Monday, September 9, 2013

De Pauh Garden

Ada entry tertinggal yang aku tak publishkan ghupernya.

Kami makan kat De Pauh Garden sempena B'day Aleesya Ramadhan Lepas
Rasanya femes kot restaurant ni
sebab time kami pergi tu fully book.

Meja kosong ni, luar dalam semua dah di bookong

So, kami pujuk pujuk dapat la satu meja extra. Syukur..
Aku nak aja berbuka kat sini sebab kat belakang tu ada Surau luas dan cantik  pulak tu
Lepas berbuka tak payah susah susah cari surau/masjid tuk sembahyang

Hubby order set Istanbul apa ntah
nasi hujan panas , daging masak hitam, ayam masal merah, acar buah dan apa lagi ntah
desertnya pulak puding mangga.
Kenyang kami makan.
Masa aku pergi sembahyang tu, naim ikut sama sambil hubby tunggu Aleesya 
Bila aku dah selesai solat Naiim tak selesai solat lagi
ye la..dia kan kat bahagian lelaki

puas aku menunggu, last aku dapatkan Aleesya, takut plak hubby terlewat magrib
Hubby sudah pun, Naiim tak muncul lagi
Aku mula dok risau.

Sekali tu bila Naiim datang dia cakap dia ikut orang baca Yassin
adei.. patut la lambat. Aku ni dah mula risau tau.
 
Aleesya ni asyik buang sudu ke bawah meja je
bagi satu buang satu..last makan je la puding tu ngan tangan. habmek!!


Tak habis pun lauk pauk tu, ratah pun dah tak larat jugak
Last Ayam masak merah dan lebihan nasi tu kami bungkus bawa balik.
 


Note: Sorry Aleesya, Ibu terlepas pandnag entry ni. jgn merajuk K.

Ketaq Lutut.

My BIL, ada datang Penang ni jual buah
Dorang jual kat Sungai Ara, so sabtu lepas baru aku sempat nak pergi tengok dia
Masak le sikit apa yg patut tuk santapannya
So, Aku pergi ngan Naiim je, Aleesya tinggal kejap kat  Baby Sitter
kami pergi naik Motor je.

Dalam perjalanan tu, aku dok la sembang sambil dok Nasihatkan si Naiim ni
Aku dok mengomel kat dia tentang kawannya tu
Kawanya tu Darjah 6, Nak UPSR dah kan, tapi still dok merewang main pepetang
Main robot robot la.. apa la.. Aku tak mau la Naiim jadi mcm dia.


Sambil tu aku dah ride kat traffic light depan je sikit nak jumpa Balai polis
sambil nasihat tu aku toleh la tengok Naiim sebab lampu Merah Kan..
Sekali tengok dia tak pkai Helmet.

Adoi.... budak ni selamba derk je..

Nak tak nak aku kena patah balik
Boleh je dia cakap, sebab aku tak bagi helmet kat dia
thay why dia tak pakai...
hmm... betul jugak.. aku pun kan. tak de pun pesan suh dia pakai


Sib baik tak meelepasi Balai polis
kalau idak..buta buta je dapat surat cinta.
tu tak pe lah... kalau apa apa jadi, bukankah BAHAYA!


Note: Anak selalu beginilah kan.. kena selalu duk habaq.
dek kerana selalu dok pesan la dikatakan beleter!

Resipi Tiramisu Cheese Kek

Sebelum aku nak bagi resipi tiramisu cheese cake ni kat korang
aku nak mohon ampun dan maaf sebab banyak jugaklah menu yg aku tayang kat sini
kekadang tu tak pun aku sertakan dengan resipi.

Bukannya kedekut, tapi aku ni jenis yg kalau aku tak kompom betul betul aku memang
tak mau syer. Aku kena cuba sampai menjadi baru aku nak syer
wat pe kan kalau ilmu yg kita bagi tapi tak mendapat manfaat kepada orang lain.
betul tak?
Tiramisu cheese cake yg aku telah berjaya buat 
versi aku yang tak payah letak dalam tupperware, senang nak potong dan senang nak makan.

noted: sebelum ni aku buat guna wipe cream. mcm yg kebanyakkan resipi yg ada dalam internet
Tapi.. bila aku campur dengan cheese cream rasa cream tu tak berapa kick
so, kejap lagi aku syer ngan korang bahan yg buat rasa cheese tu malatop!

Aku guna Natural Sour Cream. Mula tu nak mix dengan yougurt, tapi aku terpandang pada sour cream ni
terus aku rembat. Alhamdulillah percubaan berbaloi.
Sapuan cheese yang agak comot. maklumlah tangan keras kejong. tak berseni. muhahaha
mungkin korang boleh try sebab tak yah korek korek dalam tupperware.

Bahan bahan
sebiji sponge kek perisa kopi  ( beli yg tak de lubang kat tengah)
250 gram cheese cream
250 Sour Cream Natural
1/2 cawan gula ising / ikut suka manis yg diingini boleh kurang atau tambah
satu sudu  serbuk Necafee tanpa gula
air panas sati cawan

Cara cara
langkah satu
potong spoonge kek keapda 3 bahagian
bancuh sesudu Nescafe dengan air panas
titis titiskan Nescafee tadi ke atas sponge kek jgn sampai berair, agak agak lembab saja

Langkah 2

putar cream chese bersama sour cream dan gula ising
putar pada suhu sederhana
sehingga kembang

Langkah 3
buatkan sapuan pada kepingan kek yang pertama, kemudia letakkkan lapisan kedua begutulah seterusnya
akhir sekali sapuan penuh pada keseluruhan pada lapisan tadi
taburkan serbuk koko sebagai hiasan
Masukkan ke dalam peti sejuk
simpan selama  4 jam atau semalaman
then bolehlah makan.


*** tengah cari galetin halagel utk buat cheese cake, sape agen kat Penang sila inform I ye**


Note: Kalau korang pandai membuat hiasan, boleh jugak buat b'day kek sendiri nanti.cubalah..