Thursday, April 11, 2013

Kalaulah Akak tu melihat dari perspektif yang lain

Ini citer 2 minggu lepas,
tapi baru rasa nak share, cari kekuatan la kekononnya.
Bila anak ada aktiviti kat sekolah, ada la 2-3 orang ibu yang sanggup menunggu 
aku datang jugak menunggu, tapi agak lewat sedikit.

Bila sampai kat perkarangan sekolah, ada la satu group ibu yang sedang rancak bersembang
ada la kakak tu, dia ckp anak anak dia tak de pun di hantar ke sekolah Fardu Ain
Aku pun tanya la, kenapa?
Lantas dengan nada geram dia jawab
" Anak anak akak memang akak tak hantar ke Fardu Ain, sebab akak geram sangat dengan
Ustazah "E***". 
Akak tak kisah la, kalau ustazah E*** tu sedara korang ke, kawan korang ke, tapi akak cakap ni semua betul. Hang pa nak kata apa kata lah..

La.. awat la kak marah sampai mcm tu, dia buat apa kat akak
( ayat keypo la tukan)
dia pun jawab
" anak akak tu, masa tu umoq 4 thn akak hantar pi tadika, tempat ustazah E*** tu mengajar
pas tu, dia boleh cakap kat akak ** Kak, anak kak ni susah nak cacth up la,dia slow sikit.***
ha. ko bayangkan.. dia boleh cakap mcm tu kat akak
akak hantar anak akak ke tadika tu, bukan Free akak bayar tau
tugas dia mengajar.. nape nak cakap anak akak slow le lembab le hape ke..
Aku pun diam je. lagipun dia ada ckp, yang anak dia darjah satu 
semua dah khatam Al Quran. Bagus le tu
Anak aku tak khatam quran lagi, dah darjah dua pun.
 
 
Tapi kan, bagi pendapat dalaman aku le, 
betul le ustazah tu cakap, yg anak dia lambat catch up
slow sikit. Normal la tu bila cikgu cakap gitu
 
tujuannya supaya  ibu bapa alert dengan perkembangan anak anak
kena sama sama membantu untuk kemajuan anak
kalau anak lembab mungkin, ibu bapa kena guna pendekatan yg boleh memajukan anak
 
Kalau lah kakak tadi melihat kata kata ustazah tu dari perspektif lain
maksud aku, perspektif yang ustazah tu benarnya nak dorang bekerja sama
 
akibat dari tersalah tafsir, anak anak yang menjadi mangsa
mana taknya, memang la pandai baca Al Quran, tapi kat Fardu Ain tu dorang belajar
Sirah, Ibadah , fekah dan banyak lagi lah..
kekadang tu ilmu yang kita ada dicurahkan kepada anak anak
masih ada kepincangannya,
bila anak anak belajar kat sekolah, maka tertutuplah lompang lompang tu

Sian aku kat anak anak dia. 
kerana dendam dia tu, anak anak dia kerugian..
Contohnya, banyak jugaklah kisah kisah nabi yang Amirul balik cerita
boleh ke korang bezakan ikan Nun dan Ikan Paus ( kisah nabi Yunus di telan ikan Nun)
benda simple tu pun aku ternganga nak jawab kat Mirul.
citer Firaun tu pun aku tak habis explain lagi..
kejap kata firaun ada satu kejap kata firaun ada banyak
pas tu recently kat tenet aku jumpa kata Nabi Musa tu pun Firaun jugak
adei.. nilah anasir barat..
putar belitkan Fakta.
 
 Apa korang nak jawab bila anak korang tanya:-
Ibu... hadas besar tu hanya untuk orang yang dah kawin kan..
ha..... soalan ni saje pun berminggu aku fikirkan mcm mana nak explain kat dia
apa tu air mani apa tu air mazi.
 

Note: Ya Allah mudahkanlah perjalankan sebagai seorang ibu.. aminnnn
 



 

Tiga pelajar SM Seberang Jaya dibuang sekolah kerana pukul pelajar lain

suslan dari video yang KA upload kelmarin
so, dok sembang la aku ni ngan my hubby tentang video tu
tup tup semalam keluar kat Buletin Utama.

Terkejut wooo.. sebab kes ni berlaku kat Penang
ganas ganas gak budak budak penang ni
betul la tindakan mangsa tu, wat laporan kat Guru sebab dorang bawa telefon bimbit
dorang ni berang terus pukul.
tengok photo 4 tu dengan penuh bangga budak tu

tak sanggup aku nak tengok video tu
kalau la yang jadi mangsa tu anak aku
mau aku meroyan, pengsan pun boleh
Dah buat salah dengan bangga buat peace lagi ( photo 5)

dah le anak kita lek lok je duk umah
nak pukul pun pukul ngan rotan
tu pun pukul kat kaki dan tapak kaki je,
dapat kat dorang siap main sepak terajang
memang melampau ar..
kalau korang jadi parent mangsa, korang geram tak? siap lompat terajang lagi tu

bayangkan apa perasaan mak bapak budak yang di pukul tu?
bayangkan pula apa perasaan mak bapak kepada 3 budak pembuli tu?
tentu dua dua sedih kan bila berada di dalam situasi begini..

ini antara yang berjaya di rakam
baagaimana pulak yang sebelum ni telah berlaku
tapi kita tak tau pun.

kes kes pau duit kat sekolah semua tu
aku sedih.. sebab masa zaman aku sekolah dulu tak de pun.
kalau la bebudak 3 orang tu di bawa masuk ke Henry Gurney lain pulak jadinya

Adakah apa yang terjadi dalam filem "JUVANA" tu betul betul
berlaku?
bagaimana la dengan masa depan bebudak tu yer..
bila dah rekod ada kat sekolah Juvana.. tentu perkara itu menghantui seumur hidup dorang kan..


Note: Ya Allah kau jauhkan anakku dari perkara perkara yang tak baik.
peliharalah akhlaknya di hadapan dan juga jauh dari pandanganku..
aminnnnn...