sejak usia menginjak 30 an,ramai rakan yang sibuk berbicara tentang berat badan
sebab... sebab... maklumlah kan dah beranak 2 dengan 4 kali mengandung
tentu body pun out of shape.
body pun dah ada ruang parking untuk si lemak lepak lepak
hahaha...
Nak berdiet time sekarang memang tak boleh
cuma boleh memilih jenis makanan yang akan di ambil
kurus sangat pun tak best kan.. kata my hubby le.
yang sedang sedang aja bak lagu iwan tu..
ok mari kongsi sikit maklumat
kalau pendiet mesti akan rasa lapar di lewat malam
nak makan bimbang temuk bam bam
jadi boleh ikut petua ni.
BERI BIRU BEKU
Beli buah beri, pas tu bekukan je
Beli buah beri, pas tu bekukan je
Bila memalam terasa nak makan sweet or gegula boleh aje scoope 2-3 sudu
makan banyak pun tak pe sebab Rasa seperti gula-gula, tak kan rasa bersalah punya
kerana ia bukan sahaja mepunyai kandungan tinggi dalam antioksida dan
fiber, malah mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan anda
BERTIH JAGUNG
Bertih jagung memang sedap. sapa tak suka pop corn kan. tambah tambah time nonton TV/wayang.
Bertih jagung memang sedap. sapa tak suka pop corn kan. tambah tambah time nonton TV/wayang.
Tapi bertih jagung yang aku maksudkan ni
tidak disalut dengan mentega atau karamel. Namun itu tidak bermakna
bertih jagung anda itu tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh
tabur sedikit serbuk cayenne atau kulit kayu manis.
kalau tak boileh telan, anggaplah serbuk kayu manis tu seperti lelehan karamel.
BIJIRIN
Bijirin (oatmeal) bukan sahaja makanan yang sihat untuk memulakan hari anda, tetapi ia juga cara terbaik untuk mengakhiri malam anda. Snek bijirin ini bukan saja kaya dengan fiber menyihatkan, malah ia adalah sumber baik kepada melatonin dan triptofan yang membantu anda tidur lena. Letakkan buah strawberi untuk membuatkan bijirin anda bertambah enak!

BISKUT TAWAR BIJIAN
Jika anda inginkan snek yang mengandungi kandungan karbohidrat dan fiber menyihatkan untuk menghilangkan rasa lapar sebelum tidur, biskut tawar bijian (multi-grain crackers) adalah pilihan yang sesuai. Ianya lebih enak jika anda sapu sedikit mentega kacang bagi mendapatkan sedikit protein dan lemak sihat.

COKLAT GELAP
Siapa yang mampu menolak coklat? Pasti sukar tetapi bukan semua coklat tidak elok untuk kesihatan diri anda dan semestinya, ketika anda sedang berdiet. Jika anda mengidam untuk makan makanan manis di lewat malam, coklat gelap adalah pilihan yang paling sesuai kerana kandungan gula yang kurang jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain. Malah coklat gelap juga mempunyai kandungan tinggi antioksida.

KACANG PISTACHIO
Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap!
PRETZEL
Apabila keinginan untuk memakan makanan berkarbohidrat, pretzel adalah pilihan yang tepat kerana ia mampu mengenyangkan anda. Pilih pretzel jenis bijian untuk kebaikan kesihatan dan anda boleh menikmatinya tanpa bimbang tentang pengambilan kalori.
PISANG
suka benor saya makan pisang. pisang berangan dan pisang emas. marveles..
Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena.
Note: makan memalam tu ala kadar udah le, jgn melampau- pesan utk diri sendiri