Thursday, August 1, 2013

Take My own Sweet Time

Dah hampir hampir nak raya ni apa aktiviti korang?
selain bershoppping mestilah nak tukar duit kan..kan..
Aku ni kalau bab bab tukar duit memang my kerja la kan..
Dah call bank bank semua, dorang cakap kalau nak tukar sampai pukul 12.00 noon je
bukan sikit kan aku nak tukar tau..
My hubby siap tanya staffnya, kekalau sesapa nak tukar duit, aku boleh tulun..
tak pe la kan.. Ramadhan yang mulia haruslah beringan tulang.

So..pepagi dah tercongok kat bank tuk tukar duit
Bos pun dah faham, kalau aku nak raya
asyik tak de kat office je..
take my own sweet time la katakan...ngeee

 Nampak tak motor yg parking kat kaki lima tu.
kalau kat area bank di lebuh pantai ni, dah mcm lumrah la pulak kan.
kekadang aku pun konfius..kaki lima utk org berjalan ke org parking motor?

al kisahnya tadi pagi, ada la satu motor tu sedang memandu kat kaki lima
berdepan dengan CIMB lebuh pantai, aku baru je keluar dari Bank
sebab CIMB offline la pulak.


Ada seorang penunggang motorsikal tu, bawak laju ko..
siap horn kat kami yg sedang berjalan ni.
hey!..apa kes?  Adakah kamu sedar yang kamu tu menunggang di kaki lima?
kaki lima ni nenek kamu punya ke?
berlagak..siap horn horn..kang aku horn kepala kamu dengan penumbuk ni baru tau.
ni la kekdahnya manusia..berbangga bila buat salah.
 
 
 
then jalan  lagi sampai kat junction sebelah bank RHB, aku lintas le jalan.
pas tu ada satu vios speed laju, tak kan aku nak tunggu kan
berlari lari kecil aku cross junction tu.
Giler ko..kang raya kat spital la pulok!
 
Wahai pemandu.. Ko tau tak apa itu "Stop Look Go"
tak tahu la kan.. semua orang duk rushing pakebenda pun tak tau.
yang pastinya.. dah tak de hemah hemahnya time memandu/menunggang..
 
 
perjalanan pagiku yang berliku tu tak mematahkan semangatku
untuk menukar duit untuk hari raya..
yes..aku berjaya tukar duit. hahaha.. bangga..bangga..


*** Niece dengan nephew dah call, bagitau dorang puasa penuh, kalau boleh nak pau duit
raya dengan Mak cik. mauy tebal tebal**
 
 
Note:Bos!..sib baik ada bonus, kalau idak cekodok sebiji tumbuh kat dahi.. ( kekonon garang le sangattt)


Tapi..aku maintain je..

Dah masuk hari yang ke 23 kita berpuasa kan..
Naiim dah biasa berpuasa sejak umur 5 tahun, so tak de la banyak karenah puasa kali ni
time sahur bangun senang je, pas tu tido semula
kul 6.45 atau kul 7.00 bangun semula tuk subuh dan pergi sekolah..

sekarang ni time sahur tak mau makan nasi dah..nak makan kuih pulak
kekadang tu minum air je terus tidur semula..
tapi still larat dia berpuasa..

Bila dah lelama puasa..badan pun dah jadi cekeding la kan..
semua baju longgar bagai dah..

Suatu pagi, masa Naiim nak pakai seluar sekolah tu
dia selamba je tanya aku:-
"Ibu bagi Naiim pakai seluar sape ni?"
awat besaq sangat seluaq ni.. nak londeh ja Naiim rasa..

Alahai Naiim..dalam rumah ni kamu sorang je yang bersekolah, seluar sape lagi nak ada
kat dalam rumah ni, seluar kamu je la..


memang nampak ketara pun perubahan berat badan Naiim ni.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........ cuma ibunya yang Vogue ni je  "TETAP MAINTAIN" tau.
hahahaha..

Nak tau Maintain Apa?
Maintain Gemuks!!!...
ini kerana mengikut firasat aku, metabolisma badan aku dah rosak
sebab aku lupa nak repair masa sebelum puasa tu..

Makanya metabolisme badan aku di hentikan perkhidmatannya buat seketika
bagi membenarkan tubuhku bermaintain gemuk seperti sebelumnya.


 Note: Mood Raya dah merasuk jiwa... tulunnnnnnnnnnnn