Friday, January 11, 2013

Peristiwa "Rawak 2012"

Dah tak sempat nak buat satu satu entry yang tertinggal pada 2012
Tapi aku nak abadikan juga kat sini.
tak nak le kan peristiwa di tahun 2012 berkubur begitu saja.
 
 Di bulan December 2012 my samsung buat hal
pergi ke Samsung sevice centre
dah sekali 'Mother Board" kena tukar.
sebab kerosakan ini juga aku kena bayar bill maxis utk tenet mencecah 300 lebey
sakit ati betul....

 Ni pulak.. aku dok teringin ngalahkan orang mengandung
teringin nak makan koay teow Kungfu kat Astaka Gelugur.

asal pergi je tutup . asal pergi je tutup. nyamfah ai..
las makan Mee Hailam je lah..

 Yang ni ikan puyu masak gulai dengan ubi kemili ( ubi keling)
merajuk rajuk aku ngan hubby sebab tak beli ikan puyu.
kalau tak de puyu talapia pun tak pe..

hehehe... diam diam hubby beli ikan puyu.Girang kemain ati.
thanks hubby. Ni la yang buat saya sayanggg sangat kat awak ( sila muntah ijo)

 Yang ni pulak.. tak sempat nak sembahyang magrib sebab kena settled satu kes accident
sib baik lepas settle semua tu sempat lagi la sembahyang
Tapi..."Magrib tua"...
Syukur semua dah selesai..

 Ini bukan tomato, tapi buah pisang kaki yang tak de kaki
rupa pun bukan mcm pisang
kenape la dorang panggil pisang kaki

Ntah le, yang penting aku dah ngap..
suka yang fresh aje, yang kering tak suka.
Tapi, My mum suka snagat yang kering tu...

 pilih..pilih...pilih.. sesi memilih shawl yang di jual oleh gieyana
memang rambang mata
dalam keta pun ceq belasah dok shopping shawl... hahahaha

 sempat lagi dok gedik gedik bergambar
kat parking keta.. 
hahahaha....
Moga biz nu success gieyana..( jom borong shawl dia)

 Ini lah laksa terakhir di tahun 2012.Actually buat sikit je..
bila dah siap semua. Amirul dengan selambanya telah calling baby sitter

" Mak.. sat Mirul pi umah Mak, nak hantar Laksa"..
kahhhhh.... dengan sepantas kilat aku kena rebus laksa lagi
Sabo je lah anak ku sorang..
moga moga sayang kamu sayang mak kamu tu sampai ke syurga ye..


 Buat Aiskrim Malaysia.. 
benornya bukan aiskrim pun. 
Lebihan pengat durian yang aku buat untuk anak anak tu
sayang nak buang. jadi aku buat le ala ala ice malaysia ni..

Dah sebtang sebatang cenggini.. suka pulak digonggong
tak pe la.. tak membazirkan.. kan..kan..
 
 tak tahu kuih apa. nak kata dodol tak bersantan
nak kata otak otak rasanya mcm dodol
kuih ni biras aku yang kasi.. 
katanya.. orang kelantan yang bagi.

wahai.. orang orang kelantan, kuih apakah ini?

 walaupun tak semeriah tahun 2011. tahun 2012 sempat juga ku merasa bubur Assyura
yang di masak cara orang kedah.
Bubur yang boleh dipotong potong.. Unikkkkkkkkkkkk

 Kena marah marah manja dengan Dr. Adnan sebab tak pergi kenduri kawin anaknya
yang juga doktor dan menantunya juga seorang doktor.

gigih dia datang office kasi potpuri ni kat aku.
mahap mahap... jgn marah marah.
BTW portpuri tu angi dan box tu cantik dan unik
siap ukir nama ko..

 Maaf sesangat kepada empunya blog aku saya alam sebab tak sempat nak updated gift ni
cute sangat cardholder tu .
terima kasih dan terharu akak tau.

 jom terjah blog dia. boleh belajar bahsa Jawa.

di hari hari terakhir 2012. Aku dengan gigihnya sedang alter kaki seluar sekolah Amirul
Nasib baik ok.
buatnya tinggi rendah mau mengamuk anak teruna aku tu.



Note: Nah ambik sekali harung jer...