Tuesday, February 5, 2013

Alahai Hujan La Pulak..


Hubby dan geng geng kilang dia nak wat BBQ
Aku pun nak join jugak sebab ini bukan anjuran kilang
tapi anjuran sesama dorang le. So anak bini semua boleh join.

Sebab kami yg prepare ayam, so kami sampai awal la
tempat dah di booking
Punggah jgn tak punggah
segala dapur, Frying Pan, gas kecik, air, pinggan kertas, cawan kertas
Bihun goreng, kentang , salad ikan semua haruslah di keluarkan
kena  susun comey comey sebab nanti nak makan kan..kan..

Ada bekas orang wat unggun apai kut kat situ.
so, kami sambung je la nyalakan api kat situ wat bara untuk bakar ikan.

nampak mcm air pasang kan..
so, tak de la pantai bagai.
anak anak jgn gedik main kat situ bahaya okey!

ok dah siap pasang dawai mata punai tu
bila dah pasang api nanti boleh la susun ayam kat atas tu cecantik.

yang lelain buat apa yang patut.
hidangkan makanan, susun susun kek ke hape ka
bancuh air ke kan..
 uik.... kenapa cuaca tetiba gelap.
guruh berdentum.. 
doala supaya jangan hujan....doa punya doa..
last..
tengok awan dah hitam...
hujan bakal turun.

apa lagi.. angkut semua barang barang tadi 
simpan balik dalam boot keta.

Semua orang sila lepak dalam kereta ok.
tunggu hingga hujan berhenti..
Adakah ianya berhenti?
Apa terjadi dengan Majlis BBQ kami


Note: Lenkali tanya dulu ramalan cuaca kalau nak BBQ tepi pantai !!!

Kunci Basikal

Sejak Basikal Amirul kena curi tahun lepas, kami tak beli p[un basikal baru untuknya
Memang nak beli pun awal tahun hari tu, 
Tapi Baby sitter dah offer basikal anaknya, kira ok le tu.

Anak Baby sitter dah masuk sekolah Tahfiz jadi Amirul la yang guna sekarang.
Tak nak pisang berbuah dua kali, Baby sitter bekalkan Amirul dengan Kunci yg berantai tu
Bila ke kelas Fardu Ain, boleh la dia kunci
mana le tahu kan..kan..
malang tak berbau  

 
Semalam, baby sitter call tanya ke mana dia hilangkan kunci basikal tu
selamba je Amirul cakap dia tak tau
pas tu dia lupa dia letak kat mana
mungkin jatuh ke apa ke memang dia tak boleh nak ingat.

Adoi... budak ni apa yang dia ingat pun tak tau lah
barang dia semuanya dia lupa. letak sana letak sini

Hari tu bawa  racket Badminton papa ke sekolah, dah di hilangkannya
Bawa bottle thumbler.. asyik tinggal kat sekolah last hilang jugak
poensil pemadam ni jgn cakap la, berdozen beli wat stock kat umah..

last week balik sekolah..siap cakap Stoking hilang
eee..... memang bengkak aku ngan Amirul ni
bila tanya, dia boleh cakap dia tersilap letak dalam kasut kawan
sebab dia tak boleh nak cam kasut sendiri
adusssss....

gegas gegas aku ke Tesco time lunch semata mata nak beli kunci basikal
Anak orang lain macam ni tak?
ke anak aku sorang je..

apa apa pun aku kena bersabar, inilah permulaan dia berdikari
kata orang memang susah nak didik anak untuk jadi orang.
bila dah jadi orang tu.. tidur pun lena..

jadi orang = menjadi seorang manusia yg bertanggung jawab dan penuh dengan sifat sifat yang baik dan beriman.


Note: Jadi org yang beperangai pun mcm orang le..

Entry Auto Publish