Thursday, September 19, 2013

Pakaian Menjolok Mata

Hari sabtu ni ada Canteen Day kat sekolah Naiim.
That day aku dah pun belikan dia RM10 kupon utknya
semalam dia cakap kupon tu hilang.. ( Biasa la Naiim kalau tak melekat kat badan hilang je la kerjanya)
Tak pe la..nanti beli lain.



Aku pun tanya la Naiim, Sabtu kena pakai baju apa
Naiim cakap baju biasa, baju yang menutup aurat
Ibu bapa pun boleh pergi
adik pun boleh pi jugak. semua orang kena pakai baju yang menutup aurat.
ye..la tak kan Ibu nak pergi pakai bikini kot...


Lagi satu ni.. adik kalau nak pi jgn dok pakai baju kembang gaun semua tu
baju tu tak tutup aurat. nanti cikgu  marah..
Adoi... Naiim dia kecik lagi tak pa la pakai gaun.
Tak boleh... org kata tak boleh tak boleh la..

Baju ni le yg Naiim ckp menjolok mata masa sport day sekolahnya

Tau dak baju gaun/kembang adik tu
"MENJOLOK MATA"
muahahahaha... ada betul la ckp Naiim tu
tapi.. Aleesya tu kecik lagi. tak kan la nak bagi pakai jubah.
adoi... si ustaz ni kalau berujah.. boleh terkedu lidah mak bapak.


Naiim ni memang gini tau, setahu aku dia memang tak suka berseluar pendek
atau seluar bermuda. Seluar Jeans pun tak suka
Dia hanya berseluar pendek kat dalam rumah
kalau nak keluar rumah mesti berseluar panjang
dia malu.. Mungkin kami tak pernah ajar dia berseluar pendek.

Then Naiim ni ok tau, dia suka berselipar je ( jimat mak bapak)
Seluar pun tak mao seluar jean, seluar slack dan track suit je ( jimat mak bapak)
kalau memalam suka pakai kain pelikat  ( lagi la jimat tak yah beli baju tido)



suka berselipar- Bila singgah sembahyang kat mana mana senang . tak yah tunggu lama nak tanggal kasut
boleh basahkan terus selipar tu. sebab malas nak berenyah, selipar pun ok
Tak suka seluar Jeans- kononnya susah nak lipat seluar tu bila nak berwuduk
Pas tu kalau nak kencing susah nau nak tanggal butang /cakuk. ketat la apa la. mcm mcm alasan dia
Tak suka baju berkolar- kononnya bila berwuduk kolar baju tu akan basah. Then lambat pulak nak kering. Ko berwuduk ke ko mandi?

benornya Naiim ni mcm budak budak lain jugak. ada time degil, melawan, malas
semua tu. cuma dia ni jenis yang sangat sangat simple bila berpakaian.
kekadang tu nampak selekeh je anak ibu...


Note: Aku doakan akan anakku si Naiim, akan sentiasa menegur cara pemakaian adiknya
dari kecik sampai lah besar.

Jumpa Gieyana, Nureen & Najla

Actually, masa gieyana berpantang kat kampung, aku dah nak pergi tengok 
 hari yg aku nak pergi tengok tu, Bapa aku pula meninggal dunia
so..kita hanya merancang Allah yang menentukan. tul tak?

So, hari Isnin (16/09/2013) tu kami tak de la plan nak pergi umah gieyana
cuma nak menyopping barang dapur je
Masa on the way nak balik dari Tesco tu, sampai je kat traffic light dekat ngan Umah Gieyana
Aku terus ckp kat hubby,  awal lagi ni kalau pergi umah gieyana
sempat lagi kan, awak pun kerja malam, kita pergi kejap je k.

eh..sesapa yg tak tau Gieyana tu sape, nanti I tunjuk K.
dia ni schoolmate I tau, so..memang dah lama kenal dari zaman galas beg sekolah
sampai le zaman dukung anak. hahahaha..

 
ha.. ni le tuan empunya badan yg bernama gieyana tu.
sapa nak terjah blog dia klik je kat gambarnya tu.


sampai je, aku terus terkam dak kecik ni. Nureen Najla. bior dia munyi munyi bagai
nak kaco dia tido.. tak kira nak kacau jugak
hahaha... sangat suka kacau baby tido..bangun kejap je..
Pas BF terus tido tak sedaq habaq kata org kedah..
that day muka mcm gieyana, kali ni muka mcm hubby dia la pulak
tak pe kita tunggu pas ni nak iras sape lak kan..

cian dia jadi ruam sikit kat muka tu. kecepuk kecepuk aku cayang dia
geram weih.. kalau ada baby ni.
 kang curi bawak balik baru tau.
Rasa mcm nak banak la pulak bila duk dudkung baby nih..
Masa ni Aleesya tengah buat taik mata, letih berlari kat Tesco kot.
zzzz...kat bantal  cute tu. 

 Bila bangun je Aleesya, aku suh dia pegang baby Najla..
Mood Aleesya tak berapa ok... tapi tetap nak layan juga tenung wajah baby


ish... kalau nak ada baby lagi kena tunggu Aleesya besar sikit kot
kecik gini tak leh nak carry baby kekdahnya kan..kan..


Note: Najla...nanti besar kawan ngan Aleesya yer..

Psssst... Kalau idak Nureen ngan Amirul baik punya berkawan. sejak dorang dah besar ni 
memasing malu malu meow la pulak.