Tuesday, July 23, 2013

14 Ramadhan 2013 -Speed Turbo

Buku aktiviti Matematik Amirul hilang.
dah kompom ngan cikgu dia memang kat sekolah tak de
cikgu cakap kat popular Book  Bukit Jambul ada jual buku tu

Tapi aku beli buku ni kat Popular Book Tesco.
ntah betul ke idak pun tak tau la.. 
ingat ingat lupa aku pun, rasanya buku ni le yg selalu aku duk tunjuk ajar dia wat homework
kalau salah kenalah  pi snap photo buku kawan dia sebelum "haunting" mencari.. hahahaha..

Lepas pergi Popular Book masuk tesco sebab nak beli wantan Mee ni
dah malas nak makan nasi time berbuka..
sejak 2-3 hari asyik berbuka dengan koay teow goreng, Koay teow kantonese bagai
so, malam ni nak makan wantan mee la pulak.

Udang ni Bos yang kasi.
sib baik tak beli udang kat tesco tadi. nyaris nyaris nak beli dah tu.
dapat la udang kertas satu kati.. hmm.. boleh masak mcm mcm ni.

boleh buat Mee udang jugak ni.. hmmm puasa ni tak buat lagi Mee udang
Udang pun besau besau

berkawad aku kat tesco tadi mencari Pes Ikan Bakar Adabi yang mcm NM03 beli tu
dah dier promote sakan, kununnya sedap bagai di syorga
aku pun la try..


Mahap dik non oi..  non hado kat sini.. jadi aku rembat le Pes Ikan Bakar  AYnuf.
nak try la kan..adakah sedap sampai boleh juling juling mata
(saja..selalu wat sendiri je pes ikan bakar tu..kali ni gedik nak bli ready made pulak?)


*** balik nanti nak kena beli sawi Pak Choy baru sempoi wat wantan mee kan"



Note: Kalau nak shopping time kerja, kena la speed Turbo.. Vroooooommm..

Ramadhan 9-Satu Jam 15 Minit.

Selalunya, aku hanya masa 45 minit aja nak siapkan juadah berbuka puasa untuk familly.
Bukak je pintu rumah, terus masak nasi sambil tu sembahyang asar kejap.
selesai sembahyang terus aku bersilat judo, kalari payat bagai la kat dapur tu.

Tapi....hari hari rabu lepas tu lain sikit, aku ada extra time selama 30 minit.
sebab.... aku tak payah nak pergi ambil Aleesya kat umah baby sitter
sekarang ni.. Amirul dah pandai pinmpin je tangan adik balik rumah..

 Sebab tuan umah dah bagi 3 ekor ketam, so aku pland nak masak sweet sour ketam tu
ini kegemaran my hubby..Amirul tak makan
Tapi Aleesya laju je ..sampai tak sempat nak kopek.

 potong sayur campur utk di tumis dengan cepat, pas tu rendam kejap, buang segala kotoran
kalau tak de sayur campur or any sayur time berbuka meroyan pulak anak anak
dorang ni kalau dapat baby corn dan bunga kubis tu..berebut rebut..
adoi....

 tengah masukkan ketam dalam pinggan.. rasa mcm ada orang ketuk pintu
dah le bebudak dok main mercun.. yakin tak yakin je aku ni
pergi le jenguk..
Ha... jiran aku bagi cekodok sepiring..
that day bagi kek pisang, dapat cekodok pisang..
pisang di balas pisang..hehehehe..

 sambil duk masak tu, budak kecik tu mula la tak senang duduk
kalau tak dapat makan, satu lemari pinggan tu dia punggah pulak.

last..decide goreng sikit keropok Mony tu tuk dia
diam sikit tangan kaki tu.. biat mulut dia pulak mengunyah..

 tetiba teringat yang Amirul tak makan ketam, so kena la buat something untuk dia
hmm... nak panggang ayam tak sempat dah..
so, aku kukus dulu ayam tu..pas ni baru panggang..
cepat sikit masak..kan..kan..

 Tengok ni.. duk dendiam je mkan keropok.
kena upah keropok upernya..
kekadang tu tak de keropok aku goreng je papedom!...
hahahaha... asal kruk krak kruk krak.. Aleesya ok je..

 tengok jam..masih ada masa lagi.. aku tumbuk sambal belacan ni
hmm.. sedap woo sambal belacan ni.. my abang abang pun suka bila aku tumbuk sambal belacan
siap dorang suh aku tumbuk banyak banyak simpan dalam peties
bila time aku balik kampung..
air tangan adik la katakan..

 on the way balik kerja tu, aku jumpa jering ni kat kedai kat Taman Jelita tu
beli la dalam 7 biji. Saja tak mo beli banyak, kang membazir pulak

 Lagi..hati teringat kat Amirul.. tak kan nak makan ayam panggang je kan
so.. aku tengok kari semalam tu dah tinggal kuah je
memandangkan bendi ada lagi 4 biji dalam peties, aku masukkan ikan duri 2-3 ketul
pas tu masuk bendi 4 biji...
cukuplah utk Amirul kan.. dia kan suka kari..

 ha.. ayam panggang kicap madu dah siap untuk Amirul
aku masak 2 ketul je..
masak banyak banyak bukannya nak habis..
Time sahur nanti.. dah tak pandang ayam ayam ni semua..

tengok ikan yang sedang rendam tu, ada 4 ketul ikan tongkol yang dah siap di kerat
hmm..kalau simpan lelama nanti tak manis pulak ikan ni
so, aku goreng le..kalau tak habis, cik meow boleh habiskan..


Pew.. berpeluh peluh aku. ngam ngam kul 7.30 aku siapkan semua juadah ni
aku rest kejap. Bab air utk berbuka aku hand over je kat hubby yang baru je balik dari kerja.


Time menghidang, Amirul la punya tugas..


Note: Nak resipi ketam tu tak? Nak resipi ayam panggang tak? nanti aku share yer...

Ramadhan 10- Mengidam

Kalau berbuka aku makan sikit je..
kalau makan banyak nanti berat perut berat mata berat badan semua adalah kan..

Lepas magrib, aku mcm biasa akan bertadarus kejap.
adei.. cam ni ni baru 8 juzuk, dah masuk hari ke 13 hari ni
tak pe cuti 3 hari nanti kita cover semua tu

sambil dok baca quran tu, mula la perut ni rasa lapar semula
memang dasar le kan, time baca quran tu jugak la nak memikir tentang makan
habis je baca, terus mintak hubby carikan cempedak.
"cempedak kat kedai Maknya tepi laut tu mcm best je..
abang pi la sat beli.. rasa duk dimulut dah ni "...nyum nyum..

Adoi.. ayat bini tu mcm dah teruk sangat mengidam..
sebab nak sangat makan cempedak tu
siap cakap " kalau abang pi beli cempedak kat T, esok T buat Caramel utk abang K"
dia kan suka Caramel, apalagas..terus pergi beli cempedak utk si ngidam tak bertempat ni


hubby belikan 2 biji. satu tu aku dah makan mentah , yang ni simpan utk buat goreng la pulak.
sedap tau cempedak ni. isinya tebal.penuh sebiji
nampak tak tebal kan ulasnya, rapat rapat pulak tu.
memang puas kalau makan.
my hubby cakap dia beli dua biji RM10.00 ja..
Wowo..murah kan..
yang ni aku nak wat goreng cempedak..
nak kasi kat jenjiran sama, sebab nak balas bekas dorang tu
malu la pulak, asyik menerima je
tak de pulak nak meberikan..kan..kan..kan..

aku goreng garing sikit utk aku, kekonon leh la aku makan bijinya sekali
tapi.. hampeh tau, sebab isinya tebal sangat, so biji kat dalam tu tak masak
huhuhuhu... hasrat nak makan biji cempedak tak kesampaian la pulak.



gatal sangat nak makan cempedak memalam kan..
sedap je mulut tu mengunyah.. lepas tu tau la kan apa rasa. Hambekkkkkkkkk
angin penuh satu perut, menyenak... duduk tak senang berdiri tak senang bagai.. 

Sib baik ada kerusi ni.
lepak lepak massage bagai.. ha.. burb burb semua
kentut kentut bagai.. legaaaaaaaaaa....



Note: Pas ni nak ngidam apa pulak ek?hehehehe