Suatu hari Naiim ada tanya aku.
antara "K" dengan "M" yang mana lebih besar?
Kekonon pandai la sangat, aku ni pun kira la ABC sampai Z
dah huruf "K" yang sebut dulu aku jawab le "K" lebih besar dari M
seoronok guling guling la Naiim dapat kenakan aku.
Dia cakap K= Ribu M= Million
So, mestilah "M" lebih besar dari "K".
Pas tu aku tanya dia pulak. kalau "M" for Million. K stand untuk apa pulak?
Naiim cakap tak taulah... cikgu kata "K" tu ribu, jadi ribu lah..
Selain tanya Naiim, aku sendiri pun tak tau
korang tau ke?
teruk kan aku ni, kalau la orang tanya aku what is the "K" means
mau garu ketiak cari jawapan.
Nak tahu punya pasal, aku google la
Sebab mulanya aku pun tak tau, gatal mulut gi la tanya Bos
kekalau dia tau kan.. selalu sangat dok suh aku wat tender guna ayat "K" ni kan.
ghupernya dia pun tak tahu. dah org cakap "K" dia pun "K" gak le.
hahaha....ingat aku sorang je. kita serupa....kita serupa ( nada menyanyi)
Pas tu aku gi tau la, "K" stand for Kilo. dia ketawa kat aku berdekah dekah.
jahat woo.. last aku explain kat dia.
sebab kilo ni melambangkan ribu. cthnya seribu gram dan seribu meter gitulah
so, org panggik "K" utk menggambarkan ribu tu.
still tak caya. rasa mcm nak tenyeh je muka dia depan PC ni.
geram tau. nak kena cikgu cakap baru nak caya ke?
Akhirnya dia caya jugak setelah aku print maklumat tu utk dia
Note: Today I learn new word!