Friday, August 30, 2013

Dah Jumpa Warung Pak Munawir

Korang tahu tak kat mana letaknya Kampung Pisang?
jgn tanya aku, memang sah sah le tak tahu.

Yang baju putih tu Pak Munawir.. pun aku tak pernah jumpa
kejap jadi zombi kejap nyanyi lagu ayam kejap lagu raya ntah le
cam no nak ku kobarkan yer..

 
tapi kan.. jgn jeles tau, aku dah jumpa warung pak Munawer tu
sekarang ni kemain lagi ye sejak filem Zombie Kampung Pisang dah berubah wajah ko..
tak caya? nanti kome... aku tunjuk bukti.

ok layan dulu gambar kami anak  yang sedang bergedik
kalau tak nampak aku kat gambar tu sila guna kanta pembesar
kalau tak de, pinjam kejap kat tukang repair Jam, sah sah kome boleh nampak aku

 ok..ok...
ceritanya bermula.. pada suatu petang sedang aku bergedik gedik
tetiba terpandang sebuah Restoren yang 
aku cuba cubit cubit peha dan penampor muka sendiri bertubi tubi
adakah aku sedang bermimpi?
Adakah aku telah di kidnap oleh Pak Munawir?
oh tidakkkkk

huh.. ghupernya, Pak Munawer telah berjaya membiakkan zombie di tempat lain pulak
dan telah berjaya menukat warungnya buruknya kepada sebuah Restaurant yang vogue 

adakah inspektor chen Ne horn pun turut terlibat sama?
mari kita redah kasi pecah..hahahaha..
ada  ke tidak OTAK  di sajikan di sini?

 chek punya check.. rupernya hakmilik  Restaurant Zombies ni bukannya di miliki oleh Pak Munawer
dan tak de pun hidangan otak yang di jual.

Maka.. marilah sama sama kitanya nyanyi lagui otak.


ooo..tak, ooo tak.. ooo tak..
oo..tak mungkin tak mungkin aku kan..... sila sambung sendiri lagu ini yer



Note: Sedap tak makan Otak?

Thursday, August 29, 2013

Raya 2013- Last Story

Memandangkan ayah tak sihat, kami tak de la nak makan kat rumah ayah
So, hubby teringin nak makan kambing.
asal ingat kambing je Puncak Mutiara
asal Puncak Mutiara je ingat kambing. hahahaa
Hubby memang suka makan kambing kat sini
katanya dorang masak kambing sedap. 
ala..org dah minat kambing masak apa pun sedap..

 es kacang tinggi menggunung ni
order satu makan 4 orang pun tak habis. punya la banyak
RM5 kalau tak silap le.

Tak berapa suka sebab aisnya di kisar kasar.
tak kick!.

 Naiim request nak makan puyuh goreng, 
hambek tertonggeng sekor puyuh tuk dia, cicah sos.
tapi Naiim makan ngan nasi

 Ni le kambing masak  apa ntah.
sedap giler.. memang betul cakap hubby sangat sangat sedap
Masak apa ntah, ada letak lada hitam jugak.
licin kami anak beranak bedal.

 Udang masak pedas petai
tak berapa best, sebab udang mcm tak fresh..
petai pun tak fresh jugak.
nyesal order...

 Ada jugak telur dadar 3. ingat kan dia kasi 3 biji dalam satu pinggan
rupernya dia kasi telur dadar tu 3 pinggan. hambek ko..
jenuh dok makan telur dadar. 

kalau le sepinggan 3 biji telur, mau 9 biji telur kena makan malam tu.
toing toing..
 tempat ni baru di bina kot.
masa aku pergi dulu tak de lagi.

 Kami pilih tempat yang boleh bersila.
seronok la anak anak boleh main lari sana sini.

sementara dok tunggu juadah datang tu kami main tembak tembak kejap.
 tuan tanah haruslah nak interprem jugak kan..
hahaha.. sabor je la.
 Aku cuma nak komen sikit je dengan tempat ni.
tentang makanan. tip top memang pantas dorang  service.
cuma  tempat makan tu kena la selalu di cantikkan..

tengoklah..kayu kayu tu nampak lusuh
nampak macam dah usang.

kalau boleh letakkan sikit syelek ( kata org kedah)
atau catkan dengan warna kayu. mesti akan membangkitkan suasana utk makan

lagi satu, tengok lampu lampu kat situ mcm tak di lap.. berhabuk je
kalau makan kat sini harganya boleh tahan jugak kan..
kena la seiring dengan harga makanan tul tak?


BTW.. lepas nak datang lagi kat sini. sebab kambing tu mcm melambai lambai tuk kitorang datang lagi.
sangat sangat gojes k.


Note: kira cerita raya la ni, sebab aku pakai baju raya. boleh gitu?

