Dah lama jugak le aku berhenti dari pergi ke Perpustakaan Negeri Pulau Pinang
2-3 tahun lepas aku memang glamour la kat Library tu.
asyik melepak kat sana je.
Then selepas, sweater gebu kesayangan aku di kebas, aku mcm sedih sangat
sakit ati je bila aku masuk je ke pekarangan Library tu.
pas tu asyik ngandung gugur ngandung gugur je
mana nak layan cik library tu. Pas tu lagi, baru adapat anak dua orang
tak pandai manage masa lagi
so, sekarang barulah tahu mcm mana nak bahagikan masa..hehehehe
( argh.. itu semua alasan ko je wantie oi...)
muka aku ke tu? lain tak kalau tak pakai cemin mata? |
Sebab aku tak jadi nak pergi Kurnia Insurance, makanya aku melencong terus le ke Library
memang niat nak renew pun sebab dah expired pun membership tu
tapi kan, aku ada jugak apply untuk familly card, tapi tak pernah pun dorang bagi kad kat aku
dok simpan je la receipt yg expired tu dalam hand bag. hahahaha..
walawei.. mengong tak tau yang memang tak de kad pun
sebab kalau nak pinjam guna je mykad. hohohoho..
so, tadi aku renew yang familly punya je la. membership individu tu automatik terbatallah..
untuk pengetahuan korang, seorang individu boleh pinjam, 4 buku dan satu majalah
kalau aku, Suamiku dan Amirul maknanya kami boleh 15 bahan dalam sekali pinjam.
kalau korang pinjam, pas tu tak de masa nak return balik
atau masa nak return tu library tutup ke
korang boleh je drop book dalam kotak kat tepi library tu.
kelmarin aku ada nampak satu drop book kat bawah komtar
depan Pejabat Pos, bertentangan dengan Maybank tu
hmm.. senang le kan, lepas ni tak yah le aku gigih ke Library untuk hantar
drop je buku tu dalam kotak pas tu resit akan keluar sebagai bukti penghantaran.
** tadi sempat pinjam 3 buah buku** cuma aku nak tanya la kat sini
Kenapa aku tengok 90% anak anak cina je yang dok pulun membaca kat Library
anak melayu dan India semua pergi mana?
Note: Nanti bagitau la buku apa yang aku pinjam. tak review lagi nih..