Wednesday, April 3, 2013

Bank dan Biskut Tambun

Semalam dah pergi ke Bank nak buat " Authorised Personnel"
Tapi, anak Bos aku plak tak sign kat surat tu
So, hari ni  keluar pukul 11.00 pagi, nak pergi Bank tu
boleh lah lunch terus. hehehehe...
Sampai kat Sana dah buat itu ini
Lepas ni, aku boleh dah nak check company account, balance
atau apa apa la yang berkaiatan tentang account company
cuma aku tak leh sign cek je. ngeeeeee...
balik tu, aku sengaja nak ke Baazar Chowrasta,
motif utama ialah sebab dah lama aku tak gedik santai di sana
then kat atas tu ada nasi melayu yang aku suka..

kat Baazar Chowrasta ni, memang penuh la peniaga Cina yang jual Jeruk
dulu dok beli kat Cina tu la..
Tapi sekarang tak lagi, dah ada peniaga Melayu.
Nantilah citer tentang jeruk K.

masuk kedai Aisyah tu, aku ternampak Biskut Tambun
Aku memang suka makan Biskut Tambun ni
sejak tak singgah Mydin tuk beli, tak jumpa pun kat tempat lain
maksyd aku yang orang kita buat le.
Sekali tengok Biskut Tambun ni Keluaran Bumiputra pulak tu
apa lagi rembat la..
 Ni ha alamatnya
No telefon pun hado, kekalau korang nak beli borong.
comel comel je kan, biskutnya
ada dua kategori
kotak kecil RM 7.00
Kotak Besar RM 12.00

Aku beli kotak kecil je, ada 16 biji dalam satu kotak
ni la bentuk inti biskut tambun ni
Ramuannya terdiri daripada
telur, kacang hijau, tepung gandum, gula, Minyak sayuran, garam dan bawang.

menurut my klik, Biskut tambun keluaran Cha Ya Nun Alif ni sama je 
mana mana pun sama
Cuma bezanya, dorang letak  lemak khinzir kat atas kuih tu sebelum bakar
untuk nampakkan shining.

Lemak tu org panggil lard ( klau tak silap le)

Note: Teruja makan tempe hari ni sebab nak jawab soalan Tirana Aduka tu. muahahahaha..


Setahun Lapan Bulan

Sejak usianya meninjak Setahun Lapan Bulan
perangai pun makin ngada ngada..
Sape lagi Budak Aleesya ni la.
Kalau dapat peluang je, dia akan sembunyikan diri kat bawah kain lapik Kabinet ni
sebab..kat dalam tu tersimpan segala stock alatan menulis si abang
bila dapat chance je, semua eraser dia gigit... pensel semua dia ambik 2-3 batang
hancus semua susun atur stock alat tulis abang tu.

yang tak leh tahan tu, sharpener tu, dia main hembus hembus je
last, terus tak leh guna. asal asah je mata pensil patah!!
kenapa begitu ek? 
mistik mistik...
Dah terlebih pandai sekarang ni. 
kalau setakat bukak seluar sendiri tak pe lah..
sekali ngan pampers tu dia dah pandai bukak.

Bila dapat bogel, happy.. siap lari lari seluruh rumah
maklumlah kan, Ibu ni sure la akan pekik terlolong panggil suh pakai pampers
pakai kejap, dia tanggal semula.
geram tau, buat menda yang sama berulang kali.

ko jangan bagi ibu naik hantu, kang.. ginilah jadinya
hambek, ambik scotch tape yang bandage luka Amirul tu
still ada lebih.. prap. hambek
hahaha.... tak leh bukak...
2-3 kali try tak boleh bukak jugak, mulalah melalak
hahahaha... 
inilah akibatnya kalau suka sangat bukak pampers..

Mungkin dah tiba masanya dia pakai diapers cloth kot.
So, aku pakaian dia.
Diapers Cloth ni benornya hat abang dia dodulu.. so sekarang dah jadi miliknya..

hahaha.. dia lagi geram 
sebab button kat Diapers Cloth tu lagi kuat mencengkam.
Memang sesuai snagat untuk budak yang suka bukak pampers sendiri.


Note: Wahai Aleesya anak ibu.. inilah perangai kamu di usia Setahun 8 Bulan.