Berapa banyak berapa da...

Aku ada dua Memory Card, yang satu dah rosak, satu lagi
aku tertinggal pulak kat office.
makanya kenalah aku beli. ngeee

See.. punyalah ganas, guna memory kad sampai pecah berkecai gini.

al kisahnya aku pergi la satu kedai kat Ipoh tuk beli memory card
ate..nak gedik gedik sambil bergambar

Masa aku masuk kedai tu, ada bini tokey kedai je yang jaga
dia tunjukkan aku SD card yang 512MB.
Aku cakap le, ada saiz besar tak? 512MB tak sesuai la dengan DSLR ni 
Mana tak sesuai, u angkat ini kad masuk dalam, muat ma..
( sambil ambik memory card tu masukkan ke dalam DSLR aku.)

selamba dia cakap
ini standard la.. mana ada saiz besar.

maksud aku, saiz memory tu, bukannya saiz memory kad tu.
aku pun mintak le yang 4git ke 8 git ke.
dia dah mula pening.. sekali dia cakap tak ada, tapi aku tengok dia ada pegang SD card kecik tu

pas tu laki dia masuk, 
Tokey  :  kita ada 4git dan 8 git U mau berapa?
Aku : 4git berapa 8 git berapa?
Tokey: U mau berapa?
Aku: harga berapa? 
Tokey : U mau berapa?
Aku: I mau satu je, Berapa?
Tokey: U mau berapa?
Aku: I mau satu memory card, I mau tau , U jual 4 git berapa ringgit, 8git berapa ringgit?
Tokey:  Ooo.. 4git RM30, 8Git RM40.
Aku: bagi 8Git

Adoi.. miss communication. asyik berapa berapa..bila mau habis daaa..


Note: Berapa banyak berapa da.....

Wednesday, August 28, 2013

Raya 2013- Paw Pak Tih

Bila berkumpul ramai ramai, mcm mcm perkara boleh buat.
Apa lagi "is the Mercun time"

tengok gelagat sekelompok kanak kanak di sinun
sedang Paw Pak Tih a.k.a Tok tih dorang.
hahaha...
amboi tok tih banyak stock mercun
siap berkepit kat ketiak tu mercun
Naiim dapat mercun roket..
 uits.. cucu tok tih yang perempuan pun nak jugak mercun
Aleesya tak de nak layan mercun bagai
dia layan mercun Pop je. hahaha..

 mercun papan yang aku bawak balik dah main habis 
yang ni yang pak Tih punya.
Panjang wo... sekali bakor kejap je langsai..

berbelit belit.
Masa dorang cucuh mercun ni, aku tak sempat nak tengok

sebab ada orang nyakat aku kekononnya Aleesya pergi kat tempat dorang gantung mercun tu
mau luruh jantung aku wei..
ketaq lutut lutut..

cari merata mcm kucing jatuh anak
last..tengok Aleesya dok main kat  belakang sinunnnnnnnnnnn....


jgn la dok melawak gini lenkali, silap haribulan pengsan eden tau.

Kenduri Terkejut Di Ipoh

Hari ahad biasa la kan, bermalas malasan kat rumah, hubby pulak balik kerja malam
lambat lambat sikit tidur,
Dalam kul 10.00 pagi cam tu, my biras call tanya nak pergi kenduri tak umah  anak Mak Ngah Di Ipoh.

hok aloh.. hari tu cakap 31 august, naper jadi 25hb pulak
al kisahnya, Mak ngah datang jemput ngan mulut je masa Raya lepas
so, sape yang ingat..ingat le kan tarikhnya.. hahahaha

Keluarga mertua pun baru sabtu malam dapat tau
ate..dah cucu kak MIL yg kahwin, kami haruslah pergi
kami memang gitu..kalau kenduri sedara mara sure kena hadir
hubby pun tak tido dah terus je gerak pergi
kami bertolak jam 11.30 pagi

 
gambar ni je ada, gambar lain ada kat Note which is aku memang tak bawak datang kerja Si Note tu
DSLR aku pulak kerosakan memory card.
guna la HP cikai ni.

Sebelum sampai tu my BIL ada tanya kami, tahu ke nak pergi rumah anak Mak Ngah tu
sebab kami tak mo ikut konvoi ngan deme dari pendang nun.

cara BIL tanya tu menunjukkna  dia memang  expert la jalan nak kerumah
anak Mak Ngah.


kami sampai dalam kul 2.15 ptg, dorang dah pun sampai.
Aku pun siap explain la kami sempat lagi menjual langsat sampai ke simpang Pulai nun
sebab tersalah masuk highway..hahaha

sekali terus je jalan.. tengok tengok tak boleh nak keluar ikut exit tambun.
dalam hati duk ingat. Siap le tahan telinga, my BIL mesti dok perli perli aku.
ate tak mo konvoi kekdahnya kan.

Last, kami dapat tau yang dorang pun baru je sampai
sebab.... dorang pun sesat mcm kami jugak.
kahhhhhhhhhhhhhh....tu la..eksyen sangat.

kan aku dah cakap, jgn eksyen sama ini wantie.
itu karma sudah dapat la.. ( bongkak bongkak)


 Note: Lepas kenduri terus pergi gedik.


Tuesday, August 27, 2013

Cha Cher Kuaci

asyik dok dengar yang char cher kuaci ni sedap sesangat dari blog kak Alona
semangat nak makan tu membuak buak, tapi non hado org hidangkan
masa Raya Lepas.
photo dari h/p
 apa lagi google le resipi. harap harap jumpa la kan.
siap wassap kak Alona tanya yang cenggini ke char cher kuaci yang dia makan
sekali dia cakap ye.. happy la kan.
sangat sangat suka sebab aku berjaya membuat char cher kuaci ni sendiri
sambil buat sambil makan.. 
tak kisah le lepas raya pun, semangat nak buat memuncak ko..
ginilah rupanya bila sebelum masak
bila dah masak kalernya akan jadi brownt sikit.

Nanti Raya Aidiladha aku nak buat banyak banyak tuk mak dan mertua
tapi.. tu lah.. bahan bahannya agak mahal sikit.

Aku tapau se tupperware tuk bos.
dia makan sikit then simpan tuk wife dia.


esok tu dia datang kerja, siap cakap yang wife dia sangat sangat suka 
so, terpaksalah aku buat lagi untuknya.
siap bagi kat jenjiran merasa.


last, dia cakap..nanti bila CNY dia nak aku buatkan untuk dia
banyak sikit .
ok lah kan dia pun selalu bagi mcm mcm kat aku
apa salahnyakalau aku buatkan untuknya.


Note: Ingat senang ke orang cina nak cakap kuih melayu sedap!



Pi Makan Ubat

Hari ahad tu aku kena speed ke Ipoh
keputusan di buat secara tiba tiba je.

Monday tu, aku nak bangun tuk prepare Sekolah Naiim, badan terus gigil gigil
alahai..demam pulak aku ni..
Hubby pun tak jadi pergi kerja..

landing je kat katil, Aleesya pun hubby tak mo hantar ke rumah baby sitter
So, kelamrin/semalam dia layan kami anak beranak
dari pagi dia sediakan sarapan
kencing berak Aleesya dia yang uruskan
lunch dia yang masak
then hantar Naiim ke Fardu Ain

Petang tu, hubby dah notice yang aku tak makan ubat yang dia belikan
terus dia sound " Ni..tok sah dok jalan sana sini, pi makan ubat kat ataih meja tu, 
dok beli saja..tapi tak mau makan"

kikikikik... baru teringat , aku tak makan ubat pun, patutlah demam tak mo kebah
lepas makan ubat tu, badan rasa ok sikit
so, mula la lapar itu ini
last request nak makan buah lai.

hubby pergi beli buah, pas tu dia prepare dinner
buat kerabu kerang ngan pucuk paku rawan bagai
aku makan nasi ngan lauk sikit je, sebab nak makan ubat

Alhamdulillah.. hari ni dah baik
cuma batuk batuk je..
so..hari ni datang kerja ngan muka moyok... 

air cond bilik, kena off, kalau idak demam datang bertandang lagi.


Note: Mana tak demam, Pergi Ipoh berdeik sakan!!!!

Monday, August 26, 2013

Warna Warni Aidilfitri 2013- Meriahnya BBQ

jeng,,jeng... tayangan perdana akstiviti BBQ kami .
silalah cuci mata.

Kalau dah namapun BBQ kan, asal apa yang boleh di buat alat pembakar kit arembat
yang ni guna sinki lama.. letak arang pas tu letak je jaring mata punai
setel dah boleh bakar.

kat Meja ni lagi satu portion bahagian membakar
dah ramai kan, haruslah kena buat 2-3 tempat membakar
Dah tak larat nak kipas cara manual
kipas letrik, guna generator kami guna.
BIL ada yang berniaga ikan, so..ada la generator kan..kan..
lapik besen pun besen lah..
Naiim pun nak tunjuk skill membakar, masa ni dia dah ok
luka melepuh pun dah kering dan cirit birit pun dah baik
makan la puas puas ye..
Tuan tanah pun ada jugak.
Tengah ceria meria.. lepas makan ni nak gerak balik Penang pulak
drive memalam dengan perut kekenyangan boleh ngantuk tau.
Budak kecik ni main je banyak dari makan.
dapat eskrem secawan..usung sana sini.
kazen Naiim yang selalu kena sakat dengan Pak tih.
Namanya Mat Preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt... hahahaha.

yang besila kat porch pun ada.. 
makan sepuas hati.. Naiim pun dah ada tanda  tanda nak makan tu.

 Masing masing tengah layan makanan. 
lepas bakar makan..pas tu org lain tolong bakar org lain pulak yang makan
ngeee..
Pak Cik tak makan ayam, so hubby layan Pak cik makan bakar udang
sotong bagai.
Dah habis kot eskrem Aleesya, dok main kejar kejar dengan Alif
berkepit je deme dua orang ni.
Haruslah kan, tuan tanah nak interprem.
Me and Father In Law..
Pak mcm biasa la.. mana nak meratah je lauk pauk tu
Sure nak makan dengan nasi.
Belakang Naiim tu my MIL. 
makan makan..jgn malu malu k
My biras yang berkain pelikat tu, semangat tul nak memanggang
sampai terkang kang. hahaha...

tengok makanan masih banyak, My BIL call kengkawan dia untuk datang makan
ramai jugak yang datang lepas tu.

Jam dah kul 12.00 malam, kami pun dah siap siap nak gerak balik Penang.


Note: sepanjang jalan aku buat taik mata je, hubby drive sengsorang.

Sunday, August 25, 2013

JadiBersihkah Makanan Bila Ibu berkuku Panjang?

Khamis lepas aku ke KK sebab aku dah postpone date utk Aleesya datang tu selepas Raya
Masa aku tengah tunggu giliran nma di panggil, aku terpnadnag seorang perempuan.

orangnya cergas, tapi bila aku tengok kan dirinya, membuat aku terfikir kembali
aku tak nak sentuh kat pakaian atau rupa paras.
aku terpandangg ke sepuluh sepuluh jarinya berkuku panjang.
tengok dengan keadaan jemarinya tu aku dah mula berfikir yang bukan bukan.
terus terang aku cakap. Aku tak suka perempuan ke lelaki ke berkuku panjang
tambah tambah lagi kaum ibu.
Ada kawan aku cakap, nak tengok anak dara tu rajin ke malas buat kerja rumah tengok kukunya
kalau yang kuku panjang tu majority malas
asyik nak dok jaga kuku je, kang buat kerja, patah pulak kuku tu.

 
berbalik pada perempuan tadi,
Aku dengar Nurse tu sebut namanya dan berbualan yang agak kuat aku boleh la dengar
" Hang mai buat buku tuk hang ka utk sapa?
Hang mengandung lagi?
ish.. hari tu orang suruh makan ubat hang tak makan ka?
suboq tui la hang ni.
orang lenkali makan la ubat dah tau jenis suboq"
 
 
Selalunya Nurse akan cakap begini jika seseorang tu mempunyai anak yang ramai
tul tak?
Mungkin perempuan tadi dah ada anak ramai, so Nurse suruh jarakkan kandungan tu
 
Tetiba aku terfikir:-
Perempuan tadi sudah pastinya ibu kepada beberapa orang anak
isteri kepada seorang suami
Dengan keadaan kukunya yang begitu
bagaimanakah dia menyediakan makanan kepada suami dan anak  ?
tak tahukah dia sebenarnya menyajikan kuman/kotoran kepada keluarga
 
Cantik ke berkuku panjang?
 
Baca Juga:

Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Babi

 

Kalau simpan kuku panjang tapi kuku bersih macam mana pulak? Boleh tak?

Jawapannya berbalik kepada persoalan di atas. Antara hikmah disyariatkan amalan memotong kuku di sisi syarak bertujuan untuk memelihara KEBERSIHAN tubuh badan dan mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit yang berpunca daripada kuman yang melekat di bawah kuku.


Kuman yang melekat di bawah kuku boleh berpindah ke dalam makanan yang kita makan apalagi kalau selepas kita beristinjak. Kotoran mikro yang tidak terlihat oleh mata kasar akan berkumpul di celah2 kuku yang air tidak sampai walaupun dicuci dengan Dettol sekalipun. Lagipun, kuku yang panjang ni menghalang air sampai ke kulit terutamanya ketika kita bersuci, berwuduk, dan mandi. Bahkan perbuatan membiarkan 

kuku panjang tanpa dipotong memburukkan pandangan dan mungkin boleh memudaratkan.
Agama Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan dalam kalangan umatnya sehinggakan kebersihan juga merupakan sebahagian daripada iman. Jangan dipandang remeh perkara sebegini kerana, tanpa kebersihan, sebenarnya iman kita masih belum lengkap.

 

Note: Pernah aku tak jejak kedai yang penjualnya berkuku panjang sehingga ke hari ini.