Wednesday, September 4, 2013

La... terlupa pulak, Sib Baik sempat

Actually aku dah habiskan puasa bulan syawal sebanyk 5 hari pada 24/08/2013.
25hb tu completed la kan. tapi dah terpaksa ke Ipoh berkenduri. bukak le puasa tu
tertangguh la sehari.

Then minggu berikut tu, aku demam la
hubby lak kerja pagi.( memang kalau hubby kerja pagi aku tak puasa kecuali puasa ramadhan)
Tapi bulan Ramadhan dapat balik awal..sempat le nak masak kan..kan..

Bila hubby kerja malam aku lebih santai
berbuka simple je, tak payah nak masak berjuadah juadah.
malam ni nak masak Mee telur je sebagai juadah berbuka

So, dah ayah aku pun dok sakit dan meninggal.
Aku tetiba lupa yang aku sebenarnya perlu complete lagi sehari puasa di bulan syawal.

Langsung tak ingat tau.
Then semalam aku terbaca kat paper ttg puasa qada
terus teringat yang aku kena selesaikan puasa 6 aku. hahahaha..
cam no leh lupa.

So, hari ni, Aku habiskan lagi sehari puasa tu
sib baiklah tersedar di dalam bulan syawal lagi
kalau aku sedar minggu depan, padan la muka aku kan..kan..


harap harap puasa Aku hari ni dapat diselesaikan dengan Jayanya
Jgnlah.. dah dekat nak azan, tetiba lampu merah menjelma.
sabar..sabar... dalam 4 jam lagi je..

 

** Nak stop kejap citer tentang ayah tu. simpan dalam draft. Nanti selit selit di entry mendatang,
Sedih tu sedih jugak.. sape tak sedih kan.
Kalau aku asyik bersedih je, anak anak aku tu mcm mana..emosi dorang terganggu pulak**



Note: Doakan aku agar dapat completedkan puasa ni yer..
Sape tak nak pahala puasa setahun woiii...

Hari hari terakhir Ayah- Ayah Sakit Apa?

Alhamdulillah..ayah dapat berpuasa penuh
di akhir bulan Ramadhan,  Ayah bagitau  yang dia sembelit
mungkin sebab kekurangan air, maklumlah berpuasa air minum tak banyak

rentetan daripada itu, ayah pulak kencing tak lawas,
jadi Mama bawa ayah jumpa doktor, ada la ubat tertentu dan doktor suggest jugak untuk ambil 
saw palmetto ini

 
ok lah sikit, masa aku  kerumah ayah untuk berhari raya tu
ayah masih boleh bangun, boleh kencing bagai better then before .

aku sempat mintak ampun maaf dan sempat bergambar dengan ayah.
photo ini di ambil pada tarikh 17/08/2013.

then minggu depan tu, Adik perempuan aku balik dari kelantan untuk urusan
pinjamannya dengan pihak Mara.

Ayah masih kuat, dan ayah masih dapat berjalan ke Pejabat Mara untuk sign Agreement bagai.

 pada 26/08/2013 abang ke tiga aku sms aku. ni kiranya mcm  kill two bird with one stone la kan.
aku pulak demam pada hari tu sebab bergedik kat Ipoh.

So, aku tak de la terus pergi tengok ayah, dalam otak ni dah rancang nak pergi tengok pada 31 August
sebab kami semua cuti.

Pada 28/29/ dan 30 hb, ayah dah start muntah muntah
semakin lemah, makan apa pun tidak, tapi muntah je banyak

Mama dah nampak yang telinga ayah dah jatuh
So, mama dah call semua anak anak
kemudian saudara mara utk datang .


Pada 30hb tu, lepas je mama letak telefon aku terus blah dari office
Lepas Naiim dan suami selesai sembahyang Jumaat, kami terus ke rumah Ayah.


Note: Itu je la sakit yang ayah alami,dalam report kematian tertulis sebab kematian ayah adalah
" Sakit Tua"



Hari Hari Terakhir Ayah- Jumaat Petang

30/08/2013 waktu Asar tu ayah ada bersuara, tanya adik adiknya yg datang bersalam
dan bila dah magrib, ayah dah tak bunyi suara
sekali sekali dengar ayah merengok minta badannya di ubah ke kiri dan ke kanan
lenguh..kata orang kedah.

Bila dah masuk Magrib, tetiba ayah merengek lagi,
aku nampak kat perut ayah ada mcm satu cairan pekat berwarna hitam
aku bau.. hmm rupa rupanya ayah dah buang air besar.

Sekali lagi, aku tak terfikir ttg tanda tanda  kematian dah hampir. betul betul lupa .
Kami cuci najis ayah yang hitam pekat, sedikit saja di susuli dengan sedikit cairan
kata org kedah
Najis yg mcm bayi baru lahir" kalau kita jaga org sakit
pas tu org sakit tu berak Najis mcm baby, itu menandakan ajalnya dah sampai
jgn ke mana mana beradalah di sebelahnya.


Hairan pulak kami malam tu, tak de rasa nak mengntuk ke hapa
di ruang tamu kelihatan Mak Lang dan anak anaknya dah pun tertidur.

Jam menunjukka pukul 1:30, tetiba Mak Lang Bangun dan cakap nak Baca Yassin
Lepas je baca Yassin, Hubby datang dekat aku cakap

"Nampak hidung ayah dah jatuh, telefonlah sesapa yang patut."
aku terus sms abang chaq.
 tengok. Jam menunjukkan pukul 1:55 pagi

lepas aku sms aku call tapi tak de respond.
Last aku call Mak aku, suh dia bagitau abang abang aku kat kampung.

Lepas je tu aku ke ruang tamu, kelihatan Mama dan Abang Hiaq sedang ajar ayah mengucap
Selesai je sapuan air Yassin yang ke tiga di wajah ayah..

Lafaz "Allah" yang agak kuat dari mulut ayah.. kemudian ayah pergi untuk selama lamanya.

Semasa aku tengah sms abang chaq tu, Mak lang dan balik, Maka memandangkan ayah dah meninggal
Kami call semula Mak Lang, dorang pun berpatah balik.


Alhamdulillah..syukur, ayah pergi dengan kalimah teakhirnya adalah ALLAH!.


Note:Terima Kasih buat abang Hiaq, sangat detail tika menjaga ayah.

Hari Hari Terakhir Ayah- Alamat Kematian ( Ketiga)

Adik perempuan ku juga turut mendapat alamat kematian.

Pada hari khamis, pagi, tetiba dalam kesamaran tu dia nampak ayah aku datang 
kepadanya.

kemudian, adik bertanya kepada ayah,
Ayah nak Pi Mana?
lalu ayahku menjawab, Ayah Nak Balik kemudian ayah hilang dari pandangan.

Adik aku mula dah rasa tak sedap hati, terus pergi beli tiket
malangnya tiket untuk hari khamis dah kehabisan 
hari jumaat malam ada le.

Adik bertolak dari kelantan jam 9.00 malam hari jumaat,
dan pada jam 2.00 pagi ayah  telah menghembukan nafasnya yang terakhir
kami semua berpakat tak mau bagitau dia
bimbang kang pengsan di dalam perjalanan.

sesampai adik di pintu rumah, adik macam dah menjangkakan yang ayah akan pergi
Ya..tak baik menangis, kesian kat ayah kan.

kami semua dah pun bertadarus al-quran
jam dah 3.30 pagi, adik perempuan aku pulak yang sambung bertadarus
sampai ke subuh..


sejak jam 2.00 pagi hingga ke subuh, tak henti henti kami membaca al-quran
lepas subuh abang buka kain penutup wajah ayah
kelihatan mulut ayah sedang tersenyum.


Syukur Alhamdulillah..


Note: Semoga roh ayah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.al fatihah