Kalau ada Buyer, aku pun nak buat kek cenggini
Jual 2-3 biji sehari dah cukup. wah.. mak cik kayo mak cik kayo..
Golden Phoenix yang diperbuat daripada helaian emas 23 karat dijual di
cawangan kek cawan Bloomsbury bersempena pembukaannya di Dubai Mall.Walawei... nak beli emas tuk di pakai pun
Ngeletor lutut nak bayar, ni kan pula nak beli emas untuk di makan..
Kek cawan Golden Phoenix merupakan kek cawan termahal di dunia yang dijual dengan harga
RM3,184 sebiji.
Sesapa yang rasa kempunan tak mampu nak makan kek emas, jgn pulak makan
gelang kaki, rantai atau subang emas korang yer...( ini Amaran)
Kek cawan ini bukan sahaja diperbuat daripada emas, malah tepung dan
mentega organik turut diimport dari United Kingdom manakala coklat dari
Itali serta biji vanila pula dari Uganda.
tengok le strawberry tu, di cekup dalam coklat emas.
boleh makan. nyum nyum...
Malah, kek cawan Golden Phoenix itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan.
Makan benda yang boleh di makan sahaja yer. jgn la pulak pinggan dan sudu tu korang makan jugak. hahaha
Pelanggan yang ingin merasai keenakkan kek cawan Golden Phoenix harus
membuat pesanan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa selama dua hari
untuk disiapkan.
Note: Aku tak mo tamak, nak jual 3 biji je sehari. hahahaha
order cepat! wah betapa verangannya haku.