Wednesday, April 10, 2013

Tersentuh hatiku

tadi jenjalan kat blog izwa a.k.a bicara hati ini 
aku rasa dia sangat beruntung kerana ada abah di sisi 
suka duka di masa kecil hingga lah sampai beranak pinak.
Aku? aku macam ni lah, masih mencuba mengisi ruang hati yang kosong ini
kekadang aku terfikir, kenapa ayah tak de masa aku kecik dulu
kenapa ayah pergi tinggalkan kami adik beradik
serous, perasaan memang terganggu
secara kasarnya aku boleh katakan aku tak senormal kanak kanak lain.
Aku hanya ada emak. kasih sayang bapa ku perolehi dari abang abang
betul. kalau suruh aku pilih antara ayah dan abang abang
aku akan pilih abang abang
suka duka ku abang abang yang tahu.

Then, masa aku nak kawin that day, baru aku jumpa ayah
korang bayangkan, aku jumpa ayah setelah umurku 24 tahun
tu pun sebab nak ayah walikan perkahwinanku
masa tu aku dapat tahu aku ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan
korang tahu, menggeletar mulut aku nak panggil beliau ayah
Nak panggil ibu tiriku dengan panggilan "mama"
memang tak tergambar..
tetiba ku teringat kata kata emak
" Ingatlah..jgn berdendam dengan ayah, kalau tak dak ayah, korang tak kenal dunia ni"
huh.. kata kata emak memang penguat semangat aku.
Abang abang. Doranglah  orang yang bertanggungjawab rapatkan hubungan aku dengan ayah
kekadang dia datang jenguk aku kat Rumah sewa, pas tu cakap nak pergi jenjalan
last, dia bawa aku terus ke rumah ayah.

Lepas kawin, aku pergi sekali je rumah ayah
pas tu aku tak de pun sebut tentang ayah 
nak ajak suami pergi, jgn mimpilah..

Suami,
Aku bangga sangat sebab suamiku tak menangguk di air yang keruh
beliau selalu beri semangat kat aku agar jumpa dengan ayah
setiap kali kami balik raya, pasti suami akan singgah rumah ayah
aku, tak kan nak ckp tak mau pergi pulak, itukan ayah aku kan..kan..
my mom dan My step Father
sekarang ni, aku rasa sangat bertuah
sebab anak anak aku ada 3 orang Datuk
3 orang nenek. bertuah kan mereka..

semangat yang abang abang dan suami berikan
telah membuat aku dan ayah rapat semula
kekadang aku luahkan kepada suami tentang perasaan ini.

ini jawapan suami
" awak kena bersyukur, awak dapat dugaan ni sebab awak mampu, awak jadi lebih dewasa
awak ada pengalaman pahit, yang pasti awak akan lebih berhati hati dalam hubungan
agar anak anak kita tak alami nasib yang awak alami"

Ya betul. segala yang berlaku adalah takdir
aku dipilih kerana aku mampu hadapi
mungkin orang lain tak hadapi kerana Allah tahu yang mereka tak mampu hadapinya.
Note: Syukur sebab aku ada  abang abang sebagai pengganti ayah
Syukur sebab suami sentiasa beri semangat
Syukur sebab aku pun ada keluarga besar mcm suami
Syukur sebab ayah sayang aku

Survey Jeruk kat Aisyah Jeruk

Recently ada call my MIL nak tanya tentang persiapan nak kawinkan My BIL
banyak jugaklah persiapan yang dah di buat
memandangkan my hubby ni keluarga besar
13 beradik you...

So, pakat pakat la tolong sorang sikit.
dari hal lembu sampai la ke persiapan buah tangan tuk tetamu
bab masak masak untuk pengantin tu my biras dan aku keypokan diri
tak kan nak tolong yang tu je kot.
aku ke Jeruk Aisyah  di Penang Road

Makanya dah bincang ngan hubby yang kami akan prepare buah tangan
yang nak masukkan dalam beg kertas tu
kami sepakat nak packing kecik kecik jeruk
kat sini senang nak dapat. hohohohoho...

Makanya aku pergi la survey jeruk kat Penang Road
Kat Aisyah Jeruk
Harga Jeruk boleh tahan jugak

walaupun hubby dah cakap nak  borong jeruk Pak Ali
tapi aku gatal gatal juga nak buat survey
nak tengok harga la katakan.
maklumlah bukan sikit nak beli tu
berkilo kilo..

Kalau kat sungai Ara pun ada jugak
Tapi yang tu kedai Cina
tak boleh.. cancel 
Pelbagai pilihan

Ikut perangcangan nak prepare 500 bungkus
tapi my MIL cakap panggilan memang ramai
so.. kalau ada rezeki lebih nak le buat sampai 1000 bungkus.
ha.. ko bape kilo jeruk nak kena beli tu?
pas beli nanti baru boleh jawab soklan ni noh..
ada juga yang di paket siap siap

Hubby cakap dia nak survey gak kat Balik Pulau
kalau beli kat sana, beli banyak boleh dapat harga yang sangat murah
time tu boleh la beli extra tuk my familly kat kampung jugak
my second abang tu, suka benor makan halwa pala ngan pinang.


Note: paling mahal RM 9.00 sekilo, paling murah RM 7.00 sekilo.