Saturday, April 13, 2013

I pandang Motor je Tau..

Seminggu papa kerja pagi, Ibu pulak, time balik kerja hujan je
Tak dapat nak bawak Aleesya meronda ronda
Sian dia..

So pagi tadi, kebetulan Amirul ada latihan Te kwando kat sekolah
ntah le sebelum ni kata Jumaat je latihan
sekarang ni hari sabtu pun ada latihan jugak.
mesti hantar abang dengan motor kalau ngan kereta Aleesya tak Layan
 

kalut sikit pagi tadi, nak siapkan sarapan, pas tu siapkan Amirul
pas tu, hubby cakap nak bawa Aleesya sekali lepak kat sekolah
tunggu sampai abang habis latihan.
kena la siapkan Aleesya jugak...
ups.. diri sendiri pun kena siap la jugak sebab nak pergi kerja. ngeeee

hamboi.. wat malu malu pulak bila ibu nak snap topi rabbit dia.
aksi manja le kekononnya..
tak sabar dah nak naik motor.. Vroooom... Vroooommm....


saja bagi dia pakai topi. sebab cuaca sekarang panas.
risau pulak takut dia demam semula.
dah le besok nak jenjalan .


Note: tak dapat nak closed up bibir Aleesya yang berdarah, asyik ngelak jer..

Banglo Mawi ada Makhluk Halus/Bunian

Mungkin ada yang tidak kena apabila rumah kita berkali kali di masuki pencuri
ada la mula nak kaitkan dengan tahyul, kekonon rumah tu ada makhluk halus le
ada bunian le..mcm mcm lagi.
 
Kali ni, Banglo Milik penyanyi MAWI di pecah masuk lagi
yang lawaknya tu, rumahnya di pecah masuk sekitar Jam 2.30 petang
Pada masa kejadian beliau tiada di rumah kerana berada di Sarawak
Manakala Eikin pulak keluar kerana ada urusan perniagaan

Yang ada di rumah cuma ibu mertuanya, adik iparntya  dan anaknya, Cahaya Malaika.
tapi dorang tidak di apa apakan.

Pencuri tu pulak adalah warga Indonesia dan juga seorang buruh binaan yang bekerja
di rumah Jirannya yang di baik pulih.

“Nak cakap dia tipu pun saya tak pasti sebab dia lakukan hal itu (rompakan) pada siang hari. Rasanya kalau nak merompak orang akan pilih waktu sunyi atau malam hari. Tapi saya tak pasti, namun apa yang penting keluarga saya selamat,” ujar Mawi.

Yang bestnya tu , Buruh Indonesia tu cakap dia merompak masuk Mawi kerana di panggil oleh Makhluk halus ataupun Bunian. Sebab tu la dia pecah masuk rumah Mawi ni.
Dah orang panggil dia pun datang le.

Eh.. ini alasan perompak bila tertangkap ke?
macam tak logik kan..
Tapi pelik pulak sebab dia merompak di siang hari. 

Bagaimanapun, penyelia warga Indonesia itu snaggup membayar gantirugi.