Tuesday, April 9, 2013

Kopi Gantung

Pelbagai cara boleh di gunakan jika anda ingin menderma a.k.a membantu orang susah.
kalau sebut tentang "kopi luak" mesti pemikiran korang akan terbang
nun Jauh Ke indonesia...

Tapi lain pula dengan kopi Gantung, Sebenarnya aku pun baru je tahu tentang ini
Tak tahu pula perkara ni dah lama di amalkan di Naples. sejak lebih dari 100 tahun yang lalu
tapi kan.. kekadang apa yang di amalkan oleh orang dulu tak semestinya dah tak sesuai
untuk zaman sekarang. betul tak?
Kini, 'kopi gantung'  dihidupkan kembali  di sekitar Britain serta negara-negara lain di dunia. 
Pada dasarnya tujuan sebenar  konsep " Kopi Gantung"  bukan sahaja untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal tetapi ianya juga sebuah pertolongan kepada orang yang tidak bekerja dan tidak berduit.

 
Mungkin korang pening tentang maksud Kopi Gantung dan bagaimana ianya di laksanakan.
Kopi Gantung bukanlah bentuk kopi yang tergantung atau teknik menghasilkan
kopi secara menggantungkan biji kopi.

Sebenarnya " Kopi Gantung" ialah merupakan satu Kaedah yang digunakan untuk membantu orang yang miskin dan orangyang tidak bekerja.
Jgn pulak korang tafsirkan, " Nikah Gantung " sebagai kaedah untuk membantu orang tak beristeri 
dan di beri bantuan isteri. Lain maksudnya tau...
hahahaha... jgn konfius ok.

 

Cara kopi gantung dibuat memang mudah sahaja. Apa yang boleh dibuat adalah pelanggan selalunya akan memesan sekurang-kurangnya dua cawan kopi yang mana mereka hanya akan mengambil satu cawan kopi. Cawan kopi yang selebihnya ditinggalkan di kaunter untuk diberikan kepada mereka yang tidak mampu.

Buat masa ini, sudah lebih dari 150 kedai kopi francais di sekitar Britain sudah mengikuti skim kopi gantung ekoran dari masalah kekurangan peluang pekerjaan yang sedang berlaku di sana. Starbucks dan Costa adalah antara dari francais yang turut tidak mahu ketinggalan dari membawakan skim berikut.


Apa yang dapat aku perhatikan di sini " pengusaha kopi tu yang untung:"
sebab lebih banyak jumlah kopi yang di pesan.hehehehe...


Note: Aku tetap dengan cara pemberian zakat. lebih baik dari segala kaedah yang ada di dunia ni
then dapat rewarded di dunia di akhirat lagilah kan...


The Biggest Burger In Penang

curi curi masa yang ada, last dapat gak pergi shopping grocery ngan hubby kat tesco
sebab kelmarin hubby cuti. so, lepas magrib kami keluar bershopping la
dah sebulan lebih tak beli barang dapur secara pukal
semalam hamik, 2 troli kami angkut. stock tuk sebulan lebih la kekonon..
 suhailasaari.blogspot.com  gambar pinjam sat noh..


lepas selesai semua tu, my hubby ajak pergi makan burger
hamboi... nak banjer isteri ngan anak anak makan burger je
benornya dah lama dok ajak hubby keluar makan burger kat situ
dah dia asyik sibuk je, sampai aku pun jadi lupa...

Nak try le Burger si Zul yang katanya sedap sangat tu
sampai masuk TV la, besar gabak burger dia
Tapi aku cakap yg aku tak mau yang Gergasi tu
biasa dah le, kang membazir, sape nak perabih semua tu.
lokasinya terletak di astaka bersebelahan Vistana Hotel dan bertentangan dengan Kayu Nasi Kandar
Masa my hubby order tu ada 4 orang jejaka yang dah pun order burger Gergasi
Mak ai besar gile burger dia.
Aku mula dah muak tengok.
 Aku order Oblong double + egg+ Cheese RM 7.00
punya la panjang. ingat nak syer ngan Amirul
Tapi Amirul tu tak berapa sihat
dia tak mau, kena la habiskan sengsorang..

 Hubby order burger egg yang biasa
RM 3.50 je. sama harga mcm yang di jual kat tepi jalan.

*** kalau korang nak tau, burger kat Zul ni, memang berbeza***
bila korang potong je burger tu, memang lembut giler rotinya
pas tu daging dia memang lembut
bayangkan garing dan lembut..

My hubby pun cakap memang sedap
cubalah korang rasa..
Tak senonoh budak ni.
ada ke korek hidung time orang tengah makan.
hahahaha...

Then akutengok bebudak 4 org yang order burger gergasi tu, dah mula muak
ada yang makanmcm makan nasi pun ada
ada yang dok geleng kepala sebab tak larat nak habis

pendapat aku la, kalau burger ni makan yang besar gabak, memang akan muak
lainlah kalau korang yang jenis hantu burger.
Aleesya yang kusut masai. still demam
Jangkit dengan abang dia la..

Tu la kalau abang demam suka sangat dok kacau kacau
kang dah berjangkit. 
Aku tempek cool fever ti kat dahi, kat belakang bagai
Alhamdulillah..pagi ni dah beransur pulih..

Sian anak anakku, tetiba aku nampak dorang kurus cekeding
Amirul tu demam seminggu, Aleesya ni pulak dah masuk 4 hari..
Biji biji kat leher tu dah baik.
tak yah consult doktor kat GH dah...

Note: badan dok kerja.. hati kat anak anak..