Thursday, March 21, 2013

Basah Tekak dan Senaman Pipi

Hari ni, aku kelam kabut sikit sebab overslept  masa nyusukan Aleesya kul 8.00 pagi
bila dah terjaga dah pukul 9.12 am. kelam kabut aku mandi , siap mcm lipas kudung
Sib baik semalam dah bagitau bos yg aku nakke post office sebelum dtg kerja
adei...

Sampai office, perut mesti la lapor, sebab tak bekfast lagi kan..kan..
masak air pas tu minum Nestum je.
Bos tengok je tapi apa pun tak cakap. 
then dia keluar dan aku suruh dia beli lunch aku sekali
sebab cuaca panas sangat tak mo keluar dah..
kalau dia beli..maknanya lunch aku on him okey!!!!

dia balik office, dia belikan aku mee goreng. Memang dah gitau
tak mau nasi, sebab minum nestum tu dah kenyang.
then bos panggil aku try white coffe ni. 
Kebetulan dia pergi beli tuk stok rumah dia, so dia beli extra utk aku sebungkus.
dalam tu ada 15 sachets X 40g tau.
memang banyak le, boleh satu mug besar.
dah minum pun sedap....
 
 
lepas lunch tu bos hilang ke mana ntah.
ada client kot. batang hidung pun tak nampak.
Lepas aku balik dari toilet, nampak 2 bungkus "Tong Garden" ni atas Meja
mmm... dapat lagi..keh keh keh...
 
ingatkan nak le diet makan je light light time lunch bagai
tapi kalau dah di hadap ngan jajan ni
mcm mana nak diet. habaq mai sat noh....
 
 
Note:  terkesima ngan SR offer cake RM 1 per slice.nyum nyum nyum...
 

 

Cheese Cake, Buah Markisa.

Hari khamis lepas, aku ngan adik aku Si Leman jenjalan kejap kat Rope Walk
Tetiba ada nampak buah Markisa
dorang Juala RM6.00 Sekilo. Aku beli 1/2 kilo je.

 Ada pernah sekali je aku minum  Markisa Fresh masa makan dengan my BIL di kedah
lagi sedap dari rasa Jus yang dalam botol tu.

Kat hujung tepi laut umah aku tu ada la cina tu tanam
bila luruh bersepah kat bawah pokok, Nak mintak beli
segan pulak aku. ngee...
dah jumpa ni terus la beli..

 Hari ahad tu, baru ada masa nak enjoy ngan Markisa ni
aku belah, korek bijinya dan mesin. pas tu tapis
masuk gula sikit dan beberapa ketul ais.
huh... puas minum.....

 Hubby tak de rumah sebab dorang ada agenda apa tau kat Tanjung Bungah
Pas tu ada acara gedik gedik dan makan makan kat Hotel Paradise.
untuk pekerja saja , anak bini tak boleh ikut. menci.. selalu gitu kan..kan..kan..

Hubby dah janji nak bawa kami ke rumah BIL di Alma
tak kan nak pergi nga tangan kosong, jadi aku putar putar cheese tu dan buat cheese cake
nak bawa sebagai buah tangan tuk BIL.

Bila dah selesai.. anak anak pun tidur petang
aku lepak king kat Hall sambil makan cheese cake ngan minum Air Markisa ni.

kata nak balik pukul 5.00 petang tapi sampai pukul 7.00 baru hubby balik
sian, dah letih tapi dah janjikan, aku pun dah buat kek semua ni
nak tak nak hubby drive jugak ke rumah adik dia di Alma

hehehehe... janji di tepati ok
bukan janji Third Party. bak kata HanifIdrus.