Friday, April 5, 2013

Kenapa Pemadam tu Di panggil RABA?

Masa zaman sekolah dulu, memang susah nak beli peralatan menulis
walaupun harga pensil cuma 10 sen dan 20 sen utk pensil 2B, terasa begitu mahal.
jadi apa yang aku buat ialah, masa bayar yuran sekolah
akan dapat alat tulis ni, aku akan jaga dengan sepenuh hati.
kalau pemadam hilang, gantikan dengan getah..

Tak de mcm anak anak sekarang yang berdozen dozen mak bapak beli alat tulis
sudahnya asyik hilang je...( Amirul le tu).
Okey.. nak citer tentang pemadam benaunya ni. ntah melalut ke zaman sekolah le hape la pulak.
budak kecik ni kalau dapat pemadam, suka gegettttttttttttt

Aku ngan hubby, memang pure org kedah. So, kami panggil pemadam tu as "RABA"
mak, ayah, abang sedara sepupu sepapat aku yang se zaman aku pun panggil 
pemadam tu "RABA" jugak. 
So, perbualan kami laki bini tak de masalah, maklumlah sekapai org kata...
Lepas geget leraikan mcm ni lah... pas tu abang hangin satu badan. hahahaha

Tapi kan, bila aku sebut "RABA" kat Amirul, aku rasa kekok pulak.
sebab All the while memang Amirul sebut Pemadam atau "Ereaser" je

Tapi.. yang best nye bila terpacul dari mulut my hubby
cakap "GERABA". hahahaha... memang ada sesetengah orang kedah yang panggil "GERABA"
Dulu masa sekolah rendah, ada kelas pendidikan seni
nak belajar guna cat minyak/ color minyak
So, cikgu Seni tu ckp la,
" Sila lihat kertas lukisan kamu, kemudian kamu raba di permukaan yang licin"
permukaan yang licin itulah yang kita akan gunakan untuk cat minyak."
Then  1/2 daripada kelas telah mengambil pemadam
terus je gosok gosok kat permukaan licin kertas lukisan, 
habis rosak permukaan yang licin tu
aku le tu yg buat perkara tersebut.
hahahaha
Cikgu tengok dan jawab
" Saya cakap Raba.. bukan padam" kami jadi pening kejap
last cikgu cakap
"Sila raba dengan  tapak tangan kamu dan bukan dengan pemadam"
hahahahaha..... bila ingat kembali memang lucu.


Tapi kan.. mengikut ramalan songsang aku la
Mungkin perkataan RABA tu di pinjam dari perkataan orang puteh
Rub ( rubbed) ---  To apply pressure and friction to (a surface).
2. To clean, polish, or manipulate by the application of pressure and friction.
To move (an object or objects) firmly along a surface, especially repeatedly: rub an eraser over the blackboard; rubbed my fingers over the sore spot.

Nak sebut rubbed tu susah sangat, hentam je la sebut RABA.
hahaha... jgn caya, aku temberang je ni.
"ni la jawapan yang aku jeelaskan kat AMirul bila dia tanya kenapa Pemadam tu
ibu panggil RABA?"
 
 
Nota : Soalan dari mulut anak,  buat parent fenin nak answer!!!!