ukur baju di badan sendiri. Jadi pilih hotel yang mampu bayar k
Tak yah nak cari sponser bagai, tak de sape yg nak sponsor pun. ngeee
Pilih hotel yang murah dan berdekatan dengan tempat shopping
motif uatama sebab kalau shopping tak yah carry berat berat
lepas shopping hantar je masuk bilik.
sedikit info tentang Hotel langkasuka ni.
Hotel Langkasuka Sdn Bhd terletak di bandar Kuah
di Malaysia. Hotel ini mempunyai akses mudah ke Kompleks Membeli-belah
Langkawi Parade, di sini terdapat pelbagai kedai dan restoran.
Berdekatan dengan hotel, terdapat kedai bebas cukai untuk anda
membeli-belah pada harga yang hebat. Terletak hanya 10 minit
memandu dari Jeti Kuah dan 20 minit memandu dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Langkawi.
Nah ambik semua selungguk kat situ. tak yah pening pening kepala.
Yang best nye, Menu untuk korang order dari balik murah sesangat.
Mee kari dalam lingkungan RM5.00 je. hmmm... bagi aku murah le..
lepas check in kami dapat bilik no 9915
tingkat sembilan. best... sebab View dia mesti best jugak kan...
Nak tengok view laut, belakang umah pun ada laut
katil yang hujung tu aku bukak sebab risau kang Aleesya jatuh katil pulak
maklumlah Aleesya kalau tido dah mcm bergusti gayanya
makanya jadilah cenggini katil kami
yang tengah tu tak de sape tido pun. Amirul pun tak mau
dia nak tido ngan papa dia kat katil hujung sinun...
Dari jendela bilik boleh nampak view ni
kat hujung sana, pinggir laut ada construction. Nak buat Hotel lagi kot..
eleh.. tak mo tengok laut, nampak jugak
habis... dah pergi pulau mestilah nampak laut, hape da...
mcm biasa la bilik air luas gabak
then.. mangkuk tandas tu kena pastikan sentiasa tertutup.
sebab... sebab...
Aleesya ni selamba derk je dia main kacau kacau air dalam mangkuk tandas tu
sabor je la.. ko ingat ni besen kat bath room umah kita ke?
tapi tak de la tab mandi, cuma sebelah kiri tu ada hower dan kain rentang gitu je
boleh la nak kuak lentang mandi sambil baring baring.
boleh gitu?
Amirul ketawa sengih sengih bila aku suruh dia sabun dan syampoo dengan liquid dalam kotak ni
dia cakap menda ni orang basuh tangan je, mana boleh sabun badan
bila aku suh dia baca, baru dia nak guna.
Aku pilih delux room. ada TV, Almari Baju, Mini bar , Meja Tulis dan dua kerusi satu meja makan bulat.
( nak citer jugak)ngeee...
RM 162.00 per night including breakfast.
walaupun tak stay Hotel ber star star lip lap bagai
Aku bersyukur kerana kami bahagia dengan apa yang kami ada.
sekurang kurangnya dapat menampung sebahagian kekurangan perhatian aku pada anak anak dan suami.
Note: perut lapar. cari makan dulu..