkan la pulak
oklah.. layan anak anak ni memang best
sebab dapat return dari segi pahala dan feedback dorang ngan kita..

tetiba..
oven dah berasap.. hangit semua biskut aku.
Amirul ketawa guling guling.. 
then dia ckp, ralit sangat makan ngan ibu sampai lupa biskut dalam oven..
tak pe bake lagi sekali ok..
ok.. yang ni dah tak rentung dah..

 Amirul enjoy dengan cookies tu
maklumlah dia sendiri yang gigih tolong
Aleesya.. tido time kami dok sibuk sibuk kat dapur ni. 

Bangun je tido terus dia ngap biskut ni..

Then Amirul pun apa lagi
tak sabor nak kasi kat Mak dia sikit.


Note: Best bila tengok anak anak makan dengan apa yg kita masak . Puas!!

Home Made Icecream- Wantie Style

Setelah tahap jeles yang membuak buak di jiwa ini
dek kerana Kak Alona telah menayang homemade aiskrimnya.
sekaligus memberi resipi yang sangat sangat gojes.
tapi aku combine dengan beberapa resipi yang pernah org lain berikan jugak.
ada yang ckp campur air masak bagainya.

caraku.
1 tin susu pekat manis
sekotak susu cair jenama apa pun tak pe ( galmour jenama duthch lady la)
1 sudu tepung jagung
2 sudu creamer ( serbuk)

masak sampai mendidih.( kejap je)
pas tu masukkan dalam peties dalam1-2 jam gitu
bekas tu kena besar walaupun bancuhan tu sikit je
bila dah agak agak nak beku mcm tu
keluarkan dam  putar dengan mixer pada kelajuan yg maksima
campurkan sesudu ovelet.

bila kembang..campur la perisa apa yg korang suka.
aku tunggu semalaman gak la untuk dapat hasil yang memuaskan cam ni.
selamat mencuba

ni hasil olahan Amirul
dia nak makan dengan taburan love
then coklat rice tu memang tersedia ada kat rumah
ish.. rumah pun dah jadi mcm kedai pekakas kuih la pulak.
hehehehe...


then petang semalam, aku teringin nak minum ais blended.
aku blen ketul ais+susu+ kordial strawberry yang gieyana bagi

pas tu scoope icecream , taburkan coklat rice dan sedikit coklat topping
topping tu aku buat sendiri la
senang je cuma perlukan serbuk koko dan sirap glucose je..


Note: sib baik tak demam kami anak beranak. hahahaha...

Washington lulus pengunaan ganja



SEATTLE - Beratus-ratus orang dilihat menghisap ganja di sini selepas penggunaan dadah itu dibenarkan di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS).

Pengambilan ganja bukan lagi satu jenayah di Washington berkuat kuasa selepas pukul 12 malam Khamis lalu susulan keputusan satu referendum mengenainya pada bulan lalu.

Negeri berkenaan bersama Colorado menjadi dua negeri pertama AS yang membenarkan pengunaan ganja.
Secara teknikal, undang-undang baharu itu masih melarang pengunaan ganja di tempat awam dengan denda akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan itu.

 

gamaknya, dorang fikir yg ganja ni satu bahan organic kot
sebab tu lah diizinkan. hahahaha...

so sesapa yg suka sangat hisap ganja silalah ke Washington.
hisaplah sepuas hati. bior kojol.


Note: Apa motif   dorang luluskan penggunaan ganja ni ek?
nak rakyat hidup dalam alam khayalan ke?