Friday, January 25, 2013

Sapa Yang Pelihara Ni?

Bulan lepas, Kami balik kampung
Mcm biasalah, Amirul ni ada saja la kerjanya ngan Tok dia ( Mak aku le)
Mak aku memang rajin memancing.
pas pancing bela pulak ikan tu.

then masa kami nak bertolak balik ke Penang
Amirul dok sok sek sok sek ngan tok dia,
diam diam tok dah masukkan beberapa ekor ikan puyu kat dalam Akuarium kecik
pas tu letak dalam keta. 

Dia bawak bali 8 ekor. Tapi tinggal 5 ekor je.
sebab.. that day dia nak cuci air, pas tu dia letak ikan dalam baldi dekat tandas
3 ekor ikan tu dah lompat masuk tandas..
hahahaha....
Ni pulak Amirul pergi ke Rope Walk ngan hubby
beli 2 ekor Hamster, adei.....
dok uli uli hamster tu sampai rimas aku tengok..
Angin kemain bila aku ckp yang Hamsternya tu sebenarnya tikus. kahhhhhhhhhhhh
(suka sakat dia)

 geli pulak telinga aku dengar bila Amirul bahasakan dirinya "Abah" kat Hamster dia
mana taknya, dia sebut
" Ala sayang sayang anak Abah ni, lapar ye"
Adei.. sabo je la ko....

ghupernya, Hamster ni gigit sakit wooo..
aku dah kena sekali masa nak bersihkan sangkar dia.
Tapi..dia ok pulak ngan Amirul..

" Memang le ikan tu Amirul punya, Hamster tu pun Amirul punya
Yang bagi makan bagainya.. Akuuuuuuuuu... 
Sape yang pelihara ni? Aku ke Amirul. arghhhh confuse eden.."

21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di negeri India

Sesuaikah? selamatkah?
Inilah persoalan yang bermain di  minda aku
rentetan dari peristiwa seorang pelajar yang berusia 23 tahun mati akibat di rogol oleh beberapa orang lelaki di India .Maka satu jalan penyelesaian telah di buat 

 

Di India sebuah parti berhaluan kanan telah mengedarkan  21,000 bilah pisau kepada
golongan wanita.
Pisau tersebut boleh di ginakan sebagai senjata apabila golongan wanita tersebut di serang
hmm... aku pasti jika sebuah parti yang besar membuatsesuatu keputusan
makapenyelidikan yang rapi juga turut di jalankan.

Cuma di sini aku terfikir, jika wanita tersebut
mengeluarkan pisau tadi untuk mempertahankan dirinya..
bila di serang dan pada masa yang sama perogol tadi merampas pisau itu dan memeras ugut wanita tersebut..
bagaimana ye..

Dan, jika perogol tadi menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita tersebut
selapas dia merogol? bagaimana ye..

Setelah di rogol dan wanita tersebut mengalami trauma dan mengambil pisau tersebut
lalu menikam dirinya, bagaimana ye..


Note:  Argh... banyak betul kemusykilan dalam kepala ni.

Memenuhi Permintaan Gieyana

Memenuhi permintaan Gieyana  yang teringin nak makan laksa
Maklumlah kami kan sengeri sedaerah
jadi tekak tu sama je.
Laksa kedah tak sama dengan laksa Penang.

 Thanks datang umah dan sudi menjamah masakan aku gie.
Best tengok Nureen dengan Amirul
Happy je dorang bersukaria.
tak de malu malu ...

 Buat tak banyak pun. sekadar nak bagi Gieyana rasa je
kalau buat banyak pun tak de sape nak makan Crepe ni.

Ada jugak buat Crepe Coklat
tak sempat nak bagi Gieyana makan.
Tapi tekak aku tak boleh terima Coklat Crepe. Entah kenapa...

 Kaum adam pun nak posing la jugak. kan..kan..
mcm biasa My hubby... mahal betul nak sengih sengih..

 Ni antara bahan bahan laksa kedah K.
sila jgn salahkan aku kalau korang teringin.

Tapi, kalau nak makan sila datang rumah
boleh aja aku buatkan. 
Boleh juga aku mengumpul harta menabung untuk di alam sana..( pahala)


Memang dah janji nak kirimkan gambar laksa ni kat Gieyana
tapi almaklumlah sibuk je
Sori Gieyana. Aku keterlupaan...

Last.. Desert Eskrem tu pun tak sempat snap. 
Cuma 3 jenis dish je aku jamu Gieyana dan Keluarga comelnya itu.

Gieyana, nanti kalau kita free mungkin apa yg di rancang berdua tu tercapai juga.
hmm... rncang last minit baru leh jadi. selalunya le.kikikikik...

Note: Gie... Aku suka panggil nama Rozi.