Wednesday, July 24, 2013

Tips Masak dengan Cepat

korang percaya ke yangaku boleh masak dengan cepat dan tepat tu?
silalah percaya sebab aku tak auta pun di bula puasa ni.
Nak tips tak mcm mana aku masak banyak dish dalam masa yang singkat?

Ni la kan, kalau mak bising dodulu bukannya mak marah tapi mak nak kita perfect!

Actually banyak kalau nak kongsi, aku kongsi sikit je kat sini
moga dapat beri manfaat pada korang. ecewah... bak pakar motivasi pulak yer.

Kenapa aku masak cepat?

 
lihat sotong goreng kunyit ni.. benornya aku masak 2 ekor je pun
dalam gambar ni  nampak  piring tu besar
benornya 2 ekor sotong sederhana besar tu hanya ciput je pun
piring tu cuma besar sikit je dari piring yang korang lapik cawan..

mestilah cepat kalau dua ekor sotong je masak kan..kan.. ngeeee
motif masak sikit- mesti clear masa berbuka tu, tak de istilah carry forwarded makanan tuk esok or sahur.




Ini pulak petai goreng dengan udang di ketuk 2-3 biji cili padi.
resipi aku dapat dari my ex-sister in law.orang Terengganu
Tu pun aku masak utk sepiring kecik jugak..
again.... masak sikit je patutla cepat


kopok mony ni pun sama aku cuma goreng dalam 10-15 keping je
sebab budak Aleesya tu je yg nak bedal
kami bertiga tak layan dah le sebab nak layan juadah lain. ngeee
Masak sikit...patut la cepat...

*** 3 perkara di atas tu hanya sesuai untuk familly yang kecik mcm aku je, kalau familly besar sila ke dapur dengan lebih awal yer***


Teknik memasak

1. sambil panaskan minyak baru potong bawang. tak payah guna papan tuk  ko letak leklok bawang tu then slicekan. racik je dengan tanga. Bila minyak panas terus je masukkan bawnag tuk menumis.
Skill ni..kalau korang baru nak berjinak kedapur jgn cuba..kang terpotong jari

2. bawang putih tu takyah kupas bagai, ketuk pas tu guna pisau cincang.cepatkan.
jgn chopper bawang putih banyak banyak pas tu simpan dalam peties. 
kemanisan bawang tu akan hilang..

3. Untuk santan  kari. masukkan semua kelapa parut dalam blender, blend jer.
tak pyah nak transfer dalam bekas lain sebelum nak masukkan ke dalam periuk.
bila nampak rempah dah masak, letak je penapis kat mulut periuk tu, perah je kat situ.
jimat msa jimat pinggan untuk di basuh. hehehe..

4.untuk ikan, kalau nak goreng ikan 6 ekor, siang dan bersih kan dulu 3 ekor.
sambil menggoreng yang 3 ekor tu, korang sambung siang lagi tiga ekor. elok masak yang 3 ekor tu
ko sambung la dengan lagi tiga.. see mcm proses kerja kat kilang la pulak.

5.utk bersihkan sayur. contohnya sawi le kan, tak yah la korang nak basuh sehelai sehelai sawi tu.
ko rendam sepokok sawi tu, biar kotoran tu kembang dan larut dalam air.
pas tu bilas . sure bersih..tak caya cubalah..jimat masa korang.

6.Yang pastinya... dapur korang mestilah ada lebih dari satu tunku.
kalau satu tunku je..memang lambattttttttttttttttt.



Note: Tak suka orang tolong bila aku ke dapur...