Friday, March 8, 2013

Langkawi - Pasar Malam

20/02/2017, on the way balik dari bertawaf ke semua tempat tu
nampak satu Pasar malam. wajib singah. So malam ni tak payah keluar makan dah.
jalan jalan tu tetiba nampak orang tengah grille kambing
bau sedap hubby pun beli
RM 8.00 sekeping.
 Hubby tu nak try la kan. adakah sesedap air tangan isterinya
my hubby ni kalau dengan kambing, mcm magnet tak boleh gerak ke mana dah..
aku kurengggggg sket. 
bukan tak makan, cuma tak bape minat.

 aiyo..aiyo.. aiyo.. aiyo kozambo.. sdah jumpa makanan kegemaran aku. kali ni kaki aku pulak yang kena magnet. Memang kompon aku beli. 
Tak sangka you, RM 4.00 je, kalau kat Penang jgn mimpi le nak dapar harga tu.

aku ni memang gila som tam, asal balik kh je, kedai Pattani  kat jalan nak ke padang sanai tu la jadi mangsa.
urut urut janggut my hubby tau, semata mta nak mkn som tam.

 Jalan lagi.. kozambo lagi aku ni, ternampak Puyuh siap goreng harga RM 4.00 je
aku dah pun beli ayam goreng utk Aleesya, tapi puyuh tu mcm dok ngorat aku la
apalagi.. sambar 3 ekor.
 penuh dah tangan ni dengan makanan.
Lepas je selesai membeli makanan, tetiba kawan hubby yangtinggal kat Kedawang tu call
ajak my hubby datang rumah dia.
so lepas magrib jumpa k.

balik hotel. mandi sembahayang bagai.
pas tu makan nyum nyum..

My hubby makan kambing tu, terus dia cakap tak best la.
awak masak lagi best, sos dia tak sedap. manis je rasa dia.
kembang pulak funggung ni. 
ada la tu, lepas ni mesti beli kambing suh aku masak. 
alasan... nak balas dendam sebab that day makan tak sedap
dah biasa dah...


Pukul 8.00 mlm kami pun bertolak ke Kedawang.
singgah kat kedai tepi jalan beli buah tangan tuk dia anak beranak
classmate merangkap orang kampung. mesti kamcheng punyalah..


My homework is more than you la abang...

Bila time malam je, aku macam acam biasalah kena belek belek buku sekolah Amirul
kerja sekolah kena disiapkan okey.
sambil Amirul do his homework
datang la budak kecik tu terkedek kedek nak ambik port jugak.

see.. iam so busy ok. nak tulis lagi nak kaler lagi
memang banyak tau. 
* pegang pensil tu mcm ye ye ja nak menulis*

tepi.. tepi.. nak check semua kaler pensil tu cukup ke idak, nak buat kerja sekolah ni
draw le apa yang patut dak kecik tu
buku kena sama mcm buku abang ok.
kena la ambik buku abang standard One punya.
saja la aku draw tangan dia tu, nak suruh dia kaler la jari jari tu
argh.. konfius pulak, kaler yg mana satu ni.
tak per.. kasi pensil dan kaler tu kissing jap..

tak sempat ni, dah tak cukup tangan nak buat homework.
kerja sekolah abang dah hampir siap.
otak dah mula dok cari akal.
nah.. ambik. tak cukup tangan nak nulis
tulis aja ngan kaki.
bileh pulak tetiba dia angkat kaki tu nek atas meja.

motif utama ialah nak kasi buku tu gerak sikit kedepan
so, boleh la kacau abang.


memang dia suka nyakat abang. dulu ni sekali ngan walker tu dia tenyeh buku abang
hambik... memang korang semua tak kan duduk aman
kalau beta belum tidur hahahahaha (ketawa geng jahat).

Note: abang tengah sedap makan nasi, ambik air tuang dalam pinggan abang.
ko memanggggggggggggggggg...


Langkawi - Makam mahsuri



MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.


 Sambil menunggu hubby beli tiket, sempat jugak aku tengok gambar kat luar tu
gambar Aisyah. genrasi ketujuh Mahsuri\
oooo dia dah kawin rupenya.. cantik kan.
suaminya tu mcm hero filem thai la pulak aku tengok.
Tahniah.. moga bahagia.

 Ni gambar belaiu masa kecik kecik dulu kot.


 Aleesya tido, penat sangat. asyik meronda je kami ni
gambar kenangan kat sini kejap.
 Ni view rumah Mahsuri. Aku tak naik pun kat atas tu, lenguh kaki dok berjalan rasa malas pulak
Amirul ngan papanya je yang explore.

Biar dorang explore, aku ngan Aleesya nak ronda di sekitar kawasan.
cewahhhh... mcm YB pulak dok melawat kampung. ngeee

Jumpa Jantung pisang kontot ni. Masa aku datang dulu ada pisang yang berjuntai ke tanah
buahnya kecik kecik je.
My uncle ckp, sumpahan tu masih dok ada lagi, tengok... pisang pun tak menjadi bila di tanam di sini

Ni peralatan membajak sawah yang bernama tenggala
tak sure la pulak tenggala ni yang orang letak kat kerbau tu kot
aku pun ingat ingat lupa la, cecara membajak sawah
sawah nenek pun dah tak ada sekarang ni.. 
 yang ni namanya lesung hindik. dorang tumbuk padi
di hujung sana orang dok pijak dan yang dekat dengan lubang tu ada sorang duk jaga
masukkan semula padi yang dah terkeluar.

Tak sure pulak mcm mana kulit padi tu boleh terpisah elok je, tak hacur pun..
Tapi, aku pernah tengok orang buat emping dengan lesung hindik ni
hindik ramai ramai, bergilir gilir
pas tu parut kelapa makan emping dengan kelapa sedappp...
 Ni namanya jelapang padi.
tempat orang simpan padi, Tok wan aku dulu ada sebijik mcm ni
bila dah tak buat padi, tempat ni dah jadi tempat kami main aci sembunyi
"hide and missing"


kat hujung sana ada persembahan teater lagenda mek mulung
aku pun tak sure cerita Mek mulung tu
Time aku nak pergi tengok dah dorang rehat seketika
So, tak jadi la nak tengok..



Note: tension sebab info aku bagi tak berapa nak sampai, Amirul google dan baca kuat kuat
saja le tu nak bagi aku dengar. huh